Sabtu, 11 Ogos 2012

10 malam terakhir Ramadhan



Untuk peringatan diri sendiri....rujukan sini dan sini
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr [1] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [2] Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan [3] Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah) [4] Sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing [5]"  -Surah al-Qadr

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ {1} وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ {2} لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ {3} تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ {4} سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ {5}







Jumaat, 10 Ogos 2012

baru..



kalau hari hujan disinilah tanamanku diintai...dulu penuh rumput..
dah dicangkul dan disiram air basuhan ikan dan beras...
dan campuran rumput kering yang dah dicangkul...
marah En Din simpan rumput yang dah dicangkul tu...
cepat aje dia nak buang...nasib baik nampak..


ni semaian baru..carrot dan cherrytyme capsicum
selesai je semai hujan pun turun..
tunggu lagi 2 minggu ya K Mar balik raya...

Pelbagai posing pucuk paku













ni hasilnya ...pucuk paku dengan sos tiram hasil air tangan En Din...
permintaan HS...ni sayur baru kegemaran HS..
dalam anggaran 2 ikat..minggu lepas tak cukup....


dah selamat

kerabu mangga air tangan En Din Sabtu lepas...
masa ni K Mar tengah layan mata..kroh kroh...
penat sebab belum tidur betul2 semenjak sampai 
malam tadi..lepas subuh pun tak tidur sebab nak melawat 
kawasan dan pegang cangkul..
tiap2 minggu En Din tak jemu buat kerabu ni 
mentang-mentang stok mangga senang dapat...
mintak je dari waris2 di TRI ni...miss pulak mangga cik
milah yang sebesar tekoh tu..pokok dah tebang...
minggu ni tak balik ...pe kabar tanaman sekangkang kera tu...

main dish kak Mar ..gulai terung dengan ikan tenggiri bunga...
beli je kat kedai selepas appointment di klinik,,ni bukan hasil tanaman ku...
dah selamat dah...tak snap pun...sama je gulai kuning cili api...
dua hari baru habis..esok dapur tak berasap...En Din ajak anak2 berbuka diluar,,,


Meriah ditengahari Jumaat

Salam Jumaat..dah Ramadhan ke berapa dah ni?

.tengahari sebelum keluar rehat ..our unit went to the strong room...wah cantiknya..tak serabut macam zaman Mr Ram S dan arwah Kasim...perlu simpan sesuatu yang berharga disitu....2000 envelop ..yang siap naru 500 unit...

kemudian aku dan HS ke jalan TAR cari CK Rahim.  nak shopping tudung kununnya..hari2 lalu dibelakang kedai ni boleh tak perasan..tak de yang berkenan

sebelum tu ke kedai kasut ..cari kasut untuk HS...ramainya orang...tapi yang ramainya kanak2...ni mesti dari sesuatu rumah kebajikan...bila tanya seorang adik di situ ..sah.. mereka dari rumah Pertubuhan Raudhah Gombak...ustaz dan ustazah (muda belia dan comel) bawa mereka beli kasut....oh aku dikelilingi anak - anak yatim rupa-rupanya...speechless..memerhati gelagat mereka...dri sekecil 3 tahun dan sekolah menengah...happy semuanya...aku pula yang rasa semacam...alhamdulillah dapat juga melunaskan serba sedikit hak mereka walaupun tengah tak tentu arah  melayan kehendak HS yang asik nak kasut purple....

tahun ni HS nak jubah so dah tempah 2 helai....nak letak batu lip lap la pulak....sakit lutut cari kedai batu batan ni lepas tu nak tunggu giliran untuk letak hot fixed batu ni....cancel....malas dah nak layan ..hari panas sungguh..balik ofis terus...hati tu tak tenteram juga sebab ada report nak kena siap untuk mesyuarat boss hadiri pukul 3 dan ada appointment dengan consultan sistem pula...haihh balik la ofis,,,online lagi bagus...pun tak sempat juga...sebab dah nak layan mata yang dah tak boleh buka dah....

semenjak puasa ni la pertama kali ke Jalan TAR...macam ulat taik...ramai dan meriah....tiada kedai yang kosong...penuh aje...hmmm business is doing good..petang semalam nampak si Hafiz rambut kembang shooting disepanjang pavement jln TAR..

doaku...yang terbaik aje untuk semua hal...


Selasa, 7 Ogos 2012

Suka bunga ni juga...fine rm 50.00-di Bharat Tea




Bunga ni koman je kat sini...posting sebelum amek bunga En Jusnizham..jgn mare Jus..
kat sini kalau petik siappp..fine rm 50.00


purple die hard fan


meriah...


warna yang sendu ...lemah hati tengok bunga ni...



Isnin, 6 Ogos 2012

Renungan sepasang mata


Renungan tajam tu...via N70
Ada yang kata rama-rama ada yang kata kupu-kupu...

Jumaat, 3 Ogos 2012

Ogos Datang Lagi

Selawat dan salam ke atas nabi..hari ini sudah 15 Ramadhan...semuanya bakal matang dan ketuaan..begitulah adanya...

2 Ogos ulang tahun kelahiran anakanda Amierul Siraj, 8 Ogos adinda Marsitah dan juga anivesari bersama En. Din pada 4 Ogos...

tahun ni anivesari kita dalam bulan Ramadhan...cadangnya nak ke Cameron lagi tapi ada hal lain..tangguh la..minggu depan pun tak lapang juga..kena kerja hari Ahad ..ada function Ramadhan berkaitan aktiviti menteri...bermakna minggu depan tak pegang cangkul...

tak pe..kita celebrate sesama kita je..bertiga...abang dan amierul dah ada program masing2 di kolej...tinggal HS..sesampai di sini malam tadi dah pekena A & W...jadila...nak celebrate betul2 ..semua mesti ada...walau apa pun syukur semasa di Cameron Highlands kami dah berkumpul...

earlier this week dapat berita tentang kecundangnya usaha yang dah melebihi 8 tahun...sekeping ijazah dan pengalaman kami dan rakan yang seangkatan ( gred dibawah 41)  telah ditidakkan oleh penguurusan atasan yang diputuskan oleh seorang ketua wanita...fizikalnya memang jelas rezeki aka periuk nasi kami beliau sekat lagi...those yg lahir tahun 80an diterima dan cuma ada seorang wakil sahaja yg berjaya dikalangan veteran..kalau dianalisa secara kasar jika kedudukan - kedudukan itu diberi kepada yang berumur 30han dah tak berpeluang untuk yang 40han sebab kami pencen dulu..so sampai pencen la macam ni ya...sabar je la  ..itu la yang dapat kami raih..sabar di bulan yang mulia ini dan berdoa semoga sipolan dapat hidayah...alhamdulillah atas apa yang ada..

ada rezeki lain yang Allah nak beri...di bulan yang mulia ni ...doa  bersungguh-sungguh untuk segala kebaikan...jom happy happy...jom layan bunga petikan kamera jari En. Din di Mardi Agro Park Cameron Highlands...(yg memang cerewet kalau nak snap..semua mesti perfect..tamo senget2)













  


 hari dah mula terang..jom pegang cangkul sebelum hari betul-betul panas...







Yang ada....

Tanggal 17 Julai 2012


African Lily dari Mardi Agro Park Cameron Highlands - dah innalilllah..
masa ni daunnya mula menguning...bila dibuka untuk lihat akarnya..
banyak yang dah lembek...bertahan hingga 29 Julai...sedih sedih ...
kena weather shock kot ...nak kena cari lagi..


Amarilys ...alhamdulillah positif  pertumbuhannya...harap-harap sampai berbunga..



 Terpengaruh dengan AFC dan AFN ...cubaan kedua tanam rosemary...sebelum ni beli sepokok di Sogo...tinggal pasu je...yang ni En. Din dengan selambanya minta sikit dari pokok tuan puna KHM strawberry Cameron Highlands ...yang dah mula rosak tu pokok pudina ..cubaan yang entah ke berapa kali...


Benih dari Kebun Bahagia Bersama..tag dah hilang ..asyik tukar pasu..














Mulberi ..terharu daunnya melebar...dari Blog Tanam Sendiri
ni dari batang yang halus..semaian dari keratan yang gedang tak menjadi...


Dua pokok harum malam dari Blog Tanam Sendiri...
menjadi-jadi naiknya menyelit pula anak betik dari
 benih yang dilupakan..