Selasa, 30 April 2013

Cerita Bunga Tinggal

Dapat juga bersua muka...tinggal pun ada bunga.. alhamdulillah sempat snap lili ni sebelum dia mengering. Partner disebelah dah lama kering. Ini kali kedua laman ini menerima kemekaran lili ini. ada warna ni aja.. warna lain contohnya ada diblog-blog berikut...hmm  yang akak ingatla.. 

merah menyala ada di blog Mak Aji (Greenfingers) 
warna pink dan lili istimewa di blog Wani (Maharani Kecil) 
lili istimewa - lili fireball di blog Wani (Maharani Kecil)
merah menyala dan salmon/peach di blog Diana (Kebun Bahagia Bersama)
dan dalam blog ni  foto yang diambil di  Cameron Highlands 

(sungguh taksub favouritenya he he ) 


Di Mardi Cameron Highlands pasu di "tag" dengan nama lili amar..

Berlatar belakang pokok kailan yang dah overdue yang semak .. sayang nak buang  he he.. sebab kailan ni kali pertama ditanam (seumur hidup 1st time tanam ni..) tak jadi lauk sebab bila balik aje tiada daun yang sesuai.. namun pokok dibiarkan kerana kailan mengeluarkan bunga putih yang comel. Kelongsong benih tiada berisi. Maka tiadalah benih dari kailan. Foto gelap sikit kerana matahari tak berapa nak memancar. Banyak foto yang disnap untuk tatapan diri sendiri sebab bunga ni favourite saya. Ada rezeki dia mekar dah bersyukur sangat. Adalah warna lain selain warna zinnia yang pink tu di laman ni.  








Sibuk dengan kebun sebelah... laman ni agak terbiar.. tak fokus sangat.. rumpai-rumpai ni memang cekap membiak.. setangkai lili @ kawan sebelah yang dah kering.. kembang minggu lepas .. masa ni tak balik sebab big boss sibuk urusan SPR..

inilah rupanya bawang yang ada bunga ..daun dua helai je memberi laluan kepada kemekaran bunga..

pandangan kedua-dua bunga.. ada spesis lili yang ada 4 tangkai bunga... setakat ni bunga ni ada dua aja .. kiri dan kanan.. tak kisah orang kata ni bunga serombong ke apa ke.. tetap suka he he

dah kemas pokok kailan... bye kailan.. batch kedua kailan ada di kebun sebelah.. penuh juga satu plastik sampah.. tak sempat nak kerat-kerat untuk recycle jadi kompos sebab big boss dah mula operasi... nak cepat balik sebab ada mak saudara dia meninggal dunia..


P/s: selamat bercuti para pekerja....kerja rumah tetap berjalan

Isnin, 29 April 2013

Juadah kesyukuran hari ini

Bersempena pelbagai ' occasion ' kawan-kawan pejabat dijamu hari ini dengan laksa Johor. Terima kasih Kak B kerana sudi melayan permintaan akak ni. Dengan penuh bekas kuah tu, tambah lagi setengah container jumbo tu... boleh je dia jenjeng ke ofis ni.. bancuh teh o / nescafe lagi.. 

Bersempena:
 Birthday ( Sendiri/ HS/ dan anakanda "abang")
Kejayaan ( anakanda "abang" meneruskan pengajian diperingkat ijazah)

Dari Januari hingga sekarang dalam dua minggu sekali ada kenduri... birthday la, farewell la... sendiri punya kena tangguh la dulu.. Hari ni ramai yang tiada di pejabat.. tengahari pun kami menjamu dengan menu ni... 

Reramaila kami menyiang sayur ni ya..

Hari ni ramaila yang belajar cara nak potong timun cara K B ni.. dapat ilmu baru...ni stail Johor katanya.. he he kami follow je..

Kak B tertinggal taugeh pula... usaha dia keluar mencari.. dapatlah secoet di kedai mana tak perasaan pula! Tak sempat tunggu tauge ni.. ada meeting pukul 9, kita jalan dulu la ya..kemudian boleh repeat dengan tauge pula.. tapi sebelum tu ke TH dulu.. sekarang dah tukar prosedur.. duit shiling guna slip berasingan .. (kena ingat tu..sebab tu catit kat sini untuk ingatan masa depan)  

Sambal belacan yang tak pedas

Spageti.. kus semangat.. Kak  B, Su dan Non bawa juga.. dah melampoh pula spageti hari ni..

Kuah ikan kembung (3 kilo katanya).. resipi boleh je google.. macam-macam style 

Allah selamatkan kamu


Salam  pagi Isnin 29 April 2013.... ucapan Allah selamatkan kamu wahai anakku... selamat menyambut harijadi yang ke dot dot!!!... semoga berjaya dunia dan akhirat emak doakan..nanti kita buat family gathering  khas untuk abang ya! For the time being study hard dan fokus... jauh lagi perjalanan hidup mu inshaallah..

Hari indah di pagi yang indah dan warna alam yang indah .. semoga sinar bahagia terusan menyinari hidup kita semua..

sunrise pada pagi ini kala jam di dinding menghampiri pukul 7 pagi.. pemandangan dari meja kerja yang saban hari dari sudut ini yang dapat diperhatikan.. memerhati dunia luar kala kepala serabut dengan pelbagai sasaran yang hendak dicapai. Demi mengharap kelegaan dan ketenangan hati menerawang pemandangan ciptaan yang Maha Esa. Struktur yang sama hanya warna alam yang berubah. 








Sabtu, 27 April 2013

Cameron Highlands - Cuti Sekolah 1/2013 - Pt 4

Selepas KEA Farm...berduyun2 la kami ke S Corner pula ..Mak Usu dah gerak dulu..kali ni shopping lagi.. strawbery tak payah la.. da borong Rm 30.00 .. kami ke tempat cendawan dan yakon.. kawan En Din la.. kenal masa CNY dulu.. enoki dan pelbagai cendawan.. enoki favourite HS.. gara-gara ajakan Mak Usu makan di Johnny S2. Kali ni tiada foto cendawan kerana sibuk mengenalkan cendawan dan enoki kepada Mak Ngah dan Mak Lang...tetiba dah selesai urusan... disini ada tempat lepak.. ada toilet. . Tempat ni baru siap... toilet masih bersih lagi... untuk melepaskan penat memasing  lepak untuk refreshment di Mualaf..


antara yang menarik perhatian di S Corner...Apple Cameron





Lepak du Mualaf..macam-macam minuman western style... latte .. cappucino entah ape2 tak ingat...
tapi sedap dan kenyang..




Big boss tengah berasap.. Dah diagnose MPN bila di kawasan tanah tinggi ada kesannnya.... dgn restu doktor ni dia berasap... untuk kawal oksigen katannya??? ala kadar je la ya.. 

Seterusya tapak pasar malam di Brinchang disinggahi kami.. para peniaga baru buka khemah.. ada juga yang dah berniaga...

kelapa laut


Jumpa lagi kaktus comel.. Shahira beli untuk kelas...









Terjumpa pula yang ini... warna hijau.. pantang jumpa warna hijau..tanya penjual apa ni... halwa peria..ada pahit-pahit sikit.. tak jadi beli sebab pahit..

yang ni buah pisang kaki yang dihalwakan..macam-macam diaorang jual... rasanya ni import ni..

perjalanan diteruskan ke KHM farm untuk aktiviti jalan-jalan selanjutnya.. perang bendera dah lama bermula di sini..

turun sahaja dari kereta.. nampak pula rumpai ni..cantik juga warna putih tu

ramaikan! ahli rombongan mendaki port aiskrim di sini..

akak masih dengan pokok dan bunga he he.. adalagi pokok ni..




pemandangan biasa di tanah tinggi..pakis gergasi..

disini ada homestay juga.. tengok tu kobis jadi tanaman hiasan..


memang suka tengok kobis -kobis jadi tanaman hiasan disepanjang jalan.. tak dapat tengok ladang kobis di Tringkap.. dapat pula di disini..ok la tu..

seronok dia orang dapat makan aiskrim strawberi.. akak dah tak larat.. so jalan-jalan kawasan sekeliling dan snap foto

jem kat sini fresh dan harga boleh runding.. janji beli banyak la

sumber strawberi untuk aiskrim dan jem

sumber info - benih ni dari Holland







a a a tiba -tiba jadi nenek sebab cucu saudara ni.. he he.. kecil lagi dah pandai makan aiskrim


suka la tu sebab ramai tukang dukung, jaga dan belek ya..



kat sini ada satu pokok limau yang buahnya gedang-gedang.. limau apa tak tahu .. tak tanya tuanpunya




aiskrim dah masuk perut, latte dah masuk perut... tinggal nasi je belum...ayoh la cari makan ..makanan ruji.... ke Pekan Tanah Rata cari makan.. 

sempat juga klik foto burung-burung ni..




hari menjelang petang.. memang lapar.. semua setuju dengan nasi dan steambot je..







sementara makanan disiapkan jalan-jalan dulu di kedai sebelah.. nak cari ponco HS yang tak boleh tawar  harga di Brinchang... kedai biasa tak buka lagi... so ke sini je la.. harga ok.. kurang sangat berbanding dengan Brinchang dan boleh bincang pula harganya..