Khamis, 31 Oktober 2013

Baby yang gigih

Semasa sibuk keluarkan benih petola dari sabutnya terperanjat akak ternampak ulat ni meliuk-liuk di perdu pokok palma ini... pokok ni dah lebih sepuluh tahun bahagia disini... tak sangka pula ada serangga yang berminat untuk buat port untuk melepaskan telur untuk membiak... atau salah port  ni! Pada mulanya geli geleman....itu pasti... berderau darah terperanjat itu pasti... tapi bila  melihat pergerakannya yang hati-hati melalui pinggir pasu ni  timbul kesian.. dia tak tahu arah mana nak pergi... pergerakan-pergerakannya amat hati-hati .... daya sentuhan amat kuat... dia baby lagi...mungkin dah terjatuh dari helaian daun palma ni sebab akak terlanggar pokok ni wallahuaalam....  mungkin juga daun palma ni keras dan tak sedap tu yang dia gerak nak cari port sesuai ... warnanya pun menarik juga... yg istimewa bagi baby ni adalah warnanya.. ada warna biru.. akak ni kalau binatang yang ada kaler ni memang jaki sikit... tu yang kuat semangat duk mengadap dia bergerak-gerak ke sana kemari... akhirnya akak bosan gak... namun untuk pindahkan dia ke daun-daun yang sepatutnya adalah sesuatu yang diluar jangkaan... oh tidak tidak...  akak biarkannya disitu... lama - kelamaan dia penat dan berehat serta bersembunyi dibawah ketulan arang yang ada dalam pasu tu.... setelah sekian lama dan diperiksa semula tak Nampak pun kelibat baby ni.. mungkin sudah jadi bahan makanan sang burung yang berkeliaran di laman ni....
 
pertemuan pertama kali

Perjalanan dimulakan.. Nampak jugala warna biru tu

hati-hati dia cuba menuruni pinggir pasu ni... suka warna biru tu cheh berani  juga ya mengadap baby ni

 
langkah seterusnya
 
lihat tu dia tak terus terjun tau... meliuk-liuk disitu cari pelantar untuk landing namun.....
 
dah penat dia berehat.. kali ni akak beranikan diri untuk close up...cer tengok kepalanya... macam kepala bullet train pun ada jugakan! which is the eyes? tak berani nak belek... kalau dia jenis agresif mesti dia dah terbang kat akak... mahu terlompat-lompat akak macam kena ulat hijau dari atas pokok yang gemar menyangkut kat badan kita especially rambut kerana mereka juga ada benang halus untuk bergerak dan bergantung sambil meliuk-liuk... sebelahnya adalah arang yang menjadi perlindungannya bila nak berteduh dan berehat...
 
pada suatu hari akak ke kebun sebelan nak skodeng sesuatu...dah ternampak rerama  ni melintas riang ..Nampak tak warna coklat yang tu... dia sedang hinggap didaun palma dan warnanya seolah sebahagian dari warna persekitaran.. itulah adat serangga sedang menggunakan warna alam sekeliling untuk perlindungan dirinya... sebenarnya jika dia mengembangkan sayap-sayapnya akan terserlah warna biru yang cantikkk ... tak dapek la nak snap... dia liar dan sensitive dengan pergerakan kita... snap dari jauh jela...
 
besar tu je la yang dapat... andaian akak mesti yang diatas tu baby dia..sebabnya baby warna biru dan gelagatnya yang suka singgah di helaian daun palma tu..

yang akak nak skodeng ni dia...buah hati pengarang jantung ku he he ... apa lagi fetola ni..jgn bosan ya sebab sayur ni je yang amat tegap dan produktif dikebun sebelah ni... dia kan gemar bersembunyi.... Alhamdulillah... dah lupa rezeki sape ni!
http://mountainebony.blogspot.com/2013/10/projek-lagi.html

Rabu, 30 Oktober 2013

Ah So kasi pokok ni... Rabu cakap sikit-sikit je

Ah So yang saya pot pet pot pet tanya dulu beri pokok ni juga bersama pokok panglima muka hitam (ayat versi Ah So) katanya untuk ubat asma... wallahuaalam... nama as usual fail... mohon pencerahan dari kawan-kawan nama dan segala yang berkaitan pokok ni...
senang hidup dan sedang meriah di laman rumah dan dah berbunga dan ramai peminatnya... malangnya panglima muka hitam dah nyah dengan sendirinya.... Ah So pun dah tak ada koleksi panglima muka hitam tu!!















Selasa, 29 Oktober 2013

projek lagi

 
bukan projek apa pun.. projek mengeluarkan benih dan kopek kulit petola ni... tegakkan dan benih dibahagian bawah melurut ke bawah... namun ada yang tersekat-sekat ..jenuh juga mengoreknya... sambil tu menonton aksi ulat bulu yang gigih.. foto dan cerita nanti la ya...
petola ni juga pernah bikin kejutan kami sekeluarga... terserempak dengannya sewaktu nak keluar beraya ke rumah biras... ada 2 biji masa tu... dengan gagahnya depa bergandingan dibalik daun... kami tak pernah tengok putiknya... macam magik pun ada ... tiba-tiba toinggg timbul depan mata.. memang sesungguh terperanjat.. dan berdebar-debar sebab terkejut... dah elok-elok pakai baju raya kena menuai petola sebiji sebab takut dia overdue dan berserat... jadilah rezeki raya kat orang Melaka... partner petola yang ini akak tinggalkan biarkan tua dipokok...
 
jadi rebutan sabut ni antara akak dan HS

 
 
benih - benih untuk dikongsi... sape nak? kena sabar menunggu sebab akak ni semedang je sibuk !
 
 
p/s Rose.. elok pokok delima semalam tu tq untuk FOC tu ya.... note akak tengah meong ... galeri tak boleh buka .... mood bengang ni... bila dah settle akak up dalam blog... delima dari Rose!!!

Ahad, 27 Oktober 2013

Aktiviti minggu lepas

Mangga depan rumah yang dah high time untuk dituai... pokok mangga ni ditanam dibahu rezab bahu jalan depan rumah ni oleh mak saudara En Bos di sebelah rumah.. so anybody sebenarnya entitle to pick these fruits...  nak dengan tak hendak je menuainya... daun yang berguguran penuh depan rumah ni... dan tentu dia dapat Baja yang akak letak pada pokok-pokok lain... setelah sekian lama macam merajuk berbuah... mulai tahun lepas dia dah meriah dengan buah.... kejiranan ni merasa la buah tu... foto tahun lepas pun tak up lagi.. infact buah ni banyak yang gugur sebab dilanggar oleh lori dan kenderaan yang tinggi di sini... sayang sungguh .. penuh buah jatuh depan rumah..
 
En Bos yang tinggi bolehla capai je... last week dia dan week before dia capai je... foto buah ada tapi tak up juga lagi.. bila akak macam ber mood sikit nak petik .. alahai tinggi juga.. kena gunakan galah yang dah diikatkan botol... namun ada juga yang miss dari acuan botol ni... berdebum la dia jatuh....
 buah-buah ni keras lagi... peram dalam 2-3 hari... sebenornya dah habis dah makan ni... masyallah manisnya.. dan tiada doctor lalat buah yang menyuntik buah ni... semua isinya bersih... foto? tak sempat snap... sekejap je dah habis.... bak kata mak saudara En Boss .. buah eh tak do inti laju yo de masuk mulut..
 
ada hand picked dan ada yang kena gait

terkulat-kulat tengok dia tersengeh macam tu.. sayang sangat .. dahla buahnya saiz besar..En Bos nak cicah garam je... akak buat tak tahu je... biar dia diperam... it turne out ok... part yg terbelah ni rotten la... yang lain-lainnya hmm yummy

sebelum tu pi Pasar Tani lagi nak cari Tanah... dapatlah dua beg.. Tanah jepun dan Tanah untuk adenium.... penjual ni young Chinese guy yang amat suka dengan orkid.. akak tengok orkid dia pun geram.. cantik-cantik .. namun akak tak berani nak berkomitmen dengan orkid.. tak pandai dan tiada masa.. projek untuk pencen la kut!!.. kata-kata dari penjual ini yang masih diingat.. kita mesti kenal dia untuk menanam orkid ni.. akak tabikla kat dia... nak jumpa dia .. sebulan sekali dia akan berada di Pusat Flora Cheras...
suka sangat yang ni.. halus je bunganya
 
orkid pinang katanya
 
sabar je la tengok...


Jika anda pernah gagal

Assalam... selamat berhujung minggu .. Sabtu telah berlalu ... Ahad sudah menjelma....mood untuk up entri kebun dan alam tumbuhan merudum dan entah ke laut mana..dan entah ke mana...but life must go on... kata-kata ini yang didapati dari FB sape dah tak ingat..untuk ingatan pada diri sendiri... motivasi untuk terus positif pada hari ini.... terima kasihla pada yang empunya susunan ini dan pereka foto ini...
 
 
 
 
Lewat petang semalam barulah kami sampai ke daerah ini... kejap lagila berkebun ya...Nampak ada banyak petola tu namun ada juga menguning... adat hidup la tu..

 
diri ini masih berterusan mendoakan kesejahteraan ML dunia akhirat... mengharapkan kesembuhan berterusan ..moga Allah mengabulkan doa dan harapan ini...  simpati yang menggunung atas dirinya seorang insan yang telah diambil kesempatan mengenai kekurangannya oleh jiwa-jiwa yang kacau dan tidak berperikemanusiaan itu... semoga Allah memberi mereka petunjuk agar menghentikan aktiviti negatif mereka itu... apa-apa pun doaku sentiasa bersamamu ML... Maria semoga kamu tabah.. Kak Long doakan !
 
ps.. masa cuti sakit isnin lepas... semai.. balsam, kacang botor, taragang, marigold dan balung ayam Ilin, zinnia 3rd generation, zinnia liliput, terung ???, dahlia Fraser Hill, impatiens Fraser Hill and a week before semai peria olive..
 

Khamis, 24 Oktober 2013

Pasar tani hari Sabtu dan rezeki hari Sabtu

Pergi ke Pasar Tani Sabtu untuk cari ulam kerdas En Boss. Jumpa makcik yang jual daun maman hari tu... dan... ada lagi set daun kayu tu... last kopek.. seikat RM1.00 terkejut gak apa hal murah sangat. Makcik tu tanya kenapa terkejut... mahal ke tanya nya... tak tak akak jawab... Makcik tu kata set tu tambah pucuk lebih sikit... dalam seikat tu sedikit je pucuk ubi.  Sebenarnya beli seikat tu nak tengok rupa daun lampin macam entry dolu.... masa tu lupa nak snap rupa paras daun tu.... aisey... kali ni silap pula lagi .. silap sebab terlupa nak tanya dan sahkan kewujudan daun lampin tu.. tengok je la ya daun tu..

Meh kita susun satu persatu kandungan seikat herba untuk gulai daun kayu tempoyak... 

Daun kunyit yang harum

Pucuk labu yang manis

Ha yang ni den tak tau

Dan yang ni... sama ke dengan daun diatas entahla!

Kaduk naik junjung

Pucuk ubi... dulu subur depan laman... spesis ni last makan 10 tahun lalu ..arwah MIL masak gulai dengan telur ... gulai yang paling sedap... rupa-rupanya rasa untuk yang ke penghabisan ... seminggu kemudian arwah pergi untuk selama-lamanya...

Lagi pewangi dan penyedap masakan ni iaitu serai.... rasanya sebatang ni tak cukup

Kalau ikutkan ada lagi tambahan daun iaitu bangun bangun even ada yang tambah dengan kemangi (basil).

Resipi bolehla digugel yee...

Inilah hasilnya... tapi bukan akak yang masak... seumur hidup tak pernah meramu masakan ni ... ni rezeki datang bergolek.. selepas habis majlis harijadi anak saudara En Bos dapat jemputan pula dari teman fb En Bos... mewah dengan masakan kampung... sebab tu En Bos tak berapa nak makan masa majlis hari jadi tu..
 Rupa-rupanya nak spare space untuk makan - makan di rumah kawannya...

Kan dah kata mewah..macam -macam gulai ada... favourite En Bos adalah gulai telur itik dengan buah cepu... favourite akak adalah gulai betik mengkal dan gulai tempoyak pucuk kayu... malam tak payahlah dinner ya... semua dah lengkap... rezeki hari Sabtu...

Yang turned up masa pertemuan ni kami je... maka dapat tapau lagi.. terima kasih pada tuan rumah... sendat perut kami anak beranak....

P/s.. off topic...
at this very moment...
sangat-sangat mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah swt agar memberi kesejahteraan dan kesihatan yang berterusan kepada ML .. kami berserah hanya padaMu Ya Allah..amiin..

Rabu, 23 Oktober 2013

Impatiens di Fraser Hill.. Rabu kata sikit-sikit je

Ditanam dan dibela - Dataran FH

Di Allan's Water impatiens daun burgundy

Barisan impatiens di Dataran FH


Tumbuh liar memberi seri pada semak di lereng bukit



Dicelah batu pun dia boleh hidup... I like

Di Pine Resort .. tumbug sendiri kut... satu je pokok ni yg ada ... rimbun pulak tu...


Apa   akhirnya   impatiens di KL tu?...  tunggu dan lihat....

P/S hari ni akak Cuti da... ingat nak apply EL tetapi.... ada cuti yg dah apply untuk Eidul Adha tapi tidak digunakan sebab dapat cuti sakit tengkuk...
Sot sot da kurang ... demam masih ada perlu makan juga pcm ni ... 4 jam sekali... En Bos dah audit berapa kali makan! 100 plus botol besar hampir abis...batuk pula timbul... begitulah adanya kitaran kesihatan sehingga direhatkan untuk selama-lamanya

Selasa, 22 Oktober 2013

Koleksi yang kembang di laman

Assalam dan selamat sejahtera... hari ini tuan rumah MC sebab demam dari hari Ahad hari tu... pergi kenduri kahwin ditimpa hujan lebat!! payung 1 je ..nak lindung HS... angin pula kuat... selamat kami berhujan... semalam kemuncaknya bangun pagi dah pening-pening lalat .. demi memberi semangat kepada HS untuk menghadiri peperiksaan... pergi juga la ofis... dengan hidung sot sot ... sampai ofis ok lagi...breakfast nasi dagang lagi... demam-demam pun lalu.. sebab sedap... suka dengan acar mentah yang dibuat oleh tokeh Cafe... sehingga pukul 11 pagi masih bertahan lagi dengan setengah kotak tisu habis... sampai keluar bilik cari sape yang ada tisu spare sebab nak beli...nasib baik ada peruntukan tisu.. baru tahu hu hu...  dah tak boleh nak sot sot dah ... running nose tahap gaban... berlarian-larian macam air terjun... mata berair-air pandang PC..  dalam pukul 12 tghari bergegas ke klinik.. asik bersin ...sambil jalan pun bersin... setelah bertekad kuat juga untuk menyiapkan kerjaya yang dah due perlu mengadu kat doctor !
 
.. doctor siap check bp ..huii tinggi kata doctor... saya tak rasa apa pun pasal pressure ni... mungkin demam ni cover rasa pressure tu...  teruk ni... doctor tanya nak rehat tak ? Akak kata pasti nak doctor!bukan hari ni je nak esok juga sebab akak dah tahu kalau makan ubat selsema akak mesti rasa badan akan rasa kembang semacam... lalok la tu...lantai rasa tinggi rendah je... mesti terbaring punya nak hilangkan penangan ubat tu.... sekarang ni masih terasa kesan makan ubat... 
 
 esok rasa tak sihat lagi akak EL la pulak! nak buat macam mana dah sakit!
 
 bagi mengubat hati yang lara kerana sakit yang mendatang dan duk umah ada masa sikit... taip entri sedikit demi sedikit... dari pagi hingga sekarang masih tak siap he he... berhenti baring la, beli breakfast la, basuh pinggan la, jemur baju la... taip lagi, makan ubatla yang lamanya tidur layan lalok ubat...  berkotak-kota tisu habis ni ...
layan je le koleksi bunga dilaman yang  mekar minggu lepas dan beberapa minggu yang sebelumnya...siapa yang alah dan ada penyakit sinusitis digalakkan mencium bunga directly... 
rose jepun warna peach-saiz besar ni
 
 
 
warna merah - besar juga

merah apa ya.. besar juga
 
 
 
yang ni yang paling besar ada toncet riben bunga lagi

 
putih besar juga

 
 
 


 
warna oren tapi nampak macam kuning... oh cameraku
 
 
 
 
warna pink

pink pekat
 

 
 
 

 

 
 
 
 
 berkembangan serentak ... baka ni dapat dari adik di Ipoh yang beli pokok asal di Cameron Highlands

 
putih, kuning, pink, striking pink . rm 2  se polybag... beli di pasar tani hari Ahad..lelong-lelong
 
merah dan putih

 
 
perbandingan lebar bunga ni dengan daun pegaga gajah
 
 pink belang putih.. pasu kecil je 
 
 

 

 perasan tak bendi kecil tu.. pokok bantut tapi mau berbuah juga
 
 
 kangkung overdue dah berbunga - blur




 
bunga petola... tak abis-abis dengan petola..bunga jantan (siap rujuk entri ni lagi sebab dah lupa which sis which untuk kenalpasti jantina bunga ni))
pembantu pollinator


 
bunga betina yang dah jadi putik petola
 
pembantu lagi dibunga betina

pollinated petola

 
zinnia generasi ke3,,, nape jadi macam ni eh?

 
 
zinnia campak-campak di kebun sebelah
 
bunga kemuning berganding dengan bunga telang
 
taburan kemuning yang putih ceria selepas overhaule 2 bulan lepas.. bau harum semerbak menyambut ketibaan kami... tapi lepas tu bersulam dengan bau bahan pelepasan  miaw and the gang... haru!!

kemuning selepas kena siram

  akarsom matang yang berbunga 


 
blue diamond... tak tahan... beli lepas raya dah kiok dah! jadi sejarah je
 

jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)