Selasa, 31 Disember 2013

Bendi Menyinga di akhir Disember

Posting terakhir 2013.... jumpa lagi tahun hadapan insyaaAllah... benih generasi kedua bendi singa yang dipesan dari blog tanam sendiri... selalunya dapat menuai bendi semasa ianya dah hampir matang... kali ini dapat la menuai yang ala-ala baby lagi umurnya... tetap seronok walaupun sepokok aje yang survive.... pemindahannya ke tanah amat menggembirakannya :) pokok yang sebatang telah tinggi dengan meriahnya dan sedang membesarkan cabang pula... walaupun rebah ditiup angin bendi ini tetap gah mengeluarkan bunga dan bendi satu demi satu... sebenarnya teringin nak ada banyak pokok bendi tetapi telah ditakdirkan at any time yang jadi hanyalah sebatang he he.. tetap bersyukur!!!

yang ini telah dituai... membesar depan mata semasa cuti selepas retreat hari tu... this week end mesti yang cinonet sebelahnya tu dah sesuai untuk dituai... 

hasil yang menggembirakan :) tiada ruler sebagai ukuran..botol kicap pun jadila..

beres dimakan begitu aje sebab dia kan baby lagi.. ulam yang manis dan crunchy... 

a day before

a giant flower

Pokok limau apa?

Bau daun tak serupa daun limau-limau yang ada..  mungkin limau nipis... versi campak- campak terus hidup.. pembuktian limau jenis apa mahu tunggu bertahun jadinya..begitu kata En Adry Dedaun Alam mengenai anak pokok limau kasturi yang campak-campak jua :)

Hidupnya berganding dengan pokok ulam raja. Ulam raja dicabut sipokok limau juga mengikut sebab tanah lembap.. ingatkan ikut kering macam si ulam raja namun dia makin subur... akar tak terjejas kut..


Selamat dipindahkan..

Isnin, 30 Disember 2013

Masih meriah

Impatien yang masih meriah walau pun tidak hujan setiap hari walau hari tak hujan panasnya menyengit kulit..

Kerana mu..

Musim hujan banyak pendatang-pendatang ni berpesta di laman... angkat pasu dia ada.. bawah mulch dia ada... tepi pasu dia ada.. dalam pasu yang pindah-pindah pun ada... tak boleh jadi... racun pun habis maka nurseri perlu dilawat memandangkan di pasar tani pun nurseri bergerak macam cuti je...












selalunya lalu je nurseri ni.. lihat je dari kereta keindahan bunga-bunga yang ada... kali ini dapat masuk pun sekejap je.. tanya racun - rm2.80, tanya pasu rm1.40 each dan tanya tanah rm 1.2 per bag ... shopping cepat-cepat sebelum kena hon he he!.. sempat gak snap ixora yang kembang bak semangkok ni... 




Ahad, 29 Disember 2013

Taman Botani yang tidak pernah dilawati

Sabtu sebelum ke Langkawi dua minggu lalu dikehendaki bertugas di Taman Botani sebagai sebahagian jawatankuasa Hari Keluarga.. tak pasti bahagian manakah yang dikatakan Taman Botani tu ! katanya ia adalah salah satu projek dalam Taman Tasik Perdana... sibuk dengan aktiviti namun sempat snap beberapa pokok yang menarik tumpuan... orang sibuk makan-makan akak cari ruang untuk touch sana touch sini..

bunga apa ya!  gang bunga aster kut!



my favourite rain lily not well maintained.. macam ak kena buang aje

pelik..ingatkan ixora tapi pokok besar macam pokok buah-buahan tingginya


merah sebab tun snap.. pun tak tahu nama


ada juga impatien ni..

pelantar yang dah macam berzaman je rupanya

khusyuk tunggu cabutan bertuah utama

p/s: akak dapat gak cabutan bertuah... kupon JJ RM150... tak snap pun... tak sempat... selepas abis acara terus balik seremban dan singgah Seremban 2 dulu.. bagi habiskan kupon he he.. tamo simpan-simpan nanti lupa...sebab 4 hari Langkawi lepas tu 4 hari kat Melaka.. ada tendency cicir kat mana-mana...  kebetulan jug kettle dah rosak... teruslah tebus kupon tu... plus beg sekolah HS dan tracksuit.. berbaloi gak pegi sini ... selepas subuh tu!!! sampai terus bertugas.. embun pun belum kering lagi:)

p/s:kakakku itu sempat berkaraoke lagi :) HS frust no bertuah dia tak bertuah... siap pesan nanti kita share ye yang mak menang tu... aiiii dah namanya anak semua tukar kupon untuk dia je...

Sabtu, 28 Disember 2013

Klebang Original Coconut Shake

singgah lah kami disini menghilangkan lapar dan dahaga sebelum berangkat pulang.
Ada pembaharuan ..


Coconut shake dan wall's ice cream

sentiasa ramai pengunjung

katanya satu hari pembuat nasi lemak membekalkan lebih kurang 3000 bungkus nasi lemak.. bungkusan tak perlu besar janji sambal yang sedap, tak pedas sangat dan tahan tidak basi bila dibawa balik... kami makan seorang 2 bungkus..HS lapar sangat habis 3 bungkus.. penat mandi 4hari 3 malam di water park kut... rindu nak makan dengan mak kut.. 4 hari 3 malam makan abah yang uruskan he he

as usual mesti lihat pokok disekeliling... jumpa yang ni entah pokok hape entah.. buah macam sedap je :)

pokoknya


Jumaat, 27 Disember 2013

Entri Jumaat terakhir tahun 2013 - Masjid Selat

Salam Jumaat.. nak juga berentri pada Jumaat yang penuh barokah ini ..Jumaat terakhir pada tahun 2013 ini... since ada berfoto di masjid maka sesuailah hari ini entri pasal foto dan cerita yang seangkatan dengannya di masjid... Masjid Selat diberi nama... gah dibina nun di Klebang sana..

pertama kali melihat kewujudan masjid ini melalui entri blog Wak Gelas... foto - foto yang osem dalam blog tu... kami singgah di sini selepas check out Bayou Lagoon Resort Park di Bukit Katil... jenuh bekerja siang malam di sana akhirnya kami pulang jua.. alhamdulillah En Bos sudi meluangkan cuti meneman akak disini bersama dengan HS... anak-anak yang lain bertungkus lumus untuk semester akhir dan juga yang akan menghadapi final exam untuk semester kali ni... mak doakan kalian berjaya..
sebenarnya tiada nawaitu singgah disini..selepas check out kami ke Umbai untuk lunch kerana lunch kat resort tak menarik selera... Umbai mula buka kedai pun lewat petang... nak pergi ke Mak Limah Asam Pedas di Pengkalan Balak rasanya dah habis.. untuk replenish balik tenaga yang terdekat adalah makan nasi lemak di Klebang Coconut Shake... sebelum makan usaikan urusan solat dulu... alhamdulillah dapat masuk dan solat di masjid ni... sebenarnya malam sebelum Jabatan ada buat lawatan ke bandar Melaka dan melawat masjid ni adalah agenda kedua selepas River Cruise dan singgah sebentar di Bandar Hilir... hari dah malam semua kepenatan tengok masjid dari dalam bas je... 

keliling masjid yang damai dan ramai pelancong asing datang ke sini...


kabonya masjid ni diatas tanah yang ditambak...



kenangan akak disini membantu pelancong dari China memakai tudung dan jubah untuk masuk ke masjid.. tak terlintas pula nak berfoto dengan dia sebab nampak dia terkial-kial nak pakai tudung... dia  pula yang minta akak tolong ikatkan tali jubah... teman lelaki tunggu di depan masjid... ada seorang pengawal yang direct depa ni untuk pakai pakaian yang telah disediakan.... sebahagian dari dakwah jugakan... lain-lain binaan seni disini tak sempat nak belek sebab kami semua dah lapar :)

ada bahagian untuk kanak-kanak juga even ada beberapa unit kerusi urut GINTEL di sini.. murah dari airport Langkawi...RM3 vs RM 1 untuk 3 minit dan 5 minit kalau tak silap 
snap foto HS ni dia tak perasan he he... melaram dengan baju beli malam sebelum di Bandar Hilir .. nak juga baju I love Malacca... akhirnya baju dengan hiasan kapal..dan dengan warna favouritenya... jadilah untuk kenang-kenangan... nak juga guna sarung lengan tu... untuk sekolah dah guna dah... merengek-rengek nak beli masa di Langkawi minggu sebelumnya
credit kepada KM yang sebelumnya kerana menaikkan imej dan aktiviti pelancongan di Melaka.. signage yang terang dan jelas dan well maintained... sepanjang River Cruise banyak mural menghiasai belakang bangunan dan cantik-cantik belaka... tak kurang juga Kg Morten yang mendapat sponsor bekalan elektrik untuk aktiviti pencahayaan ditebing sungai...  

Liar yg berkhasiat katanya - Ara Tanah

asalnya saja-saja snap rumpai ni.. sebab rupa bunganya yang agak unik..dah lama simpan dalam folder sehinggala terjumpa dalam facebook khasiatnya.. cer klik link kat atas tu...



Pokok Ara Tanah - sejenis pokok herba yang biasa tumbuh dikawasan keliling rumah dan kebun dalam pasu bunga - sangat berkhasiat untuk rawatan kayap/herpes zoster.. 

jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)