Isnin, 31 Ogos 2015

Buah Kembayau dan Buah Tarap

Jumpa di Pasar Labuan... kawan berminat dan beli... rasa menyesal pula tak ikut beli.. maka tiada lah dapat untuk mengungkapkan pengalaman merasa buah ni.. kata penjual direndam dalam air panas sekejap dan dimakan dengan kelapa parut dan diperasa dengan garam .. pembacaan lanjut dibuat.. banyak juga info dan cerita mengenai buah ni.. adik ipar pun biasa tengok di Sarawak sebab duk lama di sana.. 

jujurnya akak terliur juga tengok warna buah ni.. entah kenapa tak beli eh.. mungkin suasana ke sini dgn masa yg terhad sebab waktu break makan tengahari yg agak singkat.. petang ada lagi slot yg perlu dihadiri dan fokus... waktu zohor awal dan suasana panas .. tak keruan nak membeli.. 

tempat yg tiada orang boleh jadi ramai pula pembeli bila akak singgah untuk membeli.. sabar je la.. beli apa yg patut.. ingatkan bonda dan adinda .. belikan diaorang ikan bilis, udang kering, kuih cincin.. jumpa pula belacan yang Tukang Kebun selalu beri as freegift.. borong juga.. sebagai souvenior utk kawan2.. naik tingkat atas lega sebab sejuk.. banyak juga penjual mutiara.. asal penjual bukan org tempatan.. merantau dari semenanjung... lega ada aircond.. lutut pula dah penat:) .. tertinggal jam HS kat kedai.. kena tuntut ... dtg semula keesokan hari sebelum berlepas balik ..

Ada yang kata olive Sibu... adik ipar kata dipanggil buah dabai juga.. next time insyaaAllah jumpa akak akan beli :)

Sebagai peserta kami dibawa melawat sekeliling Pulau.. bila dihujung lawatan kami dijamu dengan buah ni .. buah tarap katanya.. kawan2 kata ada rasa buah durian belanda.. tekstur buah lembut berkrim  .. entahla.. akak ok je dengan rasa tu.. makan sikit aje takut angin bila lihat buahnya macam buah nangka.. 





Hasil pertanian dan hasil nelayan dipusatkan di sini... teringat kata penceramah.. merekalah asal usul kita sebelum kita berjaya seperti sekarang.. kalau boleh tak payahlah minta kurang... sokong perniagaan mereka..
 pasar nampak selesa ...

Pembangunan di WPL.. memang ramai yg datang sini.. 

Taxi stand & bas mini..

PS: salam kemerdekaan..

Aktiviti semalam :
Ziarah pusara arwah En Boss.. kemas laman.. beri sepasu pokok bunga kemuning pada jiran.. tuai buah kedondong yg dah matang... jiran pun dapat juga... ada lagi dahan yang berputik tu..

pokok delima yang akak semai dari benih dah kering... sedih.. 

angkut pokok2 balik ke FL... sebab keadaan tanah yang agak lembap.. harap survive dan dapat kasih sayang disitu...  cuma risau cik kam lolos ke kawasan tanaman

Pokok puding belacan 2 pokok
Pokok serai aceh aka tepus wangi
Pokok canistel yang dah bertunas dalam buah.. 
Pokok ajaib

Sebelum tu akak dah bawa balik dan semai anak pokok lemon, mulberi dan sambung nyawa... 
sekian utk catatan sendiri..

Selasa, 25 Ogos 2015

Spageti rencah lobak ungu

Awal2 mengenali lobak ini dari blog Kebun MalayKadazan Girls milik Tukang Kebun Diana... dah ada benih .. mungkin lewat menyemai .. benih dah expired.. akan dicuba lagi.. sayur ni akak jumpa di AeonBig. . Terus sambar untuk masak spaghetti kesukaan HS...ni masa rajin.. dan waktu tu ada waktu terluang. ... Anakanda Arina Balkis yang datang minggu berikutnya merasa pula juadah telur dadar berintikan kacang buncis campur lobak ungu ni. . Suka dia sampai sebut kat mama...

Warna ungu ni akan turun melekat pada spaghetti tu.. jadilah spaghetti ungu.. berbeza dengan lobak merah

Semenjak laman Seremban ditinggalkan tiada lagi tuaian sayuran untuk di juadahkan. . Tuai la sayur di Sogo .. yang akak kenal sayur hijau tu sayur raja.. dilabelkan sebagai Zealand Spinach...

Close up

PS: 2 bulan foto2 ni bersarang dalam folder.. blog pun bersarang seminggu.. baru sempat untuk mengayat :) 
terima kasih di atas doa para sahabat.. sekembali dari WPL akak baring dua hari di hujung minggu.  Dengan rehat yang cukup dapatlah akak bekerja Isnin lepas. .. 

Sabtu lepas adinda Teh ajak ke Ipoh untuk ke Expo Pasar Kemboja di Taiping. . Ikutkan aja....balik malam Isnin.. almost 12 o'clock sampai rumah. . Semalam ke ofis kepala miong2 je.. sabar je la..demi membawa bonda dan ayahanda kami berjalan menziarahi adinda Lang di Ipoh. . 
Alhamdulillah adinda Lang semakin berjaya di dalam perniagaannya. . Arwah En Boss pasti tumpang gembira dan bangga dengan kejayaan adik2 ipar kesayangannya. .  Mereka juga sayangkan arwah.. 24 Ogos.. tarikh itu dlm memori kami semua. ..


Khamis, 13 Ogos 2015

Bunga Kunyit Bonda

Selalu jumpa bunga kunyit di meja-meja jualan pasar malam dan pasar tani. Kali ni dapat tengok dipokoknya.. Bonda akak kata dah overdue... hmm melopeh nak buat ulam.



PS: tgh demam... dua hari duk WPL ni dah tak sihat.. cuaca pula panas teruk... badan menggigil dan sakit.. hidung soksek2... acara penutup belum mula lagi.. ambil la peluang untuk update blog..

Selasa, 11 Ogos 2015

Masam jadi manis.

Sedap je telan ... kunya-kunyah dah habis.. belimbing depan rumah dah jadi jeruk.. manis dan ada juga pedas.. tak ingat dunia makan jeruk ni.. resipinya tak pasti... jiran yang buat dan beri akak sebekas... nak tanya segan :) lama dia menanti akak balik untuk berikan jeruk ni..
PS:

  •  teringat tuan punya blog AlManar bertanyakan resipi jeruk buah belimbing buluh ni.. sampai sekarang akak tak pernah cuba.. tuan blog AlManar diberitakan sedang tidak sihat dan didalam jagaan keluarga.. semoga beliau segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan.. semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan yang diberiNya.. 
  •  Dalam penantian untuk berangkat juga.. semoga segala urusan dipermudahkan Allah swt...
  • Agak-agak rimas tak akak memakai baju khas tu nanti? susah hati juga memikirkannya..

Isnin, 10 Ogos 2015

Ogos datang lagi

Untuk catatan sendiri. ..
Ogos bulan bahagia.. 
deretan tarikh sambutan ulang tahun kelahiran,  anniversari dan alhamdulillah .. tarikh konvo untuk anakanda Siraj. .

Ogos juga bulan kesedihan. . 24 Ogos tahun lalu hari akhir arwah En Boss di sisi keluarga.. pergi buat selama-lamanya.Walau apa pun kehidupan mesti diteruskan. . Terima kasih di atas sokongan anak2, Ayahanda dan Bonda, adik2 dan rakan-rakan taulan serta Puan Bos.. Kesejahteraan buat kalian semua sentiasa di dalam doaku..

Sebahagian rakaman peristiwa untuk Ogos 2015..

31.8.2015. . Ulang tahun kemerdekaan . 

16.8.88 - Selamat memasuki alam pekerjaan.. insyaAllah meneruskan perkhidmatan. .  


9.8.2015



Tak ketinggalan melawat Daiso baru di The Quill.. pekena seunit plant tagger (lama dah cari) benih2 dah lama sangat simpan. Lepas ni projek menyemai semula (kalau rajin ) . . 4.8.2015 anniversari dalam ingatan je la.. alfatihah sentiasa untukmu.. sama birthday dengan Auntie As... terbalik dgn birthday Ilin 8.4.xx..
3.8.2015 birthday anakanda Eja Akma dan  Adinda Munir..
9.8.2015 Birthday  Adinda Alang. .. 

2.8.2015-Hotel Istana. . Rezeki .. ada offer di Groupon. . Dapatlah berkumpul anak beranak meraikan Birthday Anakanda Siraj... dengan doa dan harapan semoga beliau bahagia dunia dan akhirat. . Semoga setiap masa menjadi anak yang soleh..

PS:

  • Rasanya rakan seangkatan sudah selamat mendarat di WP Labuan.. selamat bertugas dan mencari ilmu kawan-kawan. .
  • Akak el hari ni nak packing.. adalah masa sedikit untuk catatan ini..
  • Sebelum tu selamat menghabiskan Novel Yang Arif Yang Wangi.. lama dah tak baca Novel..
  • Selamat datang Puan Bos baru. .