Rabu, 30 Disember 2015
Ahad, 27 Disember 2015
Melada pahit
Pokok ditemui di port minum pagi Arwah En Boss dan sahabatnya.. cuti tahun baru 2014 yang lalu kami breakfast disini sebelum semua ahli keluarga yang berkumpul untuk ke destinasi percutian ... nasi lemak telah ditempah terlebih dahulu sebagai bekalan perjalanan kami.. sempat akak membelek pokok yg ada disekeliling kedai tu dan mula curious dengan pokok ni.. snap je dulu lepas tu gugel.. dah dapat jawapannya.. sama dengan nama yg diberi oleh acik tu.. untuk kencing manis katanya..
Khamis, 24 Disember 2015
Vietnam - catatan rencam#2 dan kehilangan smartfon
Jumpa bunga ni dan rerama ni di Pulau Unicorn selepas menyeberangi Sungai Mekong. Semasa snap foto ni rerama ni sangatlah sporting sehingga akak dapat snap 3 hingga 4 kali. Masa ni sebelum aktiviti naik kuda bersama-sama anakanda Siraj dan anakanda Sulong.. HS dengan auntie2nya..
untuk ingatan sendiri.. kami lalui jambatan sungai kecil aka terusan sempit tetapi sesak dengan perahu.. disambut dengan ucapan selamat datang dari anak kecil .. melalui rumah yg agak mewah buatannya.. ada tanam pokok petola dan ada kubur nenek moyang disekitar rumah... naik kereta kuda.. ada rasa kasihan juga pada kuda2 tu..
Anakanda Siraj cemburu dengan rerama yg sporting ni.. acah2 dan terus rerama ni lari.. seronok dia dapat gurau2 dengan mak ya!! Alasan kuda dah tunggu tu.. haila anakku ni lah masanya untuk mak bersantai..
Malas sangat nak compile foto2 ke Vietnam ni .. kan dah hilang... baru teringat pasal dropbox dan lain2 application utk storan foto.. hilang kerana kecurian smartfon arwah En Boss semasa renovation di pejabat.. macam kena pukau aje sebab tak teringatkan fon tu.. masa lunch baru teringat.. menitis juga air mata kerana banyak foto arwah dalam fon tu.. grup wasap dengan keluarga dan saudara mara arwah dlm tu.. some photoes are for personal viewing... dah hari ketiga baru tergerak hati nak cari info berkaitan amalan2 bila kehilangan.. buat juga namun sehingga hari ni akak redha.. mungkin Allah nak beri yang lebih baik kata sahabat2 di pejabat.. kali terakhir wasap fon tu hidup pada 15 Dis 2015 pukul 7:13 pagi.. kalau dapat balik alhamdulillah. Dapat foto rerama ni selepas ditransfer dari fon sebelum hilang..konon2nya utk dijadikan foto profile.. tak teringat nak transfer semua..
sahabat2 IT cuba juga tolong tapi no imei tu akak tak simpan..
Perkongsian dari Adinda Teh..
PS: tahniah pada anakanda saudara Arin kerana berjaya mendapat 5A.. Mak Long doakan kejayaan kakak seterusnya.. semoga menjadi buat adik2 yg lain.. terima kasih kerana menjadi guru matematik kepada HS.. not too bad ya kakak!
Hmm.. minggu ni juga seorang emak ini dikejutkan dengan kehadiran super bike.. dah jadi milik anakanda rupanya.. semoga ia menjadi aset yg baik..
Minggu lepas ronda2 AEON Maluri mencari pengganti fon arwah.. hmm kalau 2k keatas kena tunggulah jadi orang ada ada... bagi akak memadai yg berharga bawah 1k buat sementara ni.. fon akak ni pun galak juga hang.. bila maghrib menjelang akak nak segera pulang tetapi dikejutkan dengan kejadian yang menggamit memori kehilangan arwah En Boss.. seorang gadis sebesar HS dan muka seperti HS sedang dibaringkan oleh seorang perempuan.. tak pasti samada itu warisnya.. akak suruh dia betulkan kaki yang terkelepot ke belakang.. bila lihat mata putih hampir tertutup akak dah tersentap sedih dan termenangis dibelakang anakanda Sulong.. dia pula teragak-agak nak tolong sebab budak tu perempuan.. bila dia perasan akak menangis cepat2 dia dan Adik Teh tarik akak untuk balik.. ramai orang boleh tolong tu katanya.. ralat pula tak tunggu.. maghrib perlu dilunaskan.. sampai rumah mak terus peluk HS.. sedih semula.. entah apa yg terjadi pada adik tu !!
Salam maulidur rasul...
maghrib semalam.. suasana sunset yang sangat menyentuh hati ketika melalui Bukit Bangsar.. hmm storan fon dah penuh.. store dalam ingatan je la.. sambil tu adik teh stori mori hal rumah di pd yg berh...u itu..
Ahad, 6 Disember 2015
Tuaian Yang Dah Overdue
Cili - cili ni lama ditinggalkan baru dituai.. mudah aje lerai dari tangkainya.. Bonda akak tanya kenapa akak tidak tuai bersama dengan tangkainya. . Dah lembut semua cili ni.. tak mahu tangkainya mengikut. . Al kisahnya pokok cili ni hidup atas sebaran burung kerana lokasi tumbuhnya pokok ni di bawah kawasan yang berteduh yakni di bawah timbunan stok kayu api untuk kegunaan mereka di FL untuk masak rendang atau untuk masak lemang. . Belum sempat akak snap pokoknya.. tak pernah kami siram dan baja. . Tanah di sana memang subur..
Banyak juga hasilnya. . Lebih kurang dalam segenggam. . Geram tengok warna mereka ketika di pokok. . Dari atas hingga bawah berseri warna merah..
Sebelum tu jalan-jalan sekeliling rumah memeriksa hasil pemindahan dari rumah kayangan ke sini. . Begitu juga dengan pesanan baru dari Tukang Kebun dan lain pembekal .. dua pokok puding belacan dah kena mesin rumput. Tinggal batangnya aje.. malas nak snap fotonya. . Kalau ok minggu depan semak balik. . Jika hujan berpanjangan mungkin akan naik semula. . Dan di pagarkan agar tidak di mesin sewenang-wenangnya
limau purut tanaman bonda akak sentiasa berbunga dan sentiasa berbuah..
Diperhatikan terdapat seri pagi saiz cinonet mula melilit di pokok limau purut..
Sunrise di FL yang mula timbul disebelah kanan. . Bulan sebelumnya mathari naik dari sebelah kiri.. sedikit demi sedikit bergerak ke arah kanan.. memang terdapat peralihan jarak....
PS: pemindahan ke tempat kekal insyaaAllah.. mangga saiz besar, mangga sala, delima dari Rose Semua Menjadi. . Limau kesturi. . Zinnia comel tingga warna putih aje..
Bersiaran dari tempat sukan.. keputusan tak selesai lagi. .
Rabu, 2 Disember 2015
Pokok Dill berbunga
Beberapa tahun dulu adik di Ipoh beri keratan pokok ni.. tak hidup sebab panas dalam bonet. . Pertama kali tahu mengenai pokok ni semasa menonton AFC.. Jamie Oliver chef terkemuka yang gunakan dalam masakan. . Harga sepeket kecil mencecah rm 4.50 di pasar raya tertentu.. dua tiga helai je daunnya. . Akak suka bau daun ni.. segar je.. ada yg guna untuk ikan salmon.. entahlah apa resipi dia tu.. sehingga angkat ibu jari kata sedap..
Pokok ni akak perolehi dari pasar tani Rembau.. kata penjual pokok ni juga untuk halau nyamuk. . Kalau begitu eloklah akak beli. . Kat FL banyak nyamuk .. seronok duk di FL ini ya wahai si Dill.. pokok dah berbunga. .
Terkejut juga.. akak dah lama tak ke sini .. dah berbunga.. suka duk sini ya..entah apalah nama Melayu nya ya?
Close up.. nampak macam berhabuk
Top view. . Macam juraian pokok padi pula..
ps: teringat pula pada bunga asparagus Mary Washington. . Foto dah tenggelam dalam folder mana2 entah.. semoga akak dapat kongsinya di sini. .