Ahad, 31 Mei 2015

Hujan

Kerana hujan perjalanan akak untuk meronda-ronda terbantut.. perut minta di isi.. maka carilah tempat makan yang kena dengan selera dan lokasi strategik untuk bergegas pulang ke pejabat bila hujan mula teduh..
 The Loaf.. sedap juga..
harganya pun hmmm tau2 je la..
Mula2 nak macchiato... tukar latte pulak. memang daun itu signature nya kah?. Atau sekadar hiasan?


Jumaat, 29 Mei 2015

Lalang di pagi hari

Dapat juga snap lalang belaan ni... macam tiada kerja pagi-pagi ni.. kebetulan lalu kat sini... ambil peluang snap dan menikmati kejadian yang Allah swt berikan... harap-harap tiada orang perasan tabiat akak membelek lalang di pagi hari hi hi..




Rabu, 27 Mei 2015

Cabut gigi

Jumaat lepas HS dibawa cabut gigi kerana gigi taring dah keluar... dah double dah giginya.. kali ni dah hilang seriau dia berjumpa dentist.. tahun-tahun terdahulu bagai bergaduh dalam bilik rawatan.. menangis dan tutup mulut dengan tangan... kali ni pembantu yang lemah lembut dengan pelbagai nasihat pada HS... dia pun dah ok... nampak juga ketakutan dia bila dirawat... keras je badan hi hi... kalau arwah En Boss ada dia tolak je dengan jari ..  borak-borak dengan dia untuk hilang perhatian terhadap gigi dan tetiba je gigi dah ada kat tangan arwah En Boss... dan HS terus tersenyum...  begitu juga dengan anakanda ateh Nurul .. arwah juga yang buat.. lepas tu budak-budak ni tersenyum... kita pun boleh senyum tiada kerisauan gigi jadi tak cantik dan berlapis-lapis dan juga tiada risiko anak-anak tertelan gigi yang dah longgar....
baik sungguh layanan pembantu doktor di klinik ni... tak macam dolu-dolu akak pun seriau nak jumpa doktor gigi... ada doktor gigi yang ganas... habis bibir kita cedera kerana kuatnya nak tarik gigi.. ee tak boleh ingat masa tu... memang krak kruk gigi kita dibuatnya.. agaknya doktor baru kut... berbanding dengan doktor sekarang yang baru .. semuanya berhemah, peramah dan lemah lembut melayan pesakit gigi.... I Loikke.. akak juga jumpa terpaksa jumpa doktor gigi minggu lepas ... asalnya untuk appoinment scaling... appointment pun kena pemeriksaan dulu.. akak dinasihatkan tak payah buat scaling sebab ianya menyebabkan gegaran yang kuat.. suggestion doktor adalah menguatkan gigi yang lemah... akan sakit juga.. hmmm dengan umur begini harap-harap semuanya berjalan lancar menahan kesakitan... sepanjang tujuh tahun lepas semua geraham dah missing.. setiap minggu mc kerana buang gigi.. nak buat macam mana kan.. masanya dah sampai

patung lembu ke patung kambing tu? anak kecil dibarisan hadapan akak kata lembu... bapaknya tanya lembu ke? Lembu katanya... tengok tanduknya akak kata kambing hi hi..HS senyum je sebab dia suka tengok gelagat adik kecil tu..

PS: si Tun cleaner di pejabat... buat apa dicabut puan? Kalau di indon cantik kalau senyum katanya... adoii puas akak menerangkan itu gigi susu .. memang dibuang !!!

Sabtu, 23 Mei 2015

Key Chain OKU Pendengaran

Tengah seronok menikmati juadah ..  brunch di Sri Petaling kami didatangi seorang gadis Mat Saleh.. tunjuk key chain ni dan surat pemberitahuan bahawa dia OKU pendengaran dan mohon bantuan membeli key chain ni.. seronok pula HS memicit-micit dan keluar bunyi ikut jenis binatangnya... bunyi lembu , kucing dan burung.. nawaitu menderma maka HS grab 3 unit... satu untuk adik sepupunya Ayish.. 

dah jadi trend sekarang ni dia orang membuat jualan dengan cara macam ni... sebelum ni di AEON Setiawangsa kami didatangi juga seorang gadis Cina yang menyatakan melalui surat bahawa dia OKU pendengaran.. masa tu dia jual key chain daripada kayu.. @ RM10 seunit.. 

ps: tak sempat pula nak snap surat makluman dia orang tu.. 

Khamis, 21 Mei 2015

Buah tunggal

Awal Mei lepas balik Seremban ziarah pusara arwah dan jenguk rumah dan laman yang tinggal... berserabut dah laman tu.. FIL pun macam tak larat nak maintain... rezeki akak jumpa buah mulberi tunggal hasil keratan pemberian Diana KBB.. buah yang lain dah jadi habuan burung2 kut.. apa lagi  akak terus ngap..

Pokok ubi dan mulberi yang ditinggalkan .. berkongsi satu container.. ingatkan pokok-pokok ni dah mati... alhamdulillah mereka survie..

Rabu, 20 Mei 2015

Ketika dia bahagia

Kali kedua menyemai buah keledek berwarna jingga yang dibeli dari pasaraya... lama dalam plastik maka tunas - tunas kecil mulai keluar... segeralah akak pindahkan ke pasu... makin meriah dia berdaun.. namun tidaklah lama... bila matahari semakin lesu menyinari tempat kediaman kami maka makin lesu pertumbuhannya... hmm takat tu je la bahagia mata memandang.. hari ni dah arwah..

Selasa, 19 Mei 2015

Bunga Api

Berkenan betul tengok bunga pink ni.. Bunga jualan Mak Tom juga... dia tak tahu nama .. maka belasah je beri nama mengikut rupanya.. bunga apa ni Mak Tom tanya akak.. bunga api katanya.. sebab memancar-mancar kudupnya macam bunga api berkembang diudara... suka hati Mak Tom la... mohon kongsi nama bunga  ni ya... sebagai menambah ilmu dan koleksi foto bunga.. 


Ahad, 17 Mei 2015

Bunga Copong katanya..

Hari ni lepas breakfast terus melawat sudut Mak Tom... amboi dari jauh bukan main lagi gah bunga ni kelihatan... apa lagi jadi bahan akak hari ni... tak beli pun pokok ni sebab cuaca dah tak menentu di rumah KL ni.. simpan foto bunga jadilah... bunga copong kata anak Mak Tom .. nak tergelak agak mendengarnya... Mak Tom kata macam copong sebab tu dia beri nama copong... mohon kongsi maklumat bagi siapa yang tahu ya.. memang gah bunga ni dipokoknya.. pokoknya rendah aje tetapi bunganya amat menonjol dan terus menarik mata .. macam tak balance pula.. puas hati hari ni dapat tengok bunga unik... perolehan hari ni ialah pokok bismillah... kata Mak Tom untuk buat ubat juga.. daun yang tua dijadikan teh manakala pucuknya untuk diulam.. foto pokok bismillah dilain sesi pula lah ya... nanti tiada bahan untuk celoteh kat sini..:)



ps : dah banyak hari bulan Mei 2015 berlalu ..sudah 17 hari.. sibuk.. nak update blog pun berkira-kira.. pokok jeruju jadi jeriji.. terima kasih En Adry kerana membetulkan maklumat akak yang tersilap tu... akak tidak akan betulkan tajuk entri tu..biarlah jadi ingatan untuk diri sendiri... sebenarnya hari pertama beli pokok tu akak dah catat dalam blog namanya sebagai jeruju... tapi  entri lepas tiada semakan dan ingatan dibuat .. jadilah dia pokok jeriji... minta ampun dan maaf kawan-kawan..  sudahlah sibuk masih nak berblog ya... :)

 Jumaat lepas kerja-kerja ofis yang diusahakan sebelum arwah En Boss meninggal dunia sudah diperakui oleh pihak atasan... sedih juga tiada beliau untuk akak berkongsi cerita... macam-macam pengalaman yang dihadapi .. pada peringkatt awal selalu jek kena sembur dengan si P B.. sehingga keluar kata akak ni melampau sebab terkedek-kedek buat kerja...team yang sangat terhad bilangannya dan kepakarannya.. dari KL, NS hingga ke JB baru selesai... hmm lepas ni ke mana pula ya.. 

kannn .
 alahai saya ni makcik yang baru belajar.. diduga dengan sakit yang bertimpa-timpa.. dua kali demam panas, dapat batuk yang serius dan akhir-akhir ni gastrik dan migrain yang melampau.. dah pergi hospital pun lupa minta MC dengan doktor.. mudah-mudahan selepas ini segala-galanya berjalan lancar.. dapat surat pengesahan kerja pun rasa tak ceria dan teruja bila status kita dah "kering cop jari" .. fokus sekarang ialah siapkan dan sudahkan yang tertunggak dan teruskan apa yang dirancang.. 

hari ini HS perlu tukar kasut baru... nak kasut bertali pula.. pyra filter mula digunakan... lunch yang lewat hari ni.. pertama kali siang ikan tamban fresh dan terus masak.. makan dengan nasi panas dan kicap dah cukup... sedapkan dik HS walaupun tulang nya berceranggah... lepas ni kita beli lagi..

Selasa, 12 Mei 2015

JERIJI

Sesiapa ada nama lain untuk pokok ni mohon berkongsi ya... Kata Mak Tom rebus daunnya dan minum air rebusan bagi mengubati kanser... wallahua'lam .. saja suka-suka beli pokok ni ... statement cepumas anakanda Siraj "beli lagi"... selagi ada bulan dan bintang itulah hobi mak kamu ya.. kalau dah berkenan bawalah balik.. pokok pelik ni lupa nak bawa balik Seremban    ... jadilah penghuni rumah bertingkek-tingkek ni.. kadang-kadang panas kadang-kadang mendung... Bulan Mei ni akak perasan matahari dah berubah sudut.. matahari pagi sudah memancar dari sebelah kiri sudut  .. bumi dah condong sikit.. kalau sebelum ni ruang depan rumah mendapat pancaran tepat .. bulan-bulan sebelum musim panas dan pancaran cahaya matahari yang terik seawal 7 pagi ... pancaran tepat tu.. banyak juga pasu yang jadi mangsa kepanasan campur dengan mood malas menyiram ... yang dah ko ... hydrangea, pokok jeliti, bunga raya bunga saiz kecil pink dan  avocado buah rendang.. redha je le... pokok jeriji ni hari tu pun terkulai juga.. cepat-cepat rendam pasu dalam baldi.. bila dia dah tegak semula baru keluarkan dari pasu.. sekarang pokok ni jadi penghuni dapur sebab  nak elak pancaran tepat panas matahari..


awas ! durinya panjang dan pasti menyucuk kalau tidak berhati-hati

mudah dibiakkan melalui keratan batang kata Mak Tom

dapat dari Mak Tom bukan main subur dan cergas pokok ni... ditangan akak... sudah mulai kurus dan kurang daun tapi masih bertahan..


Khamis, 7 Mei 2015

Kunyit hitam

susah juga nak maintain pokok-pokok di rumah yang kurang cahaya matahari ni... kunyit hitam yang banyak khasiat kata Mak Tom dah tak ceria hidup di sini... lebih-lebih lagi akak asik ke luar kawasan .. akhirnya  kecundang juga... sekecundang akak 30 April yang lalu.. ada pucuk kunyit keluar akak dah tarik keluar untuk diulamkan.. lupa pula...

baru beli hari tu cantikla macam ni... sekarang ? dah nyawa-nyawa ikan..

JPO

Nawaitu balik KL singgah JPO untuk solat... 
tak beli apa pun kecuali minum air kelapa rm 8++... :)  mahalkan! Ada kawan dapat yg harga rm 5.00 itupun consider mahe juge... dah hari panas.. penat pula...

sebagai catatan sendiri...





Yang menarik perhatian.. ada lagi iaitu singki yang macam unik juga.. masa tu rasa macam tak nak snap je... dah terkenang-kenang pula
PS:  kondisi kesihatan pagi ni alhamdulillah .. much better .. begitu juga bonda akak yang melepek semalam... terpaksa juga bawa bliss sebagai bekal ke ofis untuk alas perut...

Terima kasih atas doa kawan2 esp: KakakZakie, Tukang Kebun, Nurbijen, Awin Petak Hijau dan semuanya...  

Rabu, 6 Mei 2015

Siapalah kita

Cuti Khamis lepas besar perancangannya .. besar la sangat.. banyak urusan untuk arwah En Boss yang tertunggak... namun akur... siapalah kita... lain jadinya..

 bangun subuh dah sakit kepala... jam sembilan sudah jadi gastrik... berlanjutan jadi muntah-muntah.. minum air segelas keluar balik dua gelas.. makan secubit roti keluar balik air segelas.. melepek... perut lapar tetapi tak boleh makan... mual2... asik cakap wek wek... kalah orang mengandung.. tu lah dia penangan bp tinggi dan gastrik... bacaan jadi error ...

akhirnya mengalah.. ke PPUM... masuk 30 April mlm keluar 1 Mei 2.30 pagi ... wad kecemasan pulak macam2 bunyi.. lagi sakit kepala.. bp memang melambung... check jantung... ambil darah.. xray... selepas diberi ubat tahan muntah dan bp... akhirnya sakit kepala reda.. sikit je redanya tu... dah moh balik.. tak tahan bunyi tot tet tot tet dalam wad kecemasan tu.. hari ni masih rasa berbayang lagi... 

Balik rumah tidur sepanjang hari.. penangan ubat tahan muntah la pula...  badan rasa kembang je... kesan yang tak boleh tahan juga...  tidur pun rasa urat mata macam dipintal-pintal

semoga bondaku juga terus menerus sihat walafiat.... uzur hari ni... apa kan daya... akak pun masih tak sihat lagi...


Isnin, 4 Mei 2015

Birthday anakanda Khairi

Sebagai catatan sendiri... agar dimasa hadapan Mak Long ingat birthday Khairi ya... kali ni kami menziarah adik sepupu.. sibuk prepare untuk birthday anak bujangnya yang ke 7 tahun... kami singgah sebentar kerana anakanda Siraj perlu masuk kerja malam nanti.. bantu sikit-sikit... ha ha bantu rasa garam je... lama tak singgah sana selepas pemergian arwah ML... 
semoga kalian sentiasa didalam rahmat Allah... semoga anakanda Khairi membesar menjadi anak yang soleh dan  bijak... dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat...


jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)