Ahad, 29 Mei 2016

Kenduri menyambut Ramadhan

Dapat jemputan dari  keluarga ni.. saban tahun mengadakan kenduri menyambut Ramadhan.. jemputan adik beradik dari pelosok negara.. jiran non muslim pun join... amalan dari orang tua mereka.. diteruskan oleh si anak-anak... saban tahun akak dapat jemputan.. berkesempatan atau tidak je..

Lepas makan maka pulanglah kami... dalam nak menyampai ke kereta baru perasan bunga cantik ni.. pokoknya tinggi dan besar





PS : Bersiaran dari Melaka Bandaraya Bersejarah.. baru lepas makan asam pedas claypot.. menaip dengan iringan muzik uncle ni..



Perkongsian kawan-kawan seseminar




Ahad, 22 Mei 2016

Lawatan ke Sekolah Rendah..

Dua minggu blog ni tiada pengisian.. baru sempat mencoret sepatah dua cerita.. ok la dapat bercerita di hari Nisfu Syaaban ni.. HS masih qadha puasa.. mudah-mudahan selesai sebelum Ramadhan.. alhamdulillah makin meningkat komitmen HS untul berpuasa.. galakan dari Mak Teh, Mak su dan Uwan.. hi hi dia sendiri yang beritahu.. Mak esok adik nak puasa tau.. hari ada KOKO adik tak puasa.. sepatut semalam nak sambung tapi ada kenduri pula.. orait adik..

Hari tu.. 
Selepas menziarahi pusara Allahyarham ayahanda, adinda Yat ajak ronda ke sekolah rendah kami.. hmm dah berubah semuanya.. dia dgn HS berselpi aje.. akak dah nampak di seberang sana serakan tumbuhan yang berbunga indah.. sebenarnya semak dikawasan perumahan ni.. nasib la bunga ni yg mendominasi kawasan.. tengahari buta ke seberang jalan menjalankan aktiviti klik2 bunga ni.. pernah dikongsikan sebelum ni tapi dilokasi berbeza.. masa tu disekitar rumah kayangan akak.. 

Diserikan dengan penghisap madu.. sporting betul.. hanya angin jadi penghalang pemfokusan si rama-rama ni..







PS.. cuaca sudah mula redup dan dingin.. alhamdulillah

Ahad, 8 Mei 2016

Penemuan lagi

Kunjungan adik dari Ipoh semalam.. gerombolan kami mengikut dia ke kenduri jiran lama di Laman Nur Kasih.. garden wedding.. jauh ke dalam nun disana namun suasana yg aman damai hilang rasa penat membelah kesesakan lalu lintas.. ada waze tapi terikut pula waze anakanda Hazriq.. ikut Giant katanya.. nasib waze satellite boleh sesuaikan keadaan.. kami jumpa jln potong dan elak jam.. lalu la dikawasan perumahan yg nilai semasanya tak kurang setengah juta... alhamdulillah sampai ke Laman Nur Kasih .. crowd dah mula berkurangan.. dapatlah makan dengan selesa.. HS dan Kak Ika semedang berselfie.. selesa dgn tempat ni..

Esoknya berkumpul di rumah bonda.. breakfast di Pak Cat.. ada gerai lain buat lempeng kelapa.. order juga.. mula2 dua lepas tu jadi 5 sebab sedap makan panas2..

 lepas tu ziarah kubur.. hari hujan.. jiran2 allahyarham ayahanda ditakungi air dan ada tanah yang mendap... hanya mampu tengok.. moga waris2 datang ziarah dan uruskan tanah yang mendap..

Balik dari ziarah singgah semula di Pekan Koboi untuk beli jus Lega pesanan bonda.. sebelum ni penjual janji RM 58 sebotol .. tup tup jadi rm68.. silap dengar ke.. hari tu kami rasa seronok sebab ada port murah utk jus ni.. adik Teh kata patut beli hari tu juga.. sepakat kensel dan cuba cari kedai lagi satu.. hmm lagi mahal.. ada kawan yg jual murah beli dgn kawan je la.. tapi lewat sikit dapat.. tak pe la .. lewat pun lewat la.. otw ke kedai lagi satu jumpa pokok ni.. ada bunga pula tu.. bersegeraan akak snap pokok ni.. tak pernah jumpa sebelum ni.. ala2 daun pokok daisy.. bunga kuning menyerlah.. siapa tahu apakah gerangan nama pokok ni.. 


Isnin, 2 Mei 2016

Mother in law's tongue

Lagi koleksi di port minum pagi.. yang istimewanya dah berbunga.. alahai memang sangat sajak tangan si penanam.. semuanya naik cantik..

PS:masa ni arwah ayahanda akak tak ikut.. kami perlu ke pasar basah.. arwah dijaga oleh Adinda Intan dan anakanda saudara yang tercinta..
Alfatihah untuk arwah ayahanda