Salam Ramadhan..
Genap 7 hari berpuasa..
balik kerja kalau sempat singgah bazar Ramadhan..
Jumaat lepas kali ketiga akak shopping bazar Ramadhan.. BIL nak cari kawan yg jual ayam percik Jumaat .. akak turut ikut adik bongsu sebab balik rumah yg sama.. bonda dah pening entah menu apa nak masak..
Jalan-jalan melawan hangat pancaran matahari yg terik serta silau melampau dgn nawaitu nak cari lauk berbuka.. juga melawan aliran pengunjung bazar Ramadhan yg kus semangat sangat ramai yang dah macam beratur berasak-asak nak masuk stadium untuk menyaksikan perlawanan yang penting..
sàmpai ke tempat ni (spt foto) ada lagi manusia beratur.. akak tak beli .. kata yang beratur pun tak tahu sedap atau tidak.. nak try katanya.. adik bongsu kata next time try sebab dlm genggaman dah ada ayam percik... bahagian akak pula ayam samudra.. ayam golek diperap dengan 22 rempah.. sedap juga..
yg tertinggal untuk beli adalah kuih akok..
kuih kegemaran akak dan bonda.. memang tak perasan kat mana sebab silau matahari dan berasak-asak dengan pengunjung.. adik bongsu kata ada jual.. tak tau pula mak kirim katanya.. tak pe .. esok2 cari kat tempat lain katanya..
Nama masakan ayam ni pun akak tak perasan.. sempat snap sebab ada org lain juga snap... hi hi ambil peluang .. tengoklah tempat pembakar dan susunan ayam2 tu.. banyaknya..