Selasa, 27 Disember 2016

Merah delima


Teringin sangat nak makan buah ni.. kali ni rasanya sedap sangat.. akak sendiri makan sebiji... beli kali kedua untuk Allahyarhamah bonda.. suka dia.. lain-lain makanan terasa manis dan masin baginya.. air kelapa dari buah yang baru dikopek pun terasa sangat manis baginya..



PS: Jus segar delima yang diperah di Sogo rasa lebih masam .. sedap juga..

Ahad, 25 Disember 2016

Allamanda.. baru ku tahu.. selamat berangkat bondaku

Melawat kawasan pagi-pagi.. baru perasan nun dipucuk sana ada bunganya terpacul.. amboi korang.. gunjai sungguh si allamanda .. bunga besar-besar.. tidak dpt dicapai.. tunggu gugur baru tahu.. sebelum ni hairan dimanakah lokasi  bunga pokok ni.. rupa-rupanya nun diatas sana..

Ada lagi 2 disini



Berlatarbelakang pokok jering..

PS: Kesayuan melihat peninggalan allayarhamah bonda.. perginya selepas asar semalam setelah 2 minggu berhempas pulas menahan sakit .. kami sepakat mengebumikan malam tadi juga .. alhamdulillah urusan semuanya dipermudahkan.. terakhir kami ke sini dua minggu lepas.. pandangannya sayu melihat kawasan sekeliling seolah-olah akan pergi jauh.. bertanyakan apakah keadaannya pokok-pokok yang kita tanam.. akak khabarkan pokok kemangi dah kecundang... katanta nanti tumbuh anak pokok yang baru katanya.. 
semoga allahyarhamah bonda ditempatkankan dikalangan orang- orang yang beriman..

Sabtu, 24 Disember 2016

Dinner Date

Date dengan anak-anak disini..
Malas nak snap makanan yang diorder.. Sebagai ingatan 1 order nasinya banyak.. perlu dikongsi.. order la lebih untuk lauk.. yang pasti dapat dessert malahabia...

PS: Dah jumpa edible rose water di kedai Pakistan di Menara Citione..

Jumaat, 23 Disember 2016

Ayam penyet cerita akak..

Sebelum ni tak teruja pun nak merasa juadah ni.. 1st time di Meru Ipoh.. ok la boleh diterima.. ayam hempap katanya..
2nd time di sini.. 1st time masuk sebab nak order jus alpulkat (avocado) semasa temankan adik pembantu membeli bekal lunch selepas kami selesai kerja luar..

Kebetulan selepas urusan bonda di hospital semuanya kelaparan.. dari maghrib hingga sejam sebelum tengah malam baru urusan selesai.. menahan  semuanya.. lapar dan penat.. tak terasa.. keluar je hospital melilau cari kedai makan.. rezeki kami kedai masih dibuka dan masih ada stok untuk dua meja..

 snap sebab ayam bakarnya sedap

HS suka yang ini...

Sebab utama entri ni.. bakul unik mengisi nasi..

PS: mlm ni shif akak menjaga bonda...  masih belum bangun dari lelapnya selepas isya' tadi.. makin lemah sebab susu pun ditolak.. semoga bonda akak pulih segera.. 

Rabu, 21 Disember 2016

Yang dipindah tahun lepas

Baru jumpa foto-foto pemindahan ni..

Anak pokok kanistel dan pokok serai aceh..

Puding belacan.. dua pokok


Keratan Pokok Buah Naga

Pesanan dari Diana KBB.. seronok bila ada tanda-tanda pokok ni hidup.. lama tunggu.. mana la tahu semai keratan ni terbalik..

PS: Bonda akak masih tidak sihat.. seminggu ni kaki pula lemah.. bergilir-gilir / siapa je yang ada.. bertugas mengangkat bonda untuk penukaran pampers dan urusan ke bilik air.. alhamdulillah ada anakanda yang berbadan sado mengangkat..  makcik2 sado dan tak sado sama je bertugas.. dugaan buat kami semua..

Khamis, 15 Disember 2016

Kupu-kupu

Bersidai di daun bawang dayak ... dapat awak saya potretkan


Rabu, 14 Disember 2016

Lawatan Tapak

Sebagai catatan sendiri.. pengalaman selama bekerja.. banyak pelajaran diperolehi... balik ofis kena mandi dan tukar pakaian yang telah disediakan pada awalnya.. semoga laporan lengkap dapat disediakan..

Selasa, 13 Disember 2016

Komuniti gagak

Cerita bulan Mac 2016... Perjalanan pergi nampaklah gagak yang dah mati tu... malas la nak snap bagai.. kawan-kawannya yang lain tiada masa tu.. dalam perjalanan balik seekor gagak terbang ke arah akak seolah-olah nak buat kamikaze kat akak... berderau darah sekejap.. sempat mengelak.. pusing balik tengok itulah keadaannya .. yang jadi kamikaze tu nak join komunit yang dah ada disekitar simati.. apa ada dipemikiran gagak-gagak ni agaknya..

Isnin, 12 Disember 2016

Masih bertahan - dessert rose

Perolehan dari pasar tani.. pokok masih ada.. 8 bulan sudah.. masih belum berbunga....

Salam maulidud Rasul.. cuti .. akak meneruskan kerja2 khas.. menghantar makluman khas.. kerja mesti dibuktikan.. kerja hingga habis bateri kerana berselfi.. rasalah macam mana kerja luar.. HS jadi pembantu.. timbul idea dan maklumkan HS... kita perlukan troli macam nurse kat hospital tu.. tak de lah lantai dijadikan tempat urusan mencari dokumen.. kami merasa kerja tanpa duduk selama 3 jam.. pewai lutut.. HS pun penat sangat.. nasib ada kedai di blok sebelah dapatlah melepas dahaga..  selepas makan malam dua beranak meĺepek..




Ahad, 11 Disember 2016

Creopsis

Perolehan dari Pasar Tani..
Tak lama tahannya..






Si hijau beraya Eidul Fitri

Bertemu dipenghujung tempoh beraya di sini hari tu
 mereka pun beraya .. banyak daun untuk diraikan sebagai juadah








Sabtu, 10 Disember 2016

BT Landfill

Ada urusan disini.. kawasan yang sangat luas.. penerangan mengenai teknologi tinggi.. 


Jumaat, 9 Disember 2016

Rezeki cendol Bakar PD

Ada kerja yang diperlukan disiapkan di sini.. angkut la anak-anak sebab si HS tiada siapa jaga .. ahli keluarga asik ulang ke hospital.. dapat seunit yang ada 3 bilik.. anak2 lelaki keluarga kena makan dengan perbelanjaan sendiri.. alhamdulillah abang-abang HS mahu ikut sekali.. kena jaga adik la.. biras pun ikut.. kononnya boleh masak.. orang pakar masak ni bila ikut sekali dari rumah dia dah prepare lauk pauk ... asam pedas, sambal kentang dll.. bila orang dengar macam nak berkelah.. dah ke PD kan.. namun bila semua dah sampai ..  lepak aje dalam rumah..sebab swimming pool under maintenance sebab grup sebelumnya dah kotorkan kolam dengna aktiviti modul mereka..

 kawan-kawan sibuk pasal cendol bakar.. tolak-menolak untuk payung kawan-kawan semua.. cendol bakar jadi bahan.. akak ingat dia orang saja bahankan isu payong cendol.. hmm semua orang dapat.. akak pula dah order dengan anakanada Siraj untuk keluarga dirumah.. rezeki dapat dua cendol hari tu.. hi hi biras akak ingatkan cendol tu dibakar.. cendol Bakar rupanya.. semua mengaku sedap cendol tu..

Cucur Udang Tugu Negara

Hari tu.. Sebelum keputusan UPSR keluar..
Pn Boss dah info untuk pendaftaran sekolah menengah.. tak payah cuti.. mohon keluar ofis je.. setelah dokumen yang dikehendaki dilengkapkan akak dan anakanda sulong yang setia menanti bergerak ke sekolah tersebut.. alhamdulillah sekejap je selesai.. persekitaran sekolah mengingatkan akak akan pula sekolah lama .. 33 tahun sudah.. 
kereta tidak dibenarkan masuk maka anakanda sulung tunggu diluar.. jiran akak maklumkan keputusan dikeluarkan lewat .. katanya pegawai kementerian akan umumkan hasil peperiksaan dan perubahan2 yang telah dilaksanakan.. ok.. balik ofis dulu .. sambung kerja.. dpt wasap dari HS .. keputusan dah keluar.. alhamdulillah.. ada peningkatan dan dapat pula menjala seunit A.. tak sangka pula.. ingatkan tiada A langsung.. jadilah dik.. menjelang tengahari minta izin lagi keluar ofis untuk ke sekolah.. ha ha kejutan lagi ada markah 100 untuk karektor HS yang pandai berkawan.. ada pula pola graf menunjukkan status keputusan keseluruhan... semakin besar menuju garisan luar menunjukkan prestasi keputusan yang cemerlang.. 

urusan penerangan dan penyerahan fail selesai.. masa untuk isi perut.. pilih yg terdekat.. anakanda sulong dan HS suka kari.. HS pilih ayam kampung goreng.. abang HS pilih ikan goreng.. akak pilih ayam kampung goreng.. 

Usai makan singgah dulu gerai yang akak nampak jual goreng pisang.. kononnya nak belanja kawan-kawan ofis.. nampak cucur udang tu macam sedap je... order la beberapa keping cucur udang .. ada pula cekokok pisang .. oder lagi.. ketika kiraan bilangan cekodok dibuat ada pula pertanyaan dari pembeli lain harga cekodok tu... dah hilang pula bilangan yang akak kira... kira sekali lagi...



Khamis, 8 Disember 2016

Sebelum mendaki Fraser Hill

3 tahun yang lalu.. susah benar nak mengolah ayat ha ha..
Sebelum mendaki .. singgah untuk clearkan tangki .. isi tangki lagi.. Stesen ni ada backyard garden... menyibuk la akak skodeng... snap sana sini.. siap mohon dengan penjaga stesen untuk keratan ros jepun.. bila dah jalan nampak pula yang warna peach tu..

macam-macam ada


melepas ..tak perasan ada warna ni.. tak pe la.. sempat juga snap


tak ingat bangunan apa.. bukan masjid ..

pink batik katanya

putih bersih

pink pink pink bougainvilla

terima kasih pada insan ini sudi berkongsi keratan.. tersangat baik hati jaga customer sebenarnya ada je pokok-pokok ni.. cuma suka asalnya dari kawasan ini.. 

lama diaorang ni mengosongkan tangki.. akak buang masa dengan bogen-bogen ni.. the inside of bougainvilla.. dapat warna belang-belang tu

Rabu, 7 Disember 2016

Jasminum nitidum - angelwing jasmine

Jasminum nitidum – Angelwing Jasmine


Baru dapat kenalpasti namanya.. Perolehan dari Mak Tom.. Semasa beli je dah lebat berbunga .
Pindah ke laman biasa.. kemudian dibawa balik rumah kayangan.

 waktu w
aktu akhirnya di sini.. bertahan hampir dua tahun

Jadi passenger belakang.. arahan pemandu hi hi.. haila anak..


# selepas dia pergi.. #Hari Kelahirannya