Rabu, 15 Februari 2017
Selasa, 14 Februari 2017
Pokok Inai Bonda
Tuannya dah tiada.. almarhumah dahulunya suka berinai.. dua bulan sebelum almarhumah pergi.. harap2 tidak menjadi korban sipemesin rumput lagi.. harap2 ianya tahan dengan perubahan alam yamg mendatang.. Januari menginjak Februari yang caca merba musimnya...panas sekali.. hujan kadangkala .. menyejuk bumi... terkini angin menderu laju menemani malam mengimbangi siang yang panas
Kali terakhir balik ke sini Disember lalu... Ku lihat dia merenung sayu pada sekeliling alam... hanya Allah yang mengetahui apa isi hati mu...
pertanyaan akhirmu.. mana anakanda sulung ku... ada jawab ku.. yang tiba anakanda Siraj .. entah siapa mengiringimu wahai anak.. tibamu dengan wangian yang belum pernah menerpa hidung bonda mu ini.. sekalian mengurut hidung nendamu..
Di setiap solat ku .. kamu semua didalam doa ku.
#catatan sebelum dia pergi
Sabtu, 4 Februari 2017
Khamis, 2 Februari 2017
Cili kepanasan
Meranting... namun masih bertahan.. semoga selepas ni dia masih bertahan juga...
PS: umur manusia pula semakin singkat peruntukannya di dunia ini..
# opick-bila waktu telah berakhir
Tiada duka yang abadi..
#sanah helwah kepada adik bongsu (1/2/1982)satu wp bercuti meraikan birthdaymu..
Majikan juga beri cuti juga eh..