Jumaat, 31 Mac 2017

Asam jawa manis

Kawan-kawan yang balik Kelantan rajin beli buah ni untuk kami di ofis.. gatal je tangan semai benihnya sementelah ada pasu kosong di ofis ni.. tak sangka pula benih bercambah...

Proses percambahan..

Kulit luar benih sudah merekah.. Warna kuning isi benih mula mereka keluar.. suka akak


Perubahan positif

Hmm dah berakar..







Perisai.. kut kut ada anasir yang kelaparan.. tamo jadi macam anak-anak pokok sebelum ni

Selasa, 28 Mac 2017

Kumquat

Berseminar.. semasa morning break katerer hidangkan buah-buahan yang pertama kali dilihat dan rasa... manis kulitnya.. teka-teka aje nama buah kemudian tanya  acik google... sah seperti yang diteka... kumquat namanya.. 

habis semua akak makan.. bawa masuk dua tiga biji dalam dewan buat ubat mengantuk.. kawan-kawan pula ada yang buang kulit makan isinya.. tak lupa akak menyimpan benihnya.. mana tau menjadi pula benihnya.. suka sangat dengan buah ni order sepasu pokok dari Joyce.. tapi sekarang ni daun2nya berguguran.. harap2 dia survive..
 

Cerita makan lagi.. berkenan dengan tom yam yg ada seafood ni.. saiz gedabak.. 

Khamis, 23 Mac 2017

Hasil

Tuaian hari ini di fl yang sekian lama ditinggalkan.. singgah sebentar selepas ziarah bapa saudara sebelah almarhum ayahanda yang dipanggil Ilahi.. sudah tiba giliran dia.. kami tiba lewat kerana urusan kelas anakanda Ika.. sementara menunggu akak settle hal ofis..  berlima menuju destinasi mengenangkan rapatnya almarhumah bonda dan mak ngah... rakan sekelas yang bertemu jodoh dengan abang sepupunya.. selamat sudah urusan ziarah... semoga keluarga kami dan sanak saudara terus tabah meneruskan hidup..

Gemuk-gemuk limau kasturi.. jirannya pokok kuning telor dah arwah dikerjakan cik moo moo.. ada je lorong dela masuk ke kawasan larangan.. frust juga..

Kedondong yang dah overdue.. tak kisah pada peminat tegar buah ini.. buat jus sodap



Jumaat, 10 Mac 2017

Goldie aka Geledik aka Gedik.. throwback

Anak Cici dan Luna.. Caught in action... ha ha.. fesyen baring ala-ala apa ni.. suka hati dia je..

Bawa balik gedik ni raya puasa hari tu.. Dua hari selepas itu (pagi Jumaat) asikla dia menenang tekukur ya7ng terikat di sangkar yang digantung diluar rumah... .. lama.. kemain manja renungannya.. hai la kamu merenung apa goldie? Belum habis hati berkata melompat dia ke arah tekukur.. alahahai nasib sempat dia akak sambar.. kalau tidak merasalah kena marah dengan adik pakcik sebab kacau peliharaannya dia.




Selasa, 7 Mac 2017

Rerama di kaki Bukit Fraser

Tempat ni akak selalu rujuk sebagai kaki Bukit Fraser.. nama tempat dah lupa.. turun aja dari Bukit Fraser mesti isi tangki kereta.. sebelah stesen ni ada tanah kosong.. kali ni rezeki dapat snap rerama... 

bila sampai sini mula la sesi mengejar rerama dengan kamera.. walaupun hari panas.. turun dari tempat sejuk ke tempat panas.. rasa panas tidak dihiraukan demi mengejar rerama yang berkeliaran.. banyak betul spesis.. yang dapat masuk kamera spesis yang tak kisah sangat didekati... 

kisah lama .. ketika dia masih ada.. baru dapat mengayat .. selepas sakit baru ada kemahuan .. 3 tahun dalam folder..



Mana rerama?

Ada..









Akhirnya di semak sana..


PS : 22 Feb - 24 Feb bertapa di hospital  .. denggi.. disusul oleh HS seminggu lagi.. mc 7 hari asik ulang alik urus check darah HS.. alhamdulillah semakin pulih.. dah kerja..

PS: Tang mana silapnya dah tak boleh komen blog teman-teman maya.. komen di blog sendiri boleh pula.. SOS..

PS: Honey.. akak komen disini ya.. semoga Ben didalam jagaan insan yang sayangkan dia.. harap2 tak jadi gelandangan.. sebelum akak demam hari tu.. Cici aka CC kucin adik yang comel dan manja terjun dari tingkat 3..  kami semua sedih sebab dia penakut nak merayau.. apa yang dia makan.. berjurai ikon airmata bila berbincang dalam wasap.. akak buat solat hajat.. lepas 2 hari jumpa semula.. kurus..  kaki terseliuh.. terhencot-hencot dia berjalan.. sekarang dah pulih sepenuhnya..