Ahad, 30 April 2017
Sabtu, 29 April 2017
Hari ketuaan menjelma
29 April .. sanah helwah anakanda sulong..
Best wishes ..
Sibuk mengejar dateline e filing.. tak lancar sebab dokumen yg disimpan MIA.. haih.. cari-cari jumpa pula foto dibawah..
Anakanda dan ayahandanya.. alfatihah..
aksi budak2..
Geram dengan kelapa kukur tu ya.. maaf ya Datin.. those were the days.. about 22 years ago..
Tanggal 20 April.. anakanda diraikan dikonvekesyennya.. banyak pengorbanan dari dia.. dari kami.. sampai juga menyelesaikan pengajian Ijazah.. semoga berterusan beroleh kejayaan.. hmm bagpipe masih menjadi kegemarannya..
PS: Selasa lepas dikejutkan dengan berita pemergian sahabat lama di Terengganu.. ketika itu almarhum sedang menunggu untuk mendapatkan makanan tengahari .. terus lembik dan pergi.. kes serupa dengan almarhum En Boss yang dipanggil Ilahi.. semoga mereka semua berada dikalangan hamba Allah yang diredhai..
Khamis, 20 April 2017
Rabu, 19 April 2017
Hari ini
Sempat merakam suasana indah ini di persekitaran kediaman kami..
Maknanya hari ini lewat keluar dari rumah.. biasanya situasi ini dinikmati semasa perjalanan ke sekolah HS dan ke pejabat.. tiada keselesaan untuk merakam suasana..
hmm ada riak tanda tanya dari jiran yang memerhati.. tak apa lah.. mereka tidak mengerti akan hobi akak suka merakam suasana sunrise ini..
berpagi-pagi dengan suasana ceria.. tiada janji untuk perjalanan hidup yang ceria.. pasti ada duka di perjalanannya.. kisah hamba yang tidak lupa kepada Penciptanya.. war - war Sinar FM.. ada keengganan untuk terus bangkit.. aduh ... ada percanggahan pendapat dek ingatan ini..
Ingatan ini untuk kamu terus setia dan istiqamah terhadap suruhanNya.. memang itu tekanan dari aku .. dulu hingga kini.. dan ada lencongan makna untuk pertahankan diri.. ada lelehan airmata dek duka yang spontan mendatang ..
Ya.. sudah separuh abad semua ingatan dari bondamu ini.. yakni demi mengingatkan akan suruhanNya.. Ramadhan kian menjengah.. demi mengingatkan akan keberadaban diri .. siapalah kita.. ingatan buat yg masih hidup.. sebelum perginya kita.. isilah sebanyak-banyaknya bekalan untuk hari disana.. kenalpasti siapa kita disisi Nya.. untuk layak kekal disana.. semoga berhasil insyĆ aAllah..
Dari t3
Dari berpijak dibumi yang nyata di parkir
PS: 1. Siapalah kita.. coretan emas buat kamu bertiga..
2. Demam barangkali.. bondamu ini harus bangun melawan dan tegas dengan alasan2 lencongan.. siapalah kita..