Sabtu, 25 November 2017

PD 2017

Sebelum foto hilang baik akak up kat sini.. ke PD ni tetap tak memboringkan akak  sebab akak dan almarhum En Boss suka sampai nak beli rumah kat sini... tak pe la itu cerita yang dah berlalu.. Kembali lagi untuk sekian kalinya ke sini.. Untuk perancangan kerja Tahun 2018.

nasib semua orang tak order CKT King sotong special sebab harganya pun special..

masa kami lalu hari tu .. zaman bila ada landmark ni entahla.. sebab ikut jalan pintas tak lalu sini..

dulu2 kalu nmpk laut tu dah excited sangat... 

mengadap la pepohon rhu dulu.. kan best kalau nampak laut terus.. 

musim ni pulak masa kami di sini...

peneman hs..  ada sorang lagi tak kelaut pulak di hari ni.. dptlah merasa sambal sardin anak2 dara ni termasuk spageti dari anakanda Aina yang comel... baru belasan tahun.. bakal chef kot.. sedap dia masak sampai offer nak masakkan olio pulak.. terlajak cerita macam jadi assistant chef untuk dapatkan duit poket.. chaiyok2



team kami yang sangat berusaha.. tq semua

Sabtu, 18 November 2017

Bunga Kantan Pemberian Kawan

Dari jauh akak ingatkan bunga lili.. ouh bunga kantan rupanya.. since tiada yang berhajat kawan kata ambillah semua.. orang memberi bila pula kita nak merasa masakan kantan ni.. mood memasak tengah ke laut sebab busy hujung tahun.. wrap up kerja semasa, di audit dan mengaudit.. rancang untuk tahun 2018 pula.. rasa macam baru je menyambut tahun 2017.. semoga semuanya semakib lancar..

PS: Terjumpa kawan lama... dia memeluk akak erat dan akak teringat lagi nick name utk HS... dia beri nama tu.. Nama Princess tu memang sentiasa dalam ingatannya
.. dia juga sering teringat kisah2 lama almarhum En Boss dikala bekerja bersama.. 

Rabu, 15 November 2017

Labu lagi


Ini yang terakhir jadi bahan masakan akak.. lepas ni busy dengan agenda hujung tahun.. semoga semuanya berjalan lancar.. 

Selasa, 14 November 2017

Abam the cat

Layan kucen kali ni.. 
Dah kenyang dapat makan maka tidur lah abam.. tidur ala-ala beryoga.. musim panas masa ni ..kalau takada  aircond sibulus ni lagi kepanasan.. tapi disini memang tiada aircond.. nasib ko kucen.. kadang-kadang duk depan pintu bilik air.. orang tak nampak masing2 geledi, abam caca menyelinap masuk bilik air... 

abam berbulu panjang dan lebat..

Isnin, 13 November 2017

Semaian terkini

Bawang yang bertunas dalam simpanan

Cambahan Langkawi Melon.. ada yang tak survive.. terkini naik lagi cambahan dari benih yang masih ada dalam pasu,, harap-harap lepas ni boleh update lagi pasal Melon ni,,

Benih Limau Nipis.. perlahan pertumbuhannya tak seperti pokok lemon

Ahad, 12 November 2017

Ngaku hari tu

Kat pasaraya kat  SB hari tu .. melambak-lambak dijual disitu.. sedap buat kerepek katanya.. musim CNY hari tu.. baru sempat nak publish

Biru dan seangkatan dengannya

Bunga depan ofis.. dah lama ni . terperap dalam folder.. dari bulan Julai..
Plumbago .. warna biru yang  cantik.. tidak lama kemudian hanya tinggal daun.. hmm sekejap aje warna itu ada..  kini diganti dengan bunga lain pula..


Suka beli kobis purple ni.. kononnya nak diulamkan...  tinggal niat sahaja.. 
Maka saja campurkan dengan buncis
nak bagi meriahkan buncis ni. dah masak jadi warna seakan-akan biru