Jumaat, 26 Januari 2018

Warna Pagi

Throwback.. kena keluar awal ke office masa ni.. sempatlah merakam cahaya matahari timbul dari ruang yang seciput itu dari camera Note 5 yang tak seberapa rupa hasilnya.. dek sukakan warna alam yang seringkalinya tidak akan sama lakarannya akak ambillah kesempatan ini..

Khamis, 25 Januari 2018

Caca di tahun baru

5.1.2018 hari ketuaan.. 1st day makan vivix dan sinus kembali.. running nose mcm air hujan tak berhenti.. healing crisis.. hidung merah macam badut.. berkotak2 tisu habis..

6.1.2018 adik2 yang balik ke FL buat kejutan untuk hari ketuaan.. dikembarkan kejadian dengan hari ketuaan anakanda Hriq yang ke dot dot.. bawa mereka dinner di ikan bakar KSB .. nak makan tahu sumbat ikan.. sebenarnya sebab terkesan dek sedapnya tahu berinti ayam di pekan LC...tahunya yang fresh dan  sebab utama adalah kerana kami lapar .. maklumla baru sampai dari KL.. maka tersebutlah pelawaan jom KSB!

7.1.12018 balik dari FL singgah di rumah almarhum bonda.. 

Yeay dapat jumpa Caca the cat yang hensem yang dah menggatal.. 

Makin lebat bulu dada.. mengiau2 nak gf... akhirnya BIL bawa pi holiday.. Abam the cat pula duk umah....



Isnin, 1 Januari 2018

Status tanam-tanaman September lepas

Salam Tahun Baru 2018

Yang lepas dan yang di bawa ke tahun hadapan.. harap-harap bertahan..

Sah lama tak balik sini.. foto pokok dan tanaman disini banyak perubahannya.. ada yang positif ada yang negatif.. balik masa cuti Krismas hari tu banyak semak dah naik.. tak larat nak menyelenggara kesemuanya.. 

Peria liar yang subur ni bawaan burung barangkali.. tak jumpa pun buahnya.. dah dilupuskan .. nampak pokok ni di tempat pembuangan sampah belakang rumah makin merimbun.. akan dikemaskan di sesi bulan depan 

Anak pokok durian belanda yang dibeli dari pasar tani.. alhamdulillah sangat positif.. BIL yang tolong semaikan.. ni masa mula-mula dipindahkan dari KL.. daun melecur sikit

Lili benih dari Kak Mala dari Blog Green Eyes berbunga tanpa sesiapa yang merakam kejadiannya.. harap2 lepas ni berbunga lagi.. semak bulan September ni dah dikemaskan.. banyak pokok israel ni penuhkan ruangan yang ada.. Disember ni dia ada lagi.. sabar je la..

Si ruela pink meriah berbunga.. entaframe aje la kamu ya dalam foto ni.. telah dikongsikan dalam entri September lepas

Mulberi dari Diana KBB dah menjulang tinggi .. dah beberapa kali kena hard pruned.. meriah berbuah.. balik Disember ni menjulang tinggi lagi.. tiada siapa yang sempat untuk leraikan daunnya untuk buahnya dihasilkan.. sudah akak hardpruned lagi.. hasil sebelum akan di kongsikan kemudian..