Isnin, 15 Oktober 2018

Tak jadi


Apa yang tak jadi? Ha ha adalah dua tiga orang dari kami dah duduk meja ni .. ingatkan ada special dinner .. akak pulak dah siap2 snap seafood yang dah dihidang tu.. syok dapt berstimbot ditempat sejuk ni... selalunya hari akhir acara adalah barbeque ke atau yang special2 sikit..

Kwang kwang kwang 

ini meja orang lain yang punya..

 akak dan bos akak pun  macam terkejut.. silap pengaturan dari kami semua.. maka makanlah apa yang ada.. 

Jumaat, 12 Oktober 2018

Musim pulasan hari tu

Puas tiap-tiap minggu dapat makan pulasan.. kawan ofis yang jual.. dari kebun sendiri.. sebelum tu buah manggis.. musim buah tahun ni sangat memberangsangkan.. tumpang merasa buah fresh dari kebun.. delivery sampai pintu ofis..

Anak-anak jangan tak kenal buah pulasan ya..





ps
yang ada di sana tiada pelawaan ..tak pe alhamdulillah..


Selasa, 2 Oktober 2018

Amarylis daripada Kak Mala

Bila bunga ni berkembang asik je akak tak pernah jumpa.. bila balik aje dah layu.. kali ni dia berkembang tanpa penanamnya juga.. tapi ada rezeki untuk tatapan dan koleksi foto akak akhirnya dapat juga akak melihatnya.. masa ni akak tak ikut balik.. maka dipohon pada sesiapa yang ada di sana untuk capture full view bunga ni.. jadilah.. wp sipemegang bunga ni komplen lenguh sebab nak bagi tunjuk kat hakak.. bukan sorang tapi dua orang.. tq korang yang pegang dan tukang snap..

Tq Kak Mala.. cantik sangat bunga ni.. finally.. dapat lihat dia berkembang


Anakanda Hazriq tolong pegang.. tapi yang snapnya  tak fokus..  

Makluman pertama mengenai kewujudannya.. rebah rempah.. adakah sebab ditimpa hujan lebat, adakah sebab dirempuh sang kera atau sang vavi.. wallahuaalam..

Bercakap mengenai vavi.. habis dah pokok pucuk ubi dikorek mereka.. sedap dapat ubi .. melopong adik2 akak yg dah bernawaitu nak menuai pucuk ubi.. ada yang menyampuk dalam grup .. ada rezeki vavi ... 

PS: hari ni tk dpt join high tea dgn mantan db sebab akak demam dari semalam.. tgk je la dalam grup .. hmm mesti jadi ingatan sepanjang hayat..  jumpa dia untuk sesi ucapan dan selfie serta terima kasih.. bosku suruh cepat siapkan sesuatu untuk tindakan selanjutnya.. alhamdulillah selesai.