Selasa, 6 Ogos 2019
Isnin, 5 Ogos 2019
Balik dari mendobi
Jauh mendobi.. Kat rumah Almarhum Bonda.. On the way balik sambil berborak mengenai kerjaya anakanda Sulong dan maintenance kereta sempat juga akak merakam suasana matahari yang bakal berlabuh..
Hari panas macam tu la jingganya langit..
1st time akak dan HS mengoder makan melalui grab food dan food panda.. Rezeki kami makanannya kurang dari segi rasa.. Food Panda kena menunggu hampir sejam..
Malam sebelumnya try mengoder fast food.. Dek lambatnya mengoder iaitu pukul 9 dan menggodek-godek apss food panda untuk registration yg makan masa kerana alamat yg tak boleh di detect dan disimpan akhirnya give up sebab masa penghantaran adalah keeseokan harinya.. Ha ha .. Fast food yg nak diorder mana ada buka sampai tengah malam melainkan yang ada outlet 24 jam..
Maka makanla ayam goreng sendiri goreng.. Nasib ada stok.. Kalau tak makanla biskut apa yang ada..
HP bagi tau esok iaitu hari ni hujan.. Sungguh dia hujan pagi tadi membawa ke tengahari.. Keluar rumah langit tak cerah..
Nak ber event pun agak susah sedikit.. Tapi orang kurang.. Siapa yang sanggup beratur dalam suasana hujan kan,. dapat la repeat cendol dua gelas di samping rezeki menumpang mak yong yg tengah sarat.. Dapat Express Lane.. Tu ustaz Kazim cakap sebelumnya berkaitan rezeki..
Sabtu, 3 Ogos 2019
RIP dear Cici
Setelah sekian lama.. Baru la sempat dan bersemangat untuk update blog yg semakin sepi..
Terkejut dan sedih.. Mommy baru up status.. Apak Cici baru inform dah tiada.. Menitis jua airmata.. 7 tahun umurnya..
Banyak anak dan cucu bulus dari generasi Cici..
Sejam kemudian.. Mendapat berita pemergian bapa saudara almarhum En Boss.. Menjelang 5 tahun pemergian almarhum En Boss..
Sanah Helwah juga pada August baby:
1. Anakanda saudara Kakalong Ika
2. Anakanda Siraj
3. Adinda Pakcik
4. Adinda Kolang..
Status dari kawan hakak yg menyentuh hati..