Khamis, 16 April 2020

Amalan kakakku dan kompilasi screenshot berkaitan minuman sihat

Lama dah akak sepupu akak up status wasap berkaitan dengan amalan bersahur beliau. Agar tidak hilang dari ingatan akibat hilang ingatan atau apa-apa tindakan yang seangkatan dengannya akak up sini ya untuk ingatan diri sendiri dan sesiapa yang nak cuba silakan.. akak dah lama tinggalkan susu tepung ni.. cuba dengan susu HL pun ok kut.. sekarang ni dah ada susu kurma di pasarankan..
Tidak lupa kredit kepada ahkak sepupu akak..

dah lupa dapat darimana resipi ni semua.. kredit kepada pemilik resipi dan foto2 ini.. sharing is caring








Selasa, 14 April 2020

Kobis Pejabat

Sama tingkat ofis ada ruang boleh berkebun.. Tetiba akak termelawat ke sini.. selalunya akak  lalu dan lihat dari jauh..duk dalam ofis sejuk yang amat masa tu.. Tengahari Jumaat.. rasa-rasa tiada orang di persekitaran.. maka bolehla senang hati snap foto semaian ahli kelab menanam ..  banyak betul tanamannya.. akak up foto kobis dulu la ya..

Persoalannya .. Adakah ruang ini masih diselenggara oleh yang berkenaan semasa PKP ni?





Berjalan juga

Projek tukar pagar baru.. Kata Adik pesanan almarhummah Bonda.. gunakan duit yang Almarhummah tinggalkan..

Antara pokok-pokok yang akak pindahkan ke sini yang terkesan akibat projek ni..  pokok mulberi yang dah besar dan tinggi juga di musnahkan sebab dekat sangat dengan pagar.. Yang tinggal hanya pokok kedondong.


Isnin, 13 April 2020

Tanaman di Pejabat

Dah hari keberapa PKP hari ni! dah tak tersusun fikiran bila memikirkannya. Walaupun PKP meeting online tetap ada. Minggu kedua on meeting.. bila kecoh APP ZOOM boleh di hack.. IT department syorkan unistall .. Akak dah uninstall dulu bila dah viral macam2 kejadian berlaku akibat penggunaan ZOOM. Beralih pula kepada whatsapp melalui vid call. Meetingla juga tapi dengan bilangan ahli yang kurang. bagi mencapai business continuity dimusim PKP. Line kadang-kadang ok. Tapi kan musim PKP ni line macam kura-kura betul. DIGI slow. YES yang selalu laju teramat pun dapat jangkitan kura-kura. Haish.. data free yg diberi tiap hari tak habis pun guna. Jadinya back to square one tak yah la bagi line free. Nak guna tapi macam kura-kura dan dapat guna sekadarnya.. gunanya pun tak sampai 500MB. Nak gi ofis risiko jangkitan adalah tinggi.. Duk rumahlah ya..

Apalah khabarnya pokok belaan dalam bilik akak tu.. Kering atau dah jadi makanan cik siti? Tadi yang pergi ofis siap snap keadaan ofis yang dirajai oleh cik siti. Banyak betul tinja nya dikawasan laluannya. Tak selamat juga kalau gi ofis.. Cleaner pasti tak datang kerja..


Yang ini pula tanaman dalam pejabat di suatu jabatan tu.. minta izin dgn staf nak snap foto tanaman.. akak bukan boleh tengok sang hijau yang berpasu-pasu ni.. ada lagi kat laluan luar..
mmm yang disitu bagaimana ya.. masih teguh seperti ini atau turut terkesan dek PKP.. harap-harap corner ni masih kekal..

Rabu, 8 April 2020

Forever flowering

Barisan bunga kertas ini sentiasa berbunga. Memang cantik jadi tempat selfie wefie.. Manis warnanya.. Lokasi setingkat dengan pejabat akak. Rindu nak gi ofis. Semoga Allah permudahkan semua urusan Malaysia bagi menangani virus corona ni. 
Stay safe stay at home.. 

Isnin, 6 April 2020

Hobi lama

Terima Kasih Shoppee.. pelbagai barangan ado..tak payah akak susah-susah cari kat kedai di Pekan Koboi SB.. yang ada jarum chrochet yang kecil-kecil aje.. Angan-angan tinggi nak recycle tudung spandex yang dah tercabut manik.. sayang nak buang .. akak nak recycle jadi bahan kait .. kecil jadi alas kaki.. besar boleh jadi alas tempat duduk aka hamparan.. wish me luck