Jumaat, 12 Mei 2023
Air tangan anak buah lelaki
Doctor and chef to be hi hi hi. Sebagai terapi katanya.. caiyok dik oi.. nanti kena pilih profesyen yang lekat di hati..
Ada lagi kek hari tu.. lupa nak snap foto kek pisang .. terkini biskut raya pun lupa nak snap ha ha.. deretan biskut air tangan dik oi.. belajar dari you tube je ..
Khamis, 11 Mei 2023
Ikan kaler- kaler
Suka dengan warna2 ikan ni.. hasil pancingan kawan sekolah di Redang.. semoga harapan Angah nak ke sini dipermudahkan.. insyaaAllah
Rabu, 10 Mei 2023
Tecik anak Cici, Mak Tina
Masih teringat- ingat si gebu gebas ni.. lama dah dia rip. . tinggalkan sitome. Sebagai rekod.. asalnya nama 3 beradik ni Bob, Bobi dan Bobo.. yang masih hidup si Selambak duk di Ipoh dan si Bobi kut namanya. terjun dari tingkat 6.. bila adik panggil dia lari.. adik bongsu dia kami panggil ecah wp jantinanya adalah jantan sebab asik menyorok bawah meja dan menyeringai je bila dipanggil.. tak mau langsung dengan manusia..
Comelnya Caca
Waktu ni masih muda belia.. mirip siblingnya Hazel yang telah dianakangkat oleh sahabat MakSu.. dah meninggal dah Caca.. adik beradik Gedik yang terawal meninggal.. ditemui kejung ketika menjilat kakinya kalau tak silap.. kenangan terindah Caca berkomunikasi dgn akak mengiau-ngiau sebab perubahan kimia dalam badannya... Sian Caca.. maafkan kami ya.. masa tu belum faham benar tabiat kucen..
Goldie aka Gedik masih ada
Alhamdulillah.. masih panjang umurmu Gedik. Gedik anak emas almarhummah Ateh .. dah dua bulan lebih Ateh tiada .. selalunya makan dalam bilik dengan Ateh . Tidak akan bersaing dengan kucing lain semasa makan... Ateh yang memahami bawa Gedik makan asing..
Selamat dah Gedik duduk dengan Alang di Ipoh.. semoga baik-baik aje kamu disana.. panjang umur kita jumpa ya ..
Adik beradikmu yang masih hidup Abam dan Selambak.. Abam duk dengan Mak Su.. Selambak dah lama duk Ipoh.. selalu je jumpa Abam.. tapi Abam nakal .. suka geledah dapor cari ikan.. dah kena duk dalam sangkar.. kesian Abam.. yang stay cool Selambak.. terusan dengan dry foodnya... Tak pandang langaung dengan wet food ..
Ahad, 26 Februari 2023
Selamat kembali ke negeri abadi adindaku
12.7.75 - 24.2.2023
Meninggal di Kundasang Sabah.
Tidak dapat memelukmu setelah sakratulmaut menjemputmu kerana kau jauh di perantauan.. Along akur ajal dan maut berlaku dimana jua yg Dia kehendaki..
.
sayu dan pilu mengenangkan pemergianmu tanpa adik beradik di sisi.. kering airmata kami adik beradik... tinggal 5 orang dah Teh .
.
kau pergi dikalangan sahabat2mu.. dan Pakcik Z yg bermastautin disana .
Hanya mampu menunggu sekujur tubuhmu yang telah di post mortem di semenanjung
Kami semua rindu dgn kau Ateh . Semoga kau ditempatkan dikalangan insan2 soleh dan solehah
Alhamdulillah.. urusan tuntutan jenazah di MasKargo dipermudahkan.. Saudara mara, sahabat dan jiran tetangga setia menunggumu sehingga pengebumian selesai jam 2 pagi.. terima kasih semua .
Terima kasih kakitangan Pej Pendidikan Ranau dan para guru yang turut dalam lawatan ke Labuan dan Sabah diatas budi baik kalian. Semoga Allah taala merahmati dan membalas budi baik kalian. Serta pengurus Jenazah En Azmie Hadith.
Simpan di sini utk kenangan