Rabu, 31 Oktober 2012
Sinaran Pagi - Sunflower benih dari Ummuaidan
Benih sunflower kiriman ummuaidan dari blog oursimplegarden kini berada di Fiji...alhamdulillah 90% benihnya bercambah...sedang bahagia menikmati sinaran matahari di Malaysia
25.10.2012
25.10.2012
29.10.2012 - kini ada 6 pokok semuanya..
Selasa, 30 Oktober 2012
Isnin, 29 Oktober 2012
Kailan 55 & Chinese Celery -
Kailan55 dari blog Tanam Sendiri.
Entry Lama -untuk rujukan dimasa hadapan
Chinese Celery dari Blog Kebun Bahagia Bersama
Entry Lama -untuk rujukan dimasa hadapan
Chinese Celery dari Blog Kebun Bahagia Bersama
dukacita dimaklumkan kailan dah tiada
kerana kekeringan semasa outstation ke Sabah...
hu hu sodih..sodih..
hu hu sodih..sodih..
bila tanya HS dia jawab ..adik siramla..
lebih main je...
chinese celery ni sungguh lama
lebih main je...
chinese celery ni sungguh lama
nak bercambah.
.alhamdulillah akhirnya tumbuh juga..
.alhamdulillah akhirnya tumbuh juga..
tunggu entry lain la untuk chinese celery ni
Ahad, 28 Oktober 2012
Sinaran pagi
Lokasi: KL
Tarikh: Hari Mantai Hari Raya Haji (Khamis)
Sebab: Cuti Awal he he!!!
Sambil-sambil packing baju dan barang-barang untuk diangkut ke PD sambil juga tunggu En. Din balik keje..Ambil kesempatan belek "stok" seedlings yang dah disemai, amati perkembangannya dan buat keputusan apa nak buat dengan kesempitan ruang serta waktu yang terhad serta belek tumbuhan yang sedang bersantai-santai tunggu matahari terbit. Purposely nak tengok cahaya matahari tu...sebabnya hari-hari gi kerja matahari tak keluar dan balik rumah matahari dah tenggelam...so nikmatilah suasana ni seadanya
entah bila pula dapat senario sebegini..
macam-macam pokok ada tapi ...golapla..tunggu dilain edisi lah ya
antara pokok yang ada
pokok mulberi dah tinggi
Sabtu, 27 Oktober 2012
Macam mana?
antara makanan yang disediakan untuk sarapan pagi semasa kursus
minggu lepas...yang menarik minat adalah kuih ketayap hijau yang berbelang coklat tu..
dibelek-belek dan dan bincang dengan kawan-kawan macamana kuih ni boleh jadi macam ni..
setakat ni masih belum dapat jawapannya..
kedudukan biasa
bahagian bawah
selidik lagi
Tak sampai destinasi lagi
"Seedlings " sawi bunga Shanghai - Rancangan untuk disemai semalam terpaksa ditangguh dulu..tak lalu area Seremban untuk kesini..bagi mengelakkan 'jam' gara - gara En. Din banyak urusan, En Din yang serabut kerana urusan perkahwinan anak sahabatnya yang bertukar lokasi pernikahan yang melibatkan pemindahan dari Wilayah ke Selangor, 'kena bom' pulak tu... macam hilang mood raya.. ok..anak-anak angkatku kita duk PD dulu ya..lepas selesai program tangkap ketam disini
Jumaat, 26 Oktober 2012
Dessert Hari Raya
Since ada stok sagu mata ikan, daun pandan dan susu cair, dan disebut sebut oleh anak kedua maka ni lah sagu tanpa gula melaka..lupa nak beli gula melaka...takpe takpe kita yg buat dia..gantikan gula melaka dengan brown sugar memandangkan brown sugar wajib ada dalam stok kami..anak-anak lelaki yang suka ni..dah tak cukup ...kena buat lagi ni..
Selamat Hari Raya Eidul Adha
Selamat hari raya ..menu pilihan En. Din..dah selamat
dinikmati ...Juadah simple pagi raya..tak de
rendang dan seangkatan dengannya..
malam tadi dah dinner dengan Satay Samuri di sini
timun tu belum potong..ingatkan ada yang nak makan macam buah je
akhirnya hiris juga... kangkung celur tu satu kemestian..semuanya
hantu kangkung terutamanya HS minah kangkung
bahan-bahan segera untuk menu diatas..
diperolehi di Family Store PD
hai...hai..apa rupanya tanaman si Seremban agaknya ya..
temporarily seedlings sawi bunga shanghai bawa ke sini..
tak sempat singgah Seremban.
En Din banyak urusan, GL kena tukar bateri,
urusan di Nissan, menziarahai ML akhirnya
baru meneruskan perjalanan ke sini
untuk sambutan Hari Raya Haji yang ke sekian kalinya
Khamis, 25 Oktober 2012
Pepatung/Cakcibo/Dragonfly
Koleksi peribadi, gambar lama..
Gambar ni tak berapa jelas...tergesa-gesa je takut dia terbang pergi,
tapi suka warna striking pink serangga ni...
kenangan arwah Kak Sabrizah. masa ni tunggu En. Din dan anak cari akar
tutup bumi untuk kegunaan arwah yang mengidap kanser usus..hari rebas ,
akak tunggu dalam kereta, bosan tunggu, jengah keluar kereta.
.tu dia..cepat-cepat snap.
KURSUS MICROSOFT POWER POINT 2010
Untuk simpanan peribadi..telah berkursus 3 hari dari 22-24 Okt 2012..sediakn slaid assignment individu seperti yg diarahkan...dalam masa 2 jam bertungkus lumus untuk dipersembahkan kepada kelas..alhamdulillah berjalan lancar..since dah bawa broadband...daripada idea mengenai family dan masa dah suntuk..inilah hasilnya..presentation mengenai hobi bertanam . kena pula jadi first presenter....belasah je la.. all of us enjoyed...ada transisi, new features adalah animasi telah diperincikan, ntrance emphasis, exit, start with previous, start after previous..dan latar belakang lagu Siam "sabai-sabai"..since pengajar orang kelantan...maksud sabai tu baik baik.. presentation berkumpulan pun berkaitan bisnes lanskap..hmm tak lari dari tanaman juga...semoga dapat hadiri intermediate pula..