Khamis, 1 November 2012

Sinaran Pagi - Pudina

Saya selalu beli sayur pudina di Sogo,seikat RM 1.00 atau lebih kadang-kadang sengaja beli bukan tujuan  untuk dimakan tetapi untuk disemai untuk dibiakkan tetapi selalu gagal. Semaian dibuat dalam bulan puasa yang lalu, dan semasa ianya ditinggalkan untuk berhari raya, semua tanaman telah dibalut dengan tisu basah dan pelbagai medium yang lembab untuk mengelakkan dari kekeringan kerana tidak bersiram. Jadi semua pangkal tanaman dalam pasu akan memutih kerana balutan tisu. Tapi ianya berbaloi. Pudina yang baru disemai telah menyambut kepulangan kami dengan meriahnya. Semua yang hanya dicucukkan didalam pasu telah hidup meriah. Mungkin batang yang matang membantu pertumbuhan mereka. Sebatang telah dibawa ke Seremban untuk dibiakkan. Semakin hari berlalu ianya terus subur walaupun beberapa kali kekeringan. Untuk pudina terus subur, perlu air yang banyak, akan mudah layu bila hari panas berpanjangan. Sedap dimakan sebagai ulam, dan diletak didalam teh O panas. Ia akan merayap dan mengeluarkan akar pada dahan yang menyentuh tanah. 
pokok 1
pokok 2
pokok 3 - dibeli di JJ Seremban 2 semasa hari Raya Puasa sebab nak 
sangat pokok pudina padahal bila balik KL dah banyak pudina hidup dengan
 meriahnya... tu dah segar semula kerana hari panas dan terik semasa cuti 
Hari Raya Haji ..namun ada juga dahan yang tidak diselamatkan..dahan tu nak merayap ke
kotak tanaman dibawahnya tapi hajat tak sampai dah kering kepanasan
tak pe lah..asalkan pokok utama 'survive'

13 ulasan:

  1. Saya pun suka tanam pudina ni kak..senang.x payah nk mkn chewing gum dah.hehe..kunyah ja daun ni..mesti nafas berbau harum ja.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau beli nasi ayam dara ganding dengan pudina...best...

      Padam
  2. salam. Mak Aji pun suka letak dalam teh panas. memang tanam untuk tujuan itu selain utk hiasan pada masakan. asal tersentuh sahaja semerbak bau pudina! cukup menyegarkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam Mak Aji..sedap teh O pudina..buang angin he he.....saya suka bila kita dekat dan dia berbau seolah-olah menegur kita..kadang-kadang saya bagi salam atau kata hai how are you today!!

      Padam
  3. salam kak..jenguk2 jer jap...sakit kepala berat sungguh.makin tido makin sakit..nanti sy belek lg blog entry akak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikum salam.. minum air suam banyak banyak...

      Padam
  4. tak pernah lg ayut mkn pudina gitu je kak...boleh ea..bru tau. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ayut..tapi kena ada sambal..teh o tu memang refreshing..

      Padam
  5. Balasan
    1. Tanam trial and error. .cari btg yg dah matang ok kut..air mesti cukup

      Padam
  6. ala...saya punya asik mati kering je..kak punya pulak udah menjalar-jalar panjang, jeles..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Byk kali semai ni..kena selalu pantau air cukup ke tidak

      Padam