Khamis, 22 November 2012

Brindle Berry

Asam keping gelaran diberi kepada hirisan buah ini yang telah dikeringkan. Digunakan didalam masakan untuk rasa masamnya. Selain itu objektif penggunaan asam keping seperti yang diwariskan turun temurun adalah seolah-olah sebagai bahan pengawet iaitu untuk mengelakkan gulai lemak cili api daripada cepat basi.  Dikenali dengan nama Brindle Berry atau nama saintifiknya Garnicia Cambogia. Di Kerala, India - KUDAMPULI (garcinia cambogea) / (Malabar tamarind) juga biasa dirujuk sebagai "Fish Tamarind, Malabar Tamarind atau Kerala Tamarind. Lain-lain nama ialah  Gambooge, dan Gorikapuli. Lain-lain info mengenai khasiat buah untukdiet kita ialah kandungannya iaitu hidroxciiric asid serta sebagai tonik untuk jantungBuah ini diberi oleh seorang sahabat iaitu Puan Mahanin dua tahun dahulu. Buah diperolehi dari kampungnya di Beting Kuala Pilah. Foto ini disimpan untuk koleksi peribadi. 



Saya telah menghiris buah ini terlalu nipis menyebabkan ia melekat-lekat diantara satu sama lain. Akhirnya hirisan asam diabaikan dan tidak digunakan seperti yang dihasratkan. 

3 ulasan:

  1. Saya suka kutip pucuk dia kak mar..cicah garam..he..sedap :D

    BalasPadam
  2. saya ada satu petua menggunakan asam kepeing ni, kalau gunakan periuk pengukus untuk buat apa-apa masakan, masukkan sekeping asam keping ni dipotong kecik-kecik di bahagian bawah pengukus (yang ada air tu). nanti bahagian dalam periuk akan cantik berkilat.

    BalasPadam
  3. wow,mcm best je petua mat jon tu. Nak try la...mak mertua saya cakap asam keping ni kalau di gunakan dalam masak singgang mmg sedap. :)

    BalasPadam