Isnin, 12 November 2012

Jom ke Pasar Tani 2

Seksyen bahan-bahan masakan la pula

pucuk keledek, pucuk ubi

ha ha .. anakku HS bertanya apa yang hitam ni mak... mak gelihati anak tak pernah tengok telor masin..tau makan je he he..kecik-kecik dah pandai makan telor masin..suka yang putih je pulak tu

jeruk maman tak pernah makan, suka makan bila gulai dan rendang dengan ayam pencen, tempoyak dan acar buah

satu lagi spesis roselle kut ..tak sama daun dengan yang ditanam..penjual ni kata orang India suka buat masak asam..daun asam India katanya

adalah pula buah-buhan , pucuk ubi yang sentiasa menjadi kenangan

ulam jering, cili api, daun limau purut, dan terung berimbang

siam mari..buah jambu air..jgn tak tau RM 10.00 hengget ni...Nadia mesti kata mahal macam jin..akak tak beli walaupun suka makan

ni semya RM10.00 - buah import

lepas ni semua dah tanam sendiri..kurang la membeli sayur-sayur begini betul tak?


 buah asam kundang- lupa nak beli..gulai dengan ikan sedap..

nangka muda dan rebung

oops!

2 ulasan:

  1. kenapa tu kak?...ikan terbang ke? :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang terbang.. melompat dari tangan nyonya tu..melatah jugala kak mar..

      Padam