Mi Kari Kaya
On the way ke Family Store terperasan satu kedai untuk sarapan. Selesai urusan di FS, singgah di kedai tadi dan survey apa yang ada. Ahahhh mi kari...En.Din nak try. Special ada terung goreng sambal, ada bendi sumbat dan lain-lain perkara asas untuk mi kari.
Mi kari kaya!!
Ketam Top-Up
Ketam top up - dapat yang besar besar, sebab belum ramai yang datang. Early bird catch....
Jom Ke Laut
Dah kenyang pekena mi kari kaya siap - siap untuk cari ketam lagi sebab air dah surut..sampai tengahari. Best meranduk air hingga ke tengah laut semasa air surut, yang boringnya bila ada selut, En Din merungut, pantai ni dah tak macam dulu lagi banyak selut, sikembar berempat tu alamilah memijak selut, karang dan batu - batu yang ada dalam laut, ada yang takut, si kakak sulung patah balik, geli tengok anak-anak ketam berselerakan di pantai yang kering..part ni tak de gambo ..ada dalam kamera si Kakak...tak bawa wire so tak boleh transfer. Sampai hari ni belum dapat lagi gambarnya. One fine day ya!
Satu situasi yang rasa terkilan sangat bila tengok anak-anak ketam yang merah merayap-rayap bersinar -sinar terkena pancaran terik matahari. Aisey..En Din tak kasi bawa HP..kalau tidak syahdu layan gambo tu..bertahun-tahun tunggu untuk snap anak-anak ketam tu. Those were the days!! Sebab semua itu adalah memori yang ingin diingati sepanjang hayat. Pelbagai insiden menggamit memori, yang mana si abang terjerit-jerit tengok anak-anak ketam yang bertebaran lari. Disini jugalah si abang dicampak ke laut dengan pelampung oleh En. Din dan disuruh berenang ke pantai masa tu dia baru 3 atau 4 tahun dah tak ingat..kesian anak aku...but worth it.. he's a good swimmer now. Disini jugalah K Mar tercampak dari Jet Ski gara-gara En Din lepas gian menunggang jet ski... he he sampai terkoyak seluar dekat bahagian lutut.. dah ke laut topik ni... but I still want those days memories to be captured..here..
Bila berada ditengah laut semasa air surut memang seronok baru nampak kebiruan air laut, jernih lebih-lebih lagi bila matahari membantu pencarian ketam..dapatlah 2 - 3 ekor yang ciput - ciput saiznya untuk tambahan bagi tangkapan malam tadi. Bila rasa-rasa dah tak de ketam, apalagi berendam la dalam air yang jernih tu...best.!!
Ni ketam hasil nelayan-nelayan malam tadi - tu la saiznya..kalau besar macam foto ketam top up mahu putus jari kena sepit he he dan amat merbahaya untuk En. Din yang dirawat dengan wafarin..dah la tak guna tangguk!
Semua ketam ni ditangkap guna tangan dengan teknik-teknik tertentu..mesti berani dan tahan sakit kalau disepit. Hmm ada ipar duai yang terkeluar perkataan yang melucukan bila kena sepit tiba-tiba..but we enjoyed..semua anak-anak kembar tu mengiringi En Din sehingga pukul 1.30 malam. K Mar tak ikut sebab dah penat. Nasib tak ikut, lepas tu nak kena serve makan kat dia orang ni. Pukul 2 pagi goreng ikan bilis, buat teh tarik, semua lapar kena angin malam. So ketam-ketam yang garang dah selamat dikupas oleh SIL dan sedia untuk di goreng berempah. Goreng garing-garing Dik! Pesan abangnya.
Kari ketam air tangan En. Din - kuali 1
Kuali 2 - di sini peralatan masaknya untuk masakan skala kecil je kenalah buat dua kuali..harapkan periuk, periuk nasi je yang besar
Dah kena goreng ketam tangkapan nelayan-nelayan bandar
sayur mesti ada..kailan goreng..sayur ni aja yang menarik minat untuk dibeli di FS
ikan kembung goreng untuk yang tak makan ketam..untuk si Kakak la tu
sayur mesti ada..kailan goreng..sayur ni aja yang menarik minat untuk dibeli di FS
ikan kembung goreng untuk yang tak makan ketam..untuk si Kakak la tu
Inilah seadanya menu kami pada hari ke2 disini..makanlah anak-anak dan anak sedara dan adik-adik....jadilah untuk kami sekeluarga
Sebagai pengubat rasa bosan kerana disini tiada astro beyond makanya miss drama korea ..makanlah
buah-buah pilihan di hari raya .. sebagai sulaman antara waktu makan..
yang laju ialah buah longan ..sebagai penghilang muak bila asik makan makanan berat..
Dokong ..ada juga yang masam
Longan bakal nak habis..beli 2nd time ..dan ada yang ketiga kalinya
salam. wah, seronoknya makan ramai-ramai. kari ketam nampak sungguh menyelerakan!!
BalasPadamwaalaikum salam..favorite En. Din..suka-suka makan adik beradik
Padam