Jumaat, 30 November 2012

Zinia dan Balung ayam

Comel-comel je saiz pokok bunga zinia akak ni, comel tu bahasa untuk saiz kecil. Nutrition terpaksa berkongsi dengan pokok-pokok kailan, basil dan pokok bunga matahari. Comel lagi pokok bunga balung ayam yang terkonteng-konteng tanpa teman tu. Gamaknya teman seangkatan dah jadi santapan angkatan bersenjata siput-siput yang saiz ciput tu..Cambahan pokok bunga balung ayam disini.. Meriah bukan cambahannya? Kalaulah semua survive.. terang benderang laman ni dengan warna-warna balung ayam.. 


ni jela rupa nya balung ayam ..close up tak berapa jelas.. tak marah.. sebab faham penanam tak pantau hari-hari , perjumpaan seminggu sekali, kalau rezeki baik dua hari sekali, atau 3 kali sehari.. keputusannya? Semai lagi la.. supaya hasil macam Balung Ayam Last Episode dalam Blog Nadia. Comel - comel tau.. yang ni comel bahasa untuk cantik pula..

9 ulasan:

  1. Wah colourfullah patch ni nanti.Seminggu sehari je berjumpa tapi segar kehijauannya selalu.

    BalasPadam
  2. as salam

    menjadi nampaknya ye kak mar:)
    saya panggil bunga zinia tu bunga jepun hehe:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam..bunga jepun ya..akak ni pun semenjak 2 menjak je tau nama zinia ni

      Padam
    2. Zinnia asal dari south America. Mexico?

      Padam
  3. Assalamualaikum Mar, seronok rasanya bila tengok tanaman cantik menghijau. saya ni baru2 nak mencuba. ada la tanam sikit2 je. dpt semangat dari blog2 tanaman mcm blog mar ni jugak..:))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Azlina..memang seronok tengok hijau2 ni..sbg terapi mata & minda..tanam la..seronok bila menjadi..

      Padam
  4. suka tanam balung ayam tu k.mar..tahan sungguh bunga nya...dah nak masuk sebulan mcm tu je x layu2 hehehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la Nadia punya tegap..lepas tu benih tu byk tu..kalau tak kumpul dia gugur. .pokok akak cinonet je..lain kali nak semai dalam pasu je

      Padam