Khamis, 20 Disember 2012

Begitulah pengakhirannya penghidupan ini

Alftihah untuk arwah Hj Rusli bin Idris, bapa saudara En Din yang sangat dihormati dan disayanginya. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga yang terdekat. Menghembuskan nafas yang terakhir di Kuala Pilah. Jenazah selamat dikebumikan di Precint 20 Putrajaya. Yang mengharukan sms hanya sampai lebih pukul 2:20 petang kerana mesej pending .. dan terpaksa membuka wall FB arwah untuk pengesahan. Sedih juga 5 jam telah berlalu baru maklumat diterima. Alhamdulillah sempat menziarahi .itupun jenazah telah diangkat ke dalam liang lahad. Sempat juga En Din menatap wajah arwah buat saat-saat terakhir. Semoga arwah sentiasa dicucuri rahmatNya. Alhamdulillah juga anak lelaki membacakan doa selepas talkin.
Sebagai peringatan diri sendiri - yang diperolehi semasa talkin dibaca - wahai... "kini kamu berada di tempat antara dunia dan akhirat"










6 ulasan:

  1. Innalillah,Al fatihah buat arwah bapa saudara en.din. Semoga roh beliau di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan para muslimin. Amiin.

    BalasPadam
  2. Al fatihah untuk arwah...dan takziah untuk kak mar sekeluarga..semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah..amin

    BalasPadam
  3. Al fatihah untuk arwah....semoga Allah mencucuri rahmatnya.

    BalasPadam
  4. salam takziah ye kak....semoga arwah di tempat di kalangan orang yang beriman..aminnn..

    BalasPadam
  5. salam takziah & AL fatihah.....

    BalasPadam
  6. semoga arwah berada dalam rahmat Allah...takziah kak mar sekeluarga

    BalasPadam