Seingat akak memang tak menyemai apa-apa dalam pasu ni..semasa menyediakan pasu suratkhabar pasu ni tertutup /terlindung dengan surat khabar dan ditinggalkan 2-3 hari kerana mood untuk menyemai hilang buat sementara. Bila aktiviti disambung semula dan kertas surat khabar diambil dari kedudukannya inilah hasilnya..terkejut badak sekejap.. walau apa pun bersyukur dengan apa berlaku..nak juga tahu pokok apa ..
inilah pokoknya..nampak macam pokok ulam raja..tapi tidak berbau herba.. kosmos belum saya semai..elok lagi dalam plastik bungkusan...misteri hingga ke akhirnya kerana pokok-pokok ini telah mati..mungkin kerana sering ditinggalkan.. yang tinggal hanya kenangan..
p/s masih tertanya-tanya siapakah yang rajin mengusik koleksi benih2 emak ni? Yang nyata benih-benih ini bercambah didalam gelap serta tanpa disiram langsung dan mungkin tanah lembap sedikit.. berbaliklah kita kepada PENCIPTANYA yang MAHA BERKUASA..
sekali tgk mcm ulam raja...sy tgh kumpul semua benih ulam raja..tp byk ditimpa hujan..:D
BalasPadamselamat berjalan-jalan k.mar moga dipermudahkan segalanya..
Amin..
BalasPadamMemang macam benih ulam raja ni.
BalasPadamAdik beradik cosmos rupa pokoknya. Kalau bukan ulam raja, cosmos sensation mix atau cosmos vibrant orange. Rezeki sebalik surat khabar.
BalasPadamrezeki yang tidak disangka2 kan kak...
BalasPadam