Ahad, 16 Disember 2012

Gulai cili api daun gelugor

Sebelum ni arwah MIL yang masak .. akak jadi helper amatur je..he he..
Balik je dari Sabah hari tu bermulalah projek masak-memasak..
rebus daun gelugur sekejap (ni petua Mak Chek Sibah)..rasanya kalau arwah MIL rendam je dalam air panas sebentar
ramas dan perahkan hingga tiada air rebusan

cili api + kunyit +ikan tenggiri di panaskan api sedeherna hingga air ikan keluar dan air cili mengering 
tambahkan santan cair (kalau perah sendiri) dan masakkan hingga menggelegak, jaga santan jangan bertaik minyak (kena kacau selalu) masukkan daun gelugur dan akhir sekali masukkan pati santan...kacau sehingga menggelegak. Tidak perlu letak asam keping lagi sebab dah digantikan dengan daunnya. Garam jgn lupa ya..suka guna garam kasar.



6 ulasan:

  1. mesti banyak khasiat daun ni kan..

    BalasPadam
  2. Ini kalau papa Diana dapek lauk niiii.......bertambah-tambah makannya. Wah terima kasih berkongsi nanti nak cuba gaklah. Dulu selalu kena marah suruh kacau selalu jangan kasi santan pecah...hahaha...

    BalasPadam
  3. nampak sedap pulak bila dah masak yer...

    BalasPadam
  4. Daun asam gelugur ni masam ke rasa dia?

    BalasPadam
  5. ini rupanya tujuan cik daun gelugor..:D

    BalasPadam