Khamis, 27 Disember 2012

Putih suci warnamu

Alhamdulillah tercapai hajat untuk memiliki pokok bunga ni.. inilah hasil keratan yang dipangkas dan dibuang oleh jiran sebelah. Apalagi akak mintalah dari anaknya ..sayang dibuang he he ..minta semua batang yang dipangkas...jadilah banyak dalam pasu ni.. alhamdulillah semasa dipangkas sedang berkudup dan bila dapat nutrien yang secukupnya serta bantuan hari hujan menjadilah bunga ni.. seronok hati ini bila salah satu koleksi   warna bunga raya telah diperolehi... next ..warna apa ya? Yang masih dicari-cari ialah warna oren pekat, peach, striking pink, spesis berlapis-lapis pink, kuning dan lagi - lagi kecuali warna merah ....




4 ulasan:

  1. bunga raya memang cantik sebab warnanya terang. saya pernah ada warna merah menyala. tapi sayang pokoknya mati. xtau sebab apa.

    BalasPadam
  2. betul suci murni putih..payah nak jumpa..k.mar tanam guna tak rooting agent tu..

    BalasPadam
  3. bnga raya putih gini cantik lg dr yg merah kan kak mar..

    BalasPadam
  4. saya ske bunga raya tapi saya cuma ade kaler oren dan pink je..

    **kak mar saya rasa elok akak guna pop up window komen sebab comment box jenis ni lambat laoding..
    ..
    dan remove setting word verification, kadang2 word dia sangat kabur
    kalau akak tukar mungkin lagi ramai yg akan tulis komen, insha Allah :)

    BalasPadam