Sebelum ramai orang naik CH sempena cuti sekolah ni semua bersedia untuk keluar awal untuk ukur jalan CH ni. Syukur urusan dipermudahkan, selepas sarapan pelbagai juadah almaklumla ramai tukang masak.. semua pakat keluar dan kunci banglo. Tringkap dituju demi untuk melawat kebun kobis yang kami pernah singgah tahun lepas. Namun dengan beberapa kereta konvoi dah macam lambat dan seperti jauh pula nak sampai. Semua tertanya-tanya nak ke mana ni? Nasib ada tempat baru ni. Lavendar Cameron Highlands. Semua turun tapi nak masuk kena RM5 seorang. Potong betul mood nak jalan-jalan ni. Arahan big boss tak payah masuk.. membazir katanya.. tak berbaloi bayar RM5. Dekat luar ni pun boleh nampak katanya. Akak pun tak de bau lavender. Dah la hari macam terik sikit. Dah sedap duk tempat sejuk tiba-tiba panas pula lagi panas tengok caj yang dikenakan he he. Kalau seorang dua tak pela. Lima kereta !! Kirala .. baik guna duit tu untuk beli strawberi ke , cendawan ke atau yakon.
Semua orang start la bergambor di sini sebagai kenangan dah sampai sini.
Bunga yang ada diluar kawasan. Macam morning glory..
Port ni ramai yang bergambar kerana latarbelakang yang berwarna warni.
Satu lagi tempat untuk buang masa di sini.
Melaram dengan tudung emaknya. Demi untuk sama-sama pakai tudung macam kakak kesayangannya Arina Balkis. Muka marah je..panas kut
Lagi sekali.. ok ..senyum
ok tengok yang ni je he he
sepupu yang sama birthday ..tahun lompat 29 Feb..
Malam sebelumnya ..lambat Mak Usu dan Mak Lang Ayu sampai. Makan dulu di Tapah agaknya..
bila semua dah sampai anak-anak ini celebrate secara sederhana birthday yang tarikhnya berdekatan sahaja. Abah Budin kata celebrate kat sini..maka Mak Usu bawalah kek naik CH ni ..cacat sikit kek tu.. takpe asal semua happy.. actually si Shira punya birthday... tapi joinla yang lain-lain tu..
Februari - HS, Ijam dan Nurul Izzah
Mac - Shira
Mana Nurul ni?? Nyorok belakang abang !!! Happy birthday semua. Sampai hajat Abah Budin kumpulkan korang semua dan celebrate kat sini. Teringat juga yang tak dapat datang iaitu Abang Besar Aqmal dan Mak Busu.. kesian Mak Busu.. lain kali kita datang lagi...
bersambung...
Salam Mar,
BalasPadammeriah sekali keluarga berkumpul sampai 5 kereta! seronok bercuti ramai2. cantik bunga yg pertama tu yg mcm morning glory, urat2nya, masya-Allah!
Mak Aji..Waalaikumsalam.. memang meriah bila reramai ni..saya memang suka bunga ni...kita panggil seri pagi kan!
BalasPadambestya buat family day kat cameron kan kak :)
BalasPadamsalam kak..
BalasPadamtak dpt masuk dlm tengok lavender..bunga2 kat luar tuh pun tak kurang cantik nya kan...
seronok kalau bercuti ramai2 mcm ni...kalau tak hari raya jela dpt gather mcm ni..
BalasPadamdah tercipta kenangan itu..sambut birthday sama2 tempat yg istemewa..kan k mar.Alhamdulillah.
BalasPadam