Sabtu, 20 April 2013

Cameron-highlands-cuti-sekolah-1/2013 Pt 3

Selepas ke Cameron Lavendar kami semua berpatah balik ke arah Brinchang .. dah semakin ramai yang tiba  di sini kerana hari menjelang tengahari. Port biasa yang disinggahi terpaksa dilalui sahaja. Akhirnya En Din setuju singgah di KEA Farm..kami tak pernah singgah sini ..pun parking dah penuh ..tak boleh parking di tepi  jalan.. maka ahli rombongan pun masuk ke kawasan parking yang disediakan.. mashaallah laluannya sangat curam lepas tu kami kena berlelah naik keatas semula berjalan kaki.. En Din tak setuju.. masalah kesihatan En Din membuat kami fikir 2 kali.. keluar semula.. alamak.. nak naik dijalan keluar pun curam.. kereta kami tak boleh lenjan naik bukit sebab kereta  "PRE" En Din belum katam belajar dari  agennya.. aiii den gabra ni takut kereta melongsor ke belakang.. akhirnya kami keluar dan dapatlah En Din naik curam terus.. cemas-cemas!! ..Pak Usu berlari-lari bawa bata, dua-dua Pak Lang keluar.. tapi En Din dah boleh settle dulu.. tu la pasal ..beli kereta yang macam2 ragam keperluan yang berelektronik dan computerized kena katam habis2.. Mak Lang Ayu pun comeh !! Den baru repair kete ni.. he he sabar yo lah Mak Lang.. Mak Usu kata.. Alza adik ni ok je naik.. he he.. Dik Abang ko tak menuntut abis nak bawa kereta tu.. biasa dgn Nissan je.. he he.. apa pun alhamdulillah saat sukar telah dapat dilalui.. 

Kami menapak la naik jalan curam ni.. sempat juga snap foto disepanjang jalan kami ni.. En Din dah keluar mencari parking..

Geram-geram tengok pokok parsley 

yang ni tepi jalan je
sayuran apa agaknya?

Dah sampai jalan atas..geram juga nengok kobis di tepi jalan juga..

Bunga dahlia yang berkembangan.. memang jaki nengoknya sebab tanam tak menjadi lagi.. bunga favourite ni.. dahlia kuning cair..

dahlia putih
dahlia pink

Bunga apa ni?

Bunga liar lagi.. itupun nak snap marah HS.. ala dik ni bunga CH besar saiznya..

bunga liar


jauh juga nak sampai ke tapak jualan KEA Farm ni.. tak pe la sempat juga merakamkan suasana ni disini..kalau tidak tengok dari kereta aje..

bila dah sampai apa lagi.. semua berpecah dengan kegemaran masing-masing.. akak jumpa gladiolous ni.. 

yang purple tu lavendar .. masih tak bau lavendar.. ada sesiapa yang dapat bau tak? Adik akak kata ..aku ada bau la tapi tak kuat katanya..ko dah operate hidungkan? sebab tu bau pun kureng.. eh ye ke..?? rose petals tu pun depa jual..


bunga-bnga yang dah diawetkan .. katanya berbulan tahannya..

rumput emas atau golden grass kata penjual..wallahualam


pelbagai souvenior

acara utama ..beli strawberi.. petuanya .. dah beli jangan biarkan dia kena wap air nanti lembek.. kalau bawa turun ke lowland beli yang belum masak.. by the time sampai rumah tak lah dia lembek... kalau lembek dan masih elok En Din suruh blend dan simpan dalam freezer .. bolehlah diminum bila diperlukan..tidaklah membazir..

tak pernah makan  kecuali dalam kopi beet

macam pucuk labu.. tak tanya penjual..

Cordycep..sejenis ginseng.. selalu tengok dalam katalog Cosway je.. ni la rupa sebenarnya..

yang ni corcycep yang belum di bersihkan.. boleh ditanam ..malangnya di cuaca sejuk je kata penjual.. tak jadi beli


Lama juga nak suruh dia orang ni berkumpul semula.. jalan lagi.. sebab ada yang baru dapat parking.. ada yang borong jagung sampai RM 20.. murah-murah kata Mak Ngah dan Mak Lang.. apa-apa je la.. nanti kita buat jagung bakar..

Kali ni kaktus menarik perhatian.. banyak masa nak jalan lagi.. comel-comel bunga kaktus ni

Ni pun spesis kaktus kata penjual.. terbelek-belek apa yang sebab dia spesis kaktus.. masih tiada jawapan

ni pun kaktus juga.. akak masih lagi pelik tertanya-tanya


Yang ni pernah beli.. jangan termakan kata pembeli kata pokok ni boleh hidup di lowland... tak hidupnya..

close up ..memang suka dengan warnanya..

periuk kera atau monkey cup... mahalnya.. tak jadi beli..

lada mexico .. pokoknya pun mahal juga




Yang ni akak beli dapat 7 untuk RM10.00 boleh la.. untuk kawan-kawan yang berminat di pejabat

spesis kaktus juga!!

ini pun kakts juga he he!!



buah bergamot

salah letak strawberi kering..



bersambung ...

7 ulasan:

  1. sukanya tgk semua gambar..sy target nanti nak ke Mardi cameron...selalu g tak pernah ke mardi

    BalasPadam
  2. lain lagi rupa lavendar tu ya k mar..berbulu bulu, tapi tetap sama unggu..

    CH tetap menggamit kenangan, ku ingin ke sana lagi.

    BalasPadam
  3. dah lama sgt x pegi sini. kak mar...bunga putih tu macam ada jaa kat rumah ni. saya sangkakan pokok cabbage..weed rupanya. melilau tanya diana n en is. pening jugak agaknya derang nak menjawab.

    BalasPadam
  4. Kak Mar, bunga tu everlasting flower (straw flower) yang dah kembang penuh. Yang cordyceps to bukan cordyceps betul, tapi sejenis sayur yang lebih dikenali sebagai Chinese artichoke/knotroot (Stachys affinis). Cordycep cosway tu sejenis kulat yang tumbuh atas ulat beluncas. Sangat mahal sebab cuma terdapat di kawasan Tibet/tanah tinggi Western China.

    BalasPadam
  5. salam kak..besarnya pokok dahlia dia baru berbunga..yg kat umah masih kecik lagi gak...kaktus2 tuh kan mesti murah kak kak...:)

    BalasPadam
  6. heaven la tgk sayur dan bunga2an kat CH ni...hilang stress. lamanyer tak pi sana...

    BalasPadam
  7. Nadia...kalau ke Mardi..akak tersangatlah sukanya.. tapi kali tak sempat

    Kalyan.. tvm for the compliments..

    Puteri... ni yg penjual claim as lavendar.. selagi tak da bau ..was was juga.. warna tetap sama.. jom ke CH lagi..semoga ada pertemuan kita disana


    Awin.. bunga liar ni..

    Sean..ooo strawflower..ok noted... bukan cordycep.. penjual ni pun tiada info..ok .. noted dan terima kasih daun keladi..

    Ummuaidan..besar dan tinggi pokoknya.. kaktus ada yg murah dan mahal

    @na.. jom ramai2 gi CH

    BalasPadam