Selasa, 9 April 2013

Hari itu dan Minggu Lepas

Semaian sepasang bayam malabar dari benih tanamsendiri.  Seperti biasa semaian di KL dan bila agak-agak dah boleh jaga diri sendiri (manalah dia boleh jaga diri sendiri..) survive sendiri la tanpa penjaga barulah dipindahkan ke tanah. Bayam ini disorokkan dibawah rumpur-rumput kering demi menghadapi hari panas. 

Hari itu selepas dipindahkan - Bayam malabar 1

Minggu berikutnya dah jadi mangsa sang siput.. dah togel daunnya. tinggal batang yang merah .. tau angkara siput.. lepas tu letak racun siput.. rupa-rupanya racun siput ni macam menarik perhatian siput juga.. akhirnya dia tergolek.. tak tau la pula dia dah  mati bila terpijak cengkerang ha.. ulat-ulat lalat banyak yang keluar.. tergeli sekejap. 

Minggu lepas .. dia tumbuh balik.. suka suka .. nasib tak marah dengan siput 
dan cabut pokok ni terus.. Doaku semoga dia berjaya dan terus menerus subur..


Hari itu selepas dipindahkan - Bayam malabar 2

Minggu lepas dah banyak dah daunnya..

Kobis cina - benih kongsi dari En. Iskandar.. yang survive 
di tanah ni je sebab semai terus ke tanah.. alasan 
malas nak pindah-pindah dari pasu suratkhabar. Foto ni pernah up 
dalam posting sebelum ni..


Minggu berikutnya .. sedap kut daun ni.. ye la daun muda.. sampai sekarang dah jadi sejarah...



autopublished

8 ulasan:

  1. susah gak bila ada ancaman kan.. anak benih sedap sangat kot.. tu menjadi makanan siput2 tu..

    BalasPadam
  2. bayam malabar sy pun ada yg togel tiba-tiba..sy fikir burung duk patuk

    BalasPadam
  3. sama la masalah kita.. siput.. tapi sejak tabur racun siput, nampak selamat sikit cambahan anak pokok.

    BalasPadam
  4. saya pun ada beli bayam malabar. Tp masih belum semai lagi dalam kotak polystyrene. Kalo tanam dekat tanah mungkin dah senasib dengan kak mar kut bertarung dengan cik siput. :)

    BalasPadam
  5. petak hijau byk jugak siput tp yg kecik2 tu

    BalasPadam
  6. bayam malabar, 1st time saya tau ni..saya dah tak sempat nak korek pasal tanaman2 ni kak...hihi :)

    BalasPadam
  7. Nani..dah nama siput ..itulah kerjanya..

    Nadia..burung? mungkin kut kalau area Nadia tiada siput..

    Shafirul Suffian..kena tabur racun juga ..

    Ibu Qis... memang kena bertarung dengan siput.. dah itu tempat dia... kadang-kadang dia menyorok kat tempat sejuk...

    Sri Kota Garden.. insyaallah hidup...

    Awin.. siput kecik tu kalau ramai-ramai dia sedut pangkal pokok kita memang mati juga..yang kecil lagi menyusahkan sebab dia ada di mana-mana

    Tiha.. ye la faham .. dah sibuk sekarang kan...

    BalasPadam