Maka perbanyakkanlah tanam hijau ya .. regulations yang menghalang penanaman ditempat tinggal terutamanya dirumah-rumah kerajaan dan yang seangkatan dengannya perlu dikaji semula... dibolehkan tapi secara sederhana .. bukan peraturan yang tidak boleh langsung... terkulat-kulat kita nanti... kita perlukan oksigen dan udara bersih.. maka fikirkanla sendiri ya.. sesiapa yang tidak suka dengan tanaman tu nak tanya .. bolehkah dinding batu, struktur besi dan pelbagai struktur yang mewujudkan hutan batu dapat memberikan kita kitaran oksigen untuk penghidupan kita.. dahlah dikelilingi habuk dan asap kereta.. even dipadang pasir pun ada oasiskan! Isu yang selalu dibahaskan dengan En Din he he...
Aktiviti minggu sebelum ... Aktiviti terakhir yang dibuat adalah mengalihkan pokok ulam raja yang amat besar ... sesungguhnya semua nutrien disedutnya menyebabkan companion yang lain duk comel je..bantut !! dah pindahkan..godang amek pangkal eh.... kesempatan juga diambil memindahkan ulam raja di rumah sebelah ke sini bagi meramaikan lagi kawan-kawannya yang ada.. yang tu kurus-kurus aje... pe kabor kamu agaknya ye? Kalau hujan dapatlah air kalau kering... almaklumlah.. ambil yang lain tanam lagi.. banyak stok anak pokok ulam raja ni di sebelah.. lihatlah tu rumput yang tidak jemu meninggi... tak pe minggu depan inshaallah kita bereskan ya...
lokasi sebelum
dah dicabut.. hari hujan mudah je la menariknya dari tanah.
dah dipindahkan ke lokasibaru dan berjiran dengan ulam raja kurus yang
dalam proses pemindahan, agak-agak hidup tak?
cili api peninggalan mak cik sebelah yang dah berbuah setelah akak bela dan letak baja
banyak lagi bunganya tu,,
Tomato campak-campak yang semakin bahagia
Dah berbunga ..apakah sudah melekat buahnya?
Bendi singa menjadi singgahan sang labah-labah
Bendi singa yang tak sabar nak keluar walaupun pokoknya keding aja.. dah ada penunggu ..
sudah pasti kacang yang tinggal ini mengering
close up.. mesti tak perasan semasa buah ni mekar.. memang banyak kejutan kacang panjang ni.. tak pela dah matang kita jadikan benih lagi...
kacang panjang ni pandai membentuk logo MAKNA... sulurnya main redah buah kacang pun dililitnya
mesej hari bumi.. tanam la saya lagi ya!!! dan kawan-kawan saya ya!! tak rugi..
memang tak rugi langsung k.mar...pelik pulak regulation takleh tanam2...bukan kah pokok ni sebagai penyeri sesuatu lokasi...kalau takde togel lah..kan k.mar?
BalasPadamp/s tomato memang suka dicampak jer br la hidup ceria..kalau belai sgt..mengada tak nak hidup
Lagi satu yang tak best kan, kenapa majlis perbandaran suka sangat tanam pokok yang tak mendatangkan hasil? Kenapa tak tanam pokok buah-buahan? Or atleast pokok yang berbunga cantik.
BalasPadamsalam kak mar..
BalasPadamsubur jgktuh wpun tak dpt perhatian tiap2 hari..:)
ulam raja yg dipindah tuh dah besar yer kak mar..kalau besar takut lak susah nak idup balik kan...
eh..kak mar tinggal di mana? kami di putrajaya ni sakan berkebun... kebanyakan yg berkebun tinggal di kuarters...apapun harap x jadi pengahalang utk terus berkebun ya!
BalasPadamsayur2 k mar tanam subur2 semuanya.
BalasPadamKacang panjang dan ulam raja tu, puas makan.
Cantik tomato Kak Mar, InsyaAllah nanti dapatlah tomato fresh manis-manis. Diana tak berapa sangat ulam raja jadi malas nak semai biji benihnya, tapi dalam diam tiba-tiba ada ulam raja tumbuh bersebelahan gladioli. Mesti ada yang senyap-senyap pergi tabur bijinya di situ mengidam agaknya.
BalasPadamNice! Soon, you'll eat your tomatoes and peppers :)
BalasPadamWah, meriahnya hasil kebun Kak Mar. Mesti best dapat makan ulam raja, kacang panjang yang ditanam sendiri.
BalasPadamSalam Mar,
BalasPadamPandai pulak kacang panjang buat simbol MAKNA eh! Tak sabar nak tunggu Mak Aji punya kacang nak mendatangkan hasil! Tomato pun nampak gaya kena tanam juga, sbb stok beli punya sentiasa ada di rumah.