Terlampau banyak bunga labu ni. Cuma dapat kenalpasti sekuntum sahaja yang lekat menjadi buah. Panas dan hujan silih berganti. Tak nampak hala tuju pengeluaran buah lagi. Terima lah seadanya tiada rezeki lagi dengan labu ni. Pokoknya masyaallah rimbun dan daun lebar-lebar. Bunga silih berganti.
Yang menjadi ini sahaja itupun pagi Ahad lepas dah gugur jua. Sebelum tu warnanya sudah bertukar kekuningan. Hati telah berdetik sesuatu akan berlaku kepada buah ini. Awal pagi lagi tanaman ini diperiksa dan sahih ... tiada lagi ditampuknya... lerai semuanya ke tanah. Sayang sungguh. Bentukknya sudah ada.. terimalah seadanya ya. Kita hanya bisa merancang... Allah penentu segala..
sama la macam bunga labu abah saya, agaknya jenis labu yg sama
BalasPadamsy lg kesian..tak nampak peluang pun dpt tanam..tanah tak cukup luas untuk labu2 berkembang...semoga 1 day labu k.mar dapat keluarkan hasil yg baik..:D
BalasPadambetul tu nadia...kami tk ada chance tanam labu...kebun sejemput je...tk pa k.mar pucuk labu pun sedap...hehehe
BalasPadamsaya pun senasib...kawasan tak cukup luas. buat sayur lemak pun sedap jugak ni. :)
BalasPadamjom kita cantas pokok2 yg tak berbuah ni k mar, tanam semula..tak guna tunggu pokok yg tak berhasil..Rasanya bulan mei ini cuaca sesuai untuk menanam.semai pokok2 awal2 ni..masuk mei nanti tanam, terutama pd.tarik 5.5.13 nanti, tanam pokok kenangan. saya nak tanam pokok rambutan dan mangga sala.
BalasPadambestnya buat pengat labu kak :)
BalasPadamRose..sama labunya?
BalasPadamNadia & @na & Ibu Qis.. K Mar rasa area Nadia lagi luas... tanam tepi pagar ni.. kalau dia melilau ke tengah nak kena tarik ke tepi semula..@na & Ibu Qis tanam dalam pasu..tak cuba tak tahu kan! pucuk ni tak sempat nak tuai lagi..
Amboi Puteri..sungguh patriotik nak ingat tarikh ni.. insyaallah ..tengah fikir nak tanam apa
Tiha.. kalau menjadi pasti sedap jadi pengat..