Adakah kamu akan berjaya meneruskan hidup? Sebelum ni beli sepokok di Sogo. Cuma bertahan dua minggu sahaja. Lepas tu kiok... Yang ni 5 tangkai yang dipesan dari En. Iskandar. Banyak cabarannya. Ilmu juga tak cukup mengenai tanaman ini tapi masih nak mencuba juga. Pada minggu pertama hari panas sangat.. macam kering sudah semaian ini. Harap-harap menjadi kali ini.Mereka dapat pasu baru. Bukan pasu recycle.. Penjual di Pasar Tani pun hairan.. buat apa banyak-banyak ni? Saya beli sepuluh dapat percuma satu. Sangat-sangat bersyukur masa tu. Rasa-rasa macam nak "no comment je" pertanyaan akak penjual saya namun beritahu juga..saya banyak benih.. ketika ada disini saya borongla.. lepas ni tak tahu bila boleh beli lagi.. saya semai disini..bila dah stabil saya pindahkan ke Seremban.. kenapa tak beli di Seremban? Banyak pula tanya ya!! Kalau saya di sana untuk jalan-jalan ke nurseri bukan agenda utama big boss ... jadi pandai-pandaila untuk kendalikan aktiviti untuk meneruskan hobi ni.. apa-apa pun halangannya mesti ada jalan penyelesaiannya.. kerana PRU 13 makin hampir .. big boss busy sebab jabatannya diarahkan terlibat sama untuk zon yang telah ditentukan. HS pun komplen abah ni selalu balik lambat!! For the time being Seremban ditinggalkan... minggu ni kut..insyaallah semoga segalanya dipermudahkan...
tanam dengan keratan btg yer, sy pun nk cuba la
BalasPadambanyak tuh yg akak tanam...inshallah akan ade jugak yg survive nanti....:)
BalasPadamnampak mcm ada harapan utk membesar tu..
BalasPadamboleh hidp yea kat negara kita..yang org lumur atas ayam tu kan kak..?
BalasPadamowh.. rosemary mmg tanam camni ek.. leh try nanti.. thanks sharing..
BalasPadambolehla try ni. penah beli pokok tp belum seminggu dah mati
BalasPadamselalu nmpk pokok ni kat pasar tani...tp berani cuba...pasni nk try jgk la...
BalasPadamingatkan nama orang,,,,, :)
BalasPadamk.mar...sy beli jugak dulu..pastu hanya tinggal 1 keratan yang masih hidup...sebab nya sy siram fikirkan pokok ni nak dingin2..rupanya dia jenis yang suka panas...
BalasPadamSalam Mar,
BalasPadamBanyak tu yg ditanam, insya-Allah menjadi kali ni!
Kak Mar, daun-daun di bahagian bawah nak kena buka biarkan sikit je daun yang tinggal. Tok guru Henry yang saya selalu pergi dengar ceramah gardening dan mama Diana pun selalu buka daun bila tanam dari keratan. Supaya keratan akan lebih fokus tumbuh akar jimatkan tenaga yang diserap untuk hantar moisture ke daun.
BalasPadam