Selasa, 2 April 2013

Telah dituai

Tuaian pertama kacang panjang.. cepat membesar dan matang yang mana terlebih anggar pembesarannya.. 

Bolehla.. dah selesai jadi bahan nasi goreng untuk sarapan pagi..

Selepas 2 minggu tuai lagi.. kali ni tak termakan sebab ahli makan hanya 3 orang... itulah pasal.. balik dari CH sambung cuti lagi sebab nak tuai kacang-kacang ni he he..

Sebahagian jadi bahan nasi goreng lagi... big boss suka, manis katanya.. nasi goreng dimakan dari pagi hingga ke malam he he.. sebab ada jemputan kenduri kahwin.. bolehla makan malam dikongsi bertiga sebab dah kenyang petangnya (pergi kenduri lambat kerana masalah kesihatan big boss) 

yang putik tu terpaksa dituai juga sebab jangkaan tidak balik minggu ini.. ada juga kacang ni yang dimakan ulat dibahagian pangkal, boleh lagi dimakan setelah dibuang bahagian yang telah dimakan ulat tu..

kali ni bunga telang juga berbunga lebat, dapatlah dituai dan simpan dalam fridge

ulam raja yang hidup bermaharajalela kerana dapat tapak baru.. dah selamat diulam, selamat juga jadi kerabu campur ikan bilis goreng resepi Ila Mat Jan. Kerabu yang simple tiada kerisik dan tiada daun selom. Selom yang ditanam cinonet je... biar dia rimbun dulu (doa ni semoga diizinkanNya)

Putik petola yang tak lekat ..hujan lebat agaknya sebelum ni..

Inilah juntaian - juntaian kacang panjang yang sebelum dituai.. tumbuhnya banyak yang berkembar



8 ulasan:

  1. lebatnya kacang k.mar..pastu m'besar sekata...sy punya kurus keding...tk cukup baja kut

    BalasPadam
  2. As salam Suka-suka,

    Seronoknya tgk kebun ulaman macam ni! Saya mmg suka berkebun tapi sb tinggal di Peru ni tinggal pulak di apartment mmg space problem... tanam sendiri bukan je jimat, tapi sihat kan... lama tak makan ulam raja! :))

    BalasPadam
  3. best bila tiba hari menuai.. :)

    BalasPadam
  4. salam suka suka; memang suka bila datang hari menuai kan...semua tuaian tu nampak segar2..teringa pokok telang kat rumah...dok cenonet lg...tk sabar nk tuai bunga...hehe

    BalasPadam
  5. Salam Mar,

    cantik kacang panjangnya! Mak Aji belum boleh semai sbb kata Pak Aji kena keringkan dulu biar cukup matang br boleh semai. Kami suka buat ulam saja.

    BalasPadam
  6. Nadia...Alhamdulillah kali ni puas hati berkebun setakat ni.. esok-esok tak taula sebab dah ada belalang besar riki kat pokok kacang ni..

    Waalaikumsalam Marya.. betul tu tanam sendiri tiada racun yang digunakan.

    Nani.. menuai apa je memang seronok kan terutama menuai hujung bulan:)

    @na.. waalaikumsalam.. menuai memang seronok.. bab menanam dan menjaga tu perit sikit...

    Mak Aji.. waalaikumsalam.. ni benih dari Diana.. Mak Aji keringkan sendiri ya benih kacang!

    BalasPadam
  7. kak mar, tips tanam kacang pls :)

    BalasPadam