Ahad, 19 Mei 2013

Akar dani dan kenangan itu..

Tak sangka pula ada pokok ni di laman pejabat. Setelah penat dan panas kerusi bermesyuarat dari terus-menerus dari 9.30 pagi    hingga melepasi waktu rehat makan tengahari.. (mungkin ni juga penyebab dapat gastrik tempohari.. pukul 3.15 baru sampai ofis semula..) dan laluan ni menarik perhatian ... cop sekejap waktu untuk capture bunga ni...ganti waktu yang tak keluar makan tengahari tadi he he... boleh juga hilangkan tension dan penat berfikir.. 

kawasan rumah belum boleh tanam bunga ni... tak pe la ... ada bunga ni dalam rumah maya ni pun dah cukup baik... bila dah pindah rumah sendiri baru boleh tanam bunga ni... 

pokok bunga ni sungguh rimbun dan sehingga suka menjadi singgahan sang lebah.. 






















p/s... hari ini hari kami sekeluarga penat berpanas dan berpuasa setengah hari demi menghadiri Istiadat Konvokesyen anak sulung.. keluar rumah selepas subuh menuju Shah Alam... semoga kami tidak dilanda gastrik lagi.. bekalan biskut kering tertinggal pula... memang berlapar dari pagi hingga tengahari... makanan ada disediakan ..tetapi selepas majlis la kami dapat mengisi perut.. sebelum tu akak dapatlah makan rumpai laut yang memang dah ada dalam peti ais.. dema semua tak suka... adalah juga perut ni kena isi.. yang lain minum air mineral je.. ingatkan boleh singgah mana-mana untuk breakfast...pukul 7.30 dah perlu masuk dewan... memang ramai parents dn ahli keluarga graduan yang hadir... walau apa pun semua urusan telah selesai diharungi.. balik rumah semua lepak!!! Kenangan manis di majlis ini kerana bertemu kawan lama... anak masing-masing dah besar baru bertemu semula... Kawan kami sebelum kami berkahwin lagi...

4 ulasan:

  1. Cantik bunga2 akar dani nie kan..
    tahniah yer utk anak akak dah selamat konvo..

    BalasPadam
  2. I love this creeper a lot firstly for the colour and secondly for the fragrant. I failed to propagate this vine once and didn't try again. But my friend has planted it, so now I enjoy this creeper whenever I go to her house :-)

    BalasPadam
  3. Salam Mar,

    Cantik2 foto akar dani ni, terutama yg close-shot tu! Tahniah anakanda sulung dah konvo!

    BalasPadam
  4. akak, lain kali zoom jauh sekali, nak tengok rupa full dia. tq. :)

    BalasPadam