Ahad, 5 Mei 2013

Alamanda Jiran saya

Satu lagi wishlist saya.. bunga alamanda.. yang ni kepunyaan jiran ... since ia adalah salah satu bunga yang saya suka especially warna ini, darjah kesungguhan dan ketebalan muka ditingkatkan untuk merakam bunga ini, di kejiranan ini ramai juga yang menanam bunga ini, ada juga yang menanam warna perang kejinggaan, warna kuning bagi saya koman dah..tak menanam  pun tak apa.. buat masa ini saya telah menyemai keratan batang yang berukuran 3 inci yang diambil dari pucuk hingga ke batang.. bunga tersebut kepunyaan emak saudara disebelah rumah, saya tidak perasan bunga ni dah wujud lama dirumahnya  (sebab tak berbunga langsung).. harap-harap keratan batang yang saya telah semai menghasilkan bunga begini juga... ketinggiannya belum mencecah   6 inci lagi... moga ia subur selepas mendapat baja istimewa yang dibeli dari Vin dari Kuching Sarawak..






3 ulasan:

  1. It has a beautiful colour, so delicate and rosy :)

    BalasPadam
  2. Salam kak mar..
    warna pink nie mmg kelihatan cantik ...
    selamat mengundi yer..:)

    BalasPadam
  3. dewberry.. yes very delicate and lovely colour..

    UA..cantikkk...

    BalasPadam