Rabu, 8 Mei 2013

Baja Organik dan .......

Isnin 6 Mei 2013
Hari ni EL, sakit kepala , tidur kurang kerana excited dengan keputusan PRU13!! Macam-macam cerita entahlah.... shopping spree again la.., sedih la, macam-macam... walaubagaimana pun kehidupan perlu diteruskan..semoga Malaysia aman damai dan semoga rakyat negara kita berkat hidup dunia dan akhirat...  pemimpin yang menang dan tak menang laksanakan tanggungjawab demi hasil double impact iaitu dunia dan akhirat...

jom la... aktiviti seperti biasa diteruskan....apa lagi, berkebun dan lain-lain aktiviti yang seangkatan dengannya lah ya... bersama-sama ini dikongsikan pembacaan yang amat bernilai ..diperolehi selepas membaca  entri blog preppy garden  yang berkait dengan blog ini... blog ini berkaitan pembikinan baja organik... dapatlah menambah ilmu berkaitan baja dan sangat berterima kasih diatas info yang dimasukkan .. kadang-kadang timbul persoakan adakah saya segigih mereka ini... doa-doakan... agar apa yang kita semai berhasil dan dapat menghadapi kekangan yang ada

Selasa 7 Mei 2013
Malam semalam bertambah teruk pula kepala yang lari station ni... ungkapan dari Mak Aji.. sehingga tahap gastrik teruk .. air pun tak boleh masuk.. sekejap aje dah ke toilet ...muntah segalanya sehingga tiada apa lagi dalam perut.. puaslah anak- anak bujang mengurut kepala, belakang dan macam-macam.. sabar dengan dugaan..  survive dengan sebiji telur rebus dan sesudu bubur nasi.. tq anakanda Siraj ... lepas tu bawa-bawalah lena untuk kesejahteraan esok hari.. apa lagi mesti ke klinik..stok ubat gastrik dah habis..balik klinik tidur aje la.. apa pun tak boleh buat..tv ke , laptop ke note kesemua takleh renung... stop semua aktiviti..

8 Mei 2013
Denyut-denyut sakit kepala yg minor masih ada... badan terhoyong hayang sebab banyak makan ubat .. ubat2 ni macam melemahkan badan saja.. sambil taip entri ni sempat lelap lagi..tersengguk-senguk menahan ngantuk....sebelum tu  kuatkan hati cari breakfast kat kedai bawah.. ramai pula orang... dapatlah meja hujung.. kedai Pok Nk yg beroperasi sebelah malam.. sejuk duk situ sebab banyak pokok hijau yang menarik hati... sambil menunggu makanan tiba waktu digunakan sebaik-baiknya  .... apa lagi.. snap sana sini pokok yg menarik perhatian  .. pening2 juga ... nampak pokok peluang tak dilepaskan..

Tanaman yg segar2 di kedai Pok Nk..

















10 ulasan:

  1. salam kak..
    siannya tak sehat..banyakkan berehat lah yer..kalau ambik ubat mmg kesannya kuat jgk kan rs drowsy tuh...tak care kak mar..

    BalasPadam
  2. byk cerita ni,,, apapun jaga diri juga yer

    BalasPadam
  3. assalam...
    masih tak sihat ke? kesiannyeeee...
    moga cepat sembuh ye..

    BalasPadam
  4. Salam Mar,

    Masih sakit kepala lagi?? (lari stesen - ha ha!) Mak Aji pun ada kena beberapa hari lepas, x tahan Pak Aji bawa ke klinik, doktor inject kat bumper, nurse beri makan pain-killer lg, dia suruh baring jap, pastu baru beri balik. Sepanjang2 tu mata tutup dgn tudung, xleh tengok cahaya, rasa masuk cahaya sampai ke otak. Ada sedara beri petua spy baca pd air, selawat 3 kali dan baca ayat ke-19 Surah al-Waqiah, buat sapu di kepala dan minum sekali. Acu cuba try!

    BalasPadam
  5. Bagus juga tengok pokok-pokok yang hijau.. Sejuk sikit mata dan segar sikit kepala.. Nurul pun kalau tak sihat selalu cari alasan nak balik kampung sebab kurang radiasi dan banyak pokok.

    BalasPadam
  6. sy doa cepatlah kak mar baik dr sakit kepala..nanti pokok merajuk akak tak dapat jenguk...nak g singgah jugak blog baja organik tu..kut ada apa2 yg boleh diapply..:D

    BalasPadam
  7. salam k mar, semangat sungguh...hrp cepat baik na...tk cr

    BalasPadam
  8. rajin dia berkebun yea! =)
    follow : 87
    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. UA.. terima kasih.. memang lalok he he..

    BalasPadam
  10. KA .. tqsm.. masih degil nak buat cerita... tu yang panjang jadinya..

    BalasPadam