Sabtu, 29 Jun 2013

Cili Bom itu..

Terima kasih diucapkan kepada Nurul dari blog Nudabuffy atas ihsan mengirimkan benih cili bom ni.. dia gelarkan nama cili bom mungkin kerana kepedasannya... 

nampak cantik sangat naiknya... close up foto .. pokok cilik kelihatan fresh and vibrant...  ... disebelahnya salad nak entafrem juga... dah inggal kenangan salad ni.. asik kena tinggal.. hari pula panas makanya  sudah innalillah... 
ketika ini memang hati berbunga-bunga bila semai benih cili naik cantik macam ni...  lama juga simpan dalam pasu ni sebelum dipindahkan ke container individu masing-masing (8/3/2013)



ada juga anak pokok ulam raja tersesat dipasu ni... agaknya memang dah ada dalam tanah yang diimport dari Seremban ni... (2/3/2013) foto 5 hari sebelum foto diatas


setelah sekian lama pemindahan perlu dilakukan... ketiadaan pasu yang sesuai .. segala jenis bekas digunakan ... tin bekas kacang digunakan.. (21/3/2013)






yang ni guna tin susu  (21/3/2013)


Sesudah dipindahkan hati makan gembira kerana perkembangan yang positif.. belum nampak tanda-tanda gagal lagi... (21/4/2013)


Hari demi hari itu warna kuning sudah mari.. hu hu sudah cuak ni... (21/4/2013)

Akhirnya... sudah pergi ... 5/5/2013

tinggal yang ini yang bakal menyusul juga

Last but not least..Nak harapkan yang ini je... sungguh manusia ini lemah hanya boleh mengharap sahaja..
(5/5/2013)
belum berjaya lagi dengan pokok cili .. tak pe la .. kita cuba lagi ...  mahu jadi setabah tuan yang memberi benih ini... 



Status hari ini... hari ni mencutikan diri dari ke ofis... 3 hari straight bincang pasal sistem akaun sampai pukul 6: 45 petang... adoii sengal kepala.. ingat nak ke pusat refleksologi... nantilah .. hari dah semakin ceria... go away jerubu... shoh shoh main jauh-jauh... 

tinggal 2 je cili bom ni... harap sangat berjaya jadi pokok yang menghasilkan buah... nak juga tengok buahnya... tapi selepas puasa ni raya pulak... mesti tinggalkan kl berhari-hari... mungkin angkut cili ni balik seremban dan angkut balik ke kl... macam pet pula...



cili bom posing dengan harum sundal malam di pagi hari... suka sangat hari ini sun rise dirumah dan tiada jerubu menghalang warna alam yang indah waktu ini..

4 ulasan:

  1. Salam Perkenalan Kak,

    Saya silent reader.
    Terpanggil untuk komen berkenaan dengan pokok mati sebab tak tersiram...
    jom buat self watering container/pot kak :)
    kalau google ada banyak idea dan tunjuk ajar dari gardeners lain.
    Paling simple kitar semula guna botol plastik 1.5 liter je,
    insyaAllah dapat bantu anak pokok lawan kemarau sampai dia
    jadi kuat sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selepas 2 thn baru akak sempat nak berinteraksi dengan shifa.. tq atas saranannya..

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. mula2 nampak subur menghijau je kan..
    saya dah lama tak nanam kak :)

    BalasPadam