Alhamdulillah...kami dah selamat check out dari penginapan di Inderamahkota , Kuantan.. demi persediaan pendaftaran anak saudara hari ini. Kata adik hanya kat sini yg dapat ... okla...kita on je... petang semalam saja bawa anak-anak ke Teluk Cempedak.. malam tadi dinner di restoran Lee & Dah... ada pula laksam... cancel nasi goreng...
Pokok berdaun ungu yang menambat hati kerana keunguannya dan kerana mengingatkan arwah datuk sebelah ayah yang sangat rajin membela laman.. bunga ni pernah menjadi koleksi arwah... terbayang akan waktu itu .. masih kecil... rasanya 4 tahun... rumah itu juga sudah roboh.. sangat terkilan kerana tiada foto rumah lama untuk diabadikan..hanya terpahat dalam memori ini...
tiada sudut yang kosong di lamannya.. pelbagai bunga yang ditanam- yang masih diingati - ekor kucing, bunga cina, susun kelapa, dan banyak lagi tanaman hiasan yg nama tidak ketahui termasuklah bunga ungu ini
tak pernah tahu yang pokok ini juga berbunga.. bunga halus..
salam kak.
BalasPadamdorang taruk daun bunga nie yer dlm laksam?
assalamualaikum..
BalasPadamnani datang nak makan laksam.. ade lagi tak? hmmm sedap betul...
suka tengok gabungan kubis merah dlm laksam tu.. berseri2 jadinya..
Salam Mar,
BalasPadamLamanya x makan laksam!
Cantik pula bunga pokok daun ungu ni ya!
cantik sangat.
BalasPadamMangkok laksamnya pun cantik kan main. Berselera.
UA .. kelakar la pula soalan ni.. tu kobis ungu .. bunga ni tak leh makan kot..
BalasPadamNani.. he he dah licin... yela kita pun tak sangka ada pula kobis ungu jadi hiasan..
Mak Aji.. waalaikumsalam.. warna yang kontras...memang cantik..
Mak Long .. saya pun tak sangka diberi mangkuk comel..