Ahad, 26 Mei 2013

Satar Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay)

Tak sah kalau ke sini tak makan satar. Kebanyakan satar yang dimakan manis dan pedas.. yang di sini menjadi pilihan kerana kurang manis... kena dengan selera kami... Banyak jenama satar di sepanjang jalan Chendor ke Kemaman ... dah sampai ke Geliga tiada kedai yang jual keropok lekor yang dah digoreng sekali dengan satar... kedai ni nampaknya yang ada kombinasi makanan ni.. yang lain-lain satar sahaja, keropok sahaja, atau keropok dengan goreng pisang atau satar dengan goreng pisang... 
sebatang RM4.00

berebut-rebut makan ..sekejap je licin..

Catatan Sendiri

Kedai makan yang ada banyak tanaman... kedai dinamakan Kendi.. koleksi makcik kedai ni




Tinggi dari rumah!!! Teringat pula cerita zaman kanak-kanak ... masa main masa-masak .. ada kakak tu kata jangan duduk atas daun keladi ni... nanti dia bawa kita terbang... he he !!!

tuan rumah tidur lagi.. dah ada saudara datang cari makan...chalet sebelah rumah...


breakfast di kedai makcik ni... bertahun-tahun kami mesti singgah di sini... ada orang tu teringat-ingat  bila dah balik KL... nasi dagang dan nasi kerabu makanan favourite ahli rombongan...

p/s baru habis breakfast di sini ... tiada nasi kerabu pula !! ingatkan dapat makan sayur lagi .. solok ladanya sedap... gadis Swedish minta kopi O tiada gula terlupa bayar... namun ada yang prihatin 2 orang Chinese telah bayarkan.. saya tolong bayar dia kata ... selepas mereka pergi gadis tu datang semula nak bayar.. dia tak bermaksud nak pergi je... akak kata tak pe la Chinese man tu dah bayar.. dia macam serba salah... nak buat cam ne.. semua dah terjadi.. (siap tanya kat mana dia boleh mandi pakai bikini... akak kata gi Club Med la..) kejap lagi check out dan ke Kuantan pula!! Sebelum tu nak berendam dipantai ..crystal clear water nun di sana!!!!


2 ulasan:

  1. Salam Mar,

    Satar kat gerai berdekatan simpang tu katanya yg sedap, x manis dan ramai pengunjung! Mak Aji pernah makan satar yang begitu manis sampai melekit jari memegang bungkus daun pisangnya. Terus putus selera!

    BalasPadam
  2. Waalaikum salam Mak Aji... kami ni memang suka yang kurang manis.. kalau dah terkena yang manis telan saja.. mula-mula dulu masa tak tahu..

    BalasPadam