Salam 14 Ramadhan... selamat sejahtera ... dugaan betul dah dua kali Malaysia diserang jerebu... lagi aktiviti pembakaran negara jiran memberi impak yang besar kepada Malaysia... sungguhlah rasa gulana kerana para peminat kebun amat berharapkan hujan turun terutama tuan rumah blog ni.. berkebun ala-ala catuk ayam aje.. redah aje 2 hari seminggu itupun rasa tak cukup 2 hari ... tolak akviti lain lagi, tolak aktiviti menung-menung di kebun haih.. macam-macam... nak la hujan .. kebun yang tinggal tu nak air semulajadi... ngomel sikit pagi-pagi pasal jerebu,,,
when it first strike Malaysia.. whoaa rasa macam nak lemas... bangunan tinggi pun berbalam-balam imej nya.. makin kelabu pemandangan.. hari tu masa lemas sangat tengok jerebu ni dan pergi majlis kenduri kahwin dalam jerebu,,, nasib buat di dewan .. boleh gak menyorok dalam dewan... bila keluar dewan whoaaa kelabunya... maka En Boss ajak lari tempat lain.. moh kita gi Genting... akak apa lagi jom jom... seperti yang diwar warkan dalam entri berkaitan buah makisar yang melampoh tu.. kat sini pun jerebu juga.. suasana bagai suram ... tiada matahari...
jadi mohla kita menghibur hati dengan apa yang ada.. bersyukurlah masih hidup lagi walaupun menghidu udara berjerebu ... bersyukur kerana masih dapat melihat kurniaanNya.. ini semua dugaankan!
kedatangan ke Strawberi Park ini disambut dengan Hoya.. semenjak kenal blog berkebun barulah tahu nama dia Hoya... hoyehhh!!!
Datang sini baru tahun hoya ni jenis merayap ya... kena belek lagi blog yang ada hoya ni sebab rasa-rasa macam pokoknya pokok renek je... pemikiran dan ingatan dah haywired (Mentally confused or erratic kata google.. but I'm not crazy... just crazy about plants and gardening ) ..
Entah bunga apa entah... berjurai-jurai kuningnya.. dah ada pengunjung tu biarla haih di entafrem dalam pic ni... sapa tiada idea nak buat langsir.. ni ha langsir hidup ....
close up bunga...
Strawberi yang banyak dah kena petik.. tu la dia strawberi Genting Highlands...
sama je macam Cameron Highlands... boleh la.. tapi kan hari Isnin lepas saja-saja menonton Rooftop Prince
drama komedi korea.. dah rekod punya la lama.. storage dah hampir penuh .. so sebelum di buang ... mesti tengok dulu .. kali ni dengan alihbahasa.. walaupun mulut herot berot cakap Korea dan kita dengar dalam Bahasa Malaysia.. sambil layan internet.. telinga dengar... eh panjang pula penerangan cite Korea ni... sebenornya nak kabo strawberi dalam cerita tu besar!!! I like.. nanti nak replay dan snap pic drama yang ada strawberi tu...
rupanya apa yang ada dalam beg plastik tu!!
yang merah ni I tahu U... ni begonia.. favourite flower gak ni.. hu hu begonia ku dua pokok sudah innalillah!! sebab tak pandai jaga!
Begonia lagi.. yang digantung..
close up begonia
Kat sini juga ada garden ni.. lavendar kah bunga itu? Tiada wangi lavendar pun!! serupa juga yang macam kat Cameron Highlands hari tu ... tak dapat nak masuk ke sana.. kali ni ... okla boleh la layan ... En Boss pun kata ok...
Sebagai tanda harga yang kita bayar.. in the future cam ne ekk? Harap-harap harganya maintain la!
Mengingatkan Frasers Hill ... bunga ni banyak kat sana.. striking lagi warnanya.. yang ini cantik gak walaupun kaler purple.. mungkin sebab nama lavendar Garden.. pandai-pandai je buat andaian heh! anyway I also like this flower!
Tu lah dia lautan warna ungu ..di Taman Lavendar ini... masih tak puas hati tiada bau lavendar yang kuat itu!! ada yang kata ini bukan lavendar..
Ada kedai cenderahati pada peminat purple dan lavendar
Lily
Nama tak tahu.. seri pagi ke?
lautan kuning pula...
view ni tak comel! tuh jerebu belakang tu !
view ni ok la...
Ni mesti kes tak cukup pasu ni he he .. boot getah dan dijadikan pasu... so boot lama janganlah buang ya.. recycle macam ni
Berkuntum-kuntum bunga ros untuk dipaparkan!!
Ros ni cantik .. tapi tengok tu langit suram berjerebu
See.. latarbelakang yang berbalam-balam.. nasib ada bunga ros ni kan!
view kebun strawberi dari Lavendar Garden ...
budak-budak suka la patung-patung macam ni
rumah-rumah comel ni pun dia orang suka.. terutama minah ni yang memang purple craze!
ada berani keww! Not me! Katanya lebah-lebah ni friendly... kut masuk hidung apa cite!!
sarang lebah kut!
antara sayur yang dijual
favourite ni..
nama tak ingat.. arwah atuk S Raja ada tanam ni dulu...
close up .. ada bunga juga tumbuhan ni
apa ni eh !
anggur yang tiada buah
Nak tanam ni di tanah rendah kena ada bajavin!!!
Yakon!! favourite ni...
Saya suka hijau ni.. suka sayur yang melampoh ni...
ulang lagi foto makisar ni...
ulam favourite ku
Terkejut gak tengok pokok tomato ni.. dia orang nak tanam lain kak kata pekerja di situ..
besar labu tu..
Labu saiz comel
sayur salad lagi... jenis apa?
tanaman salad lagi
Crown Daisy.. apa maksud nya ya!! Mungkin Sean/Stiletto/Stepbanie boleh tolong!
kerepek labu.. sedap juga
kerepek labu digoreng disitu juga.. pekerja yang friendly... ada berkenalan dengan pekerja yang berasal dari Kemboja... nama pun dah lupa .. kata nak add dlm FB.. masing-masing tak jumpa kut!!
kalo nak buat souvnenior.. harga macam up sikit dari Cameron Highlands
Sayur yang dijual
tak pernah makan ni ...
Bahagian cendawan... gano kut yang ni.. nak cepat kejar En Boss.. foto tak semenggah.. up juga sebagai tanda datang sini...
setiap bahagian yang dilawat jalan keluar tiada .. kena melawat semua... macam jalan "s" .. kobis ni lain macam sikit dari CH.. daun kalernya hijau pekat....
yang kami beli.. baja diperbuat dari cendawan, keropok labu, strawberi kering dan strawberi segar, jeruk halia..(marah asoh tu sebab tak beli minyak halia dia.. tak pe asoh.. nanti saya datang lagi) .. ada juga promosi ubat tradisional cina.. katanya boleh tidur nyenyak kalau pakai minyak tuh! ok.. next round ya amoi... ada pertunjukkan burung dan binatang exotic.. tapi tak boleh snap... akak tersnap pula.. so bagi menghormati bisnes anak-anak muda tu akak tak up la kat sini ya... burung-burung dan binatang tu cantik2.. ular sawa kuning tu akak tak berani la... nak bergambar kena bayar.. macam kat Bukit Bendera hari tu... satu foto dengan ular RM10.00 ..
Bangunan yang diselubungi jerebu!!
view dari car park cable car... tak jadi naik ,,, sebab kena que lama.. orang ramai... lagi pun ada orang takut nak naik cable car... HS la tewww... nasib katanya.. urut dada lagi...
dah jom balik.. En Boss ada meeting penting !!!
salam k.mar..
BalasPadammcm2 ade yer...bestlah..
mua HS mcm penat jer..:)
Kerepek labu banyak di jual kat Padang Besar.
BalasPadamsalam kak mar..
BalasPadamyakon tu wat camne? nanti tunjuk tau.. teringin nak tengok bila dah process.. best sayo2 kat situ..
Salam Mar,
BalasPadamKat Genting pun dah macam sama ngan kat Cameron, lebih dekat ngan KL, bagus tu!! Macam hadir sekali pulak, menikmati foto yang banyak2 tu!
Wah, kat sana pun ada jual yakon. Crown daisy tu nama lainnya garland chrysanthemum, sejenis spesis bunga kekwa iaitu Chrysanthemum coronarium. Daunnya dijadikan sayur dan popular dikalangan orang Cina dan Jepun. Ada dua jenis - satu bentuk daunnya macam bunga kekwa hiasan (biasa dimakan org Cina) dan sejenis lagi daunnya lebih berpecah-pecah macam dalam gambar Kak Mar (biasa digunakan oleh org Jepun). Biasa masak sup atau guna dalam steamboat, dan rasanya ada pahit sikit. Yang daun macam bunga kekwa hiasan boleh beli kat TESCO - dilabel sebagai Tong Ho.
BalasPadamAssalam kak mar...
BalasPadamtumpang happy tengok gambar2 tu semua. paling saya minat dgn pokok nong nooch vine a.k.a langsir hidup tu..meriah bunganya. kalau ada rezeki nak tanam kat porch, biar memanjat dan berjuntai2 bunganya..hee
UA.. waalaikumsalam.. memang macam-macam ada.... aah la muka macam tak ceria.. agaknya cuak nak kena naik cable car kut..
BalasPadamJunAina... oic ada kat padang besar ... nantila boleh cari bila ke sana nanti ziarah saudara ...
Nani.. yakon tu buang kulit je dan basuh lepas tu makan mentah.. juicy and sweet bagi yang sedang - sedang saiznya... kalau terlebih umur dia macam kurang manis..ada entri dalam blog ni pasal yakon..
http://mountainebony.blogspot.com/2013/04/yakon.html
Mak Aji.. waalaikumsalam - yela Mak Aji.. nanti boleh lah gi sana dah dekat dah!!
Sean .. terima kasih atas pencerahan mengenai Crown Daisy tu..nanti nak try tanam.. rasanya ada beli benih hari tu dari En Iskandar...yakon tu rasanya dari Cameron juga...
Maszz.. oo nama pokok langsir tu long nooch ya.. tq atas perkongsian info...akak pun teringin juga nak tanam tu... lebih-lebih lagi yang warna biru yang ada kat Cameron tu..
Lepas nih, bolehler Kak Mar hasilkan banyak benih Crown Daisy untuk jualan :-)
BalasPadamsean L... kena cuba dulu he he.. belum tau jadi ke tidak..
BalasPadam