Salam 4 Syawal... baru dapat update blog... alhamdulillah.. ni pun curi-curi masa.. selalunya line macam biskut...celcom ni memang mengada-ngada kat rumah ni.. maxis langsung takde nyawa.. begitu juga u mobile... wifi pulak rasa rugi kalo subscribe sebab tiada kat rumah .. belum try porta wifi celcom lagi... nanti nak pi cari..
Raya kedua kami balik raya ke Seri Menanti ... berkonvoi la adik beradik... jam di Jalan Ulu Bendul sudah pasti .. pergi jam, balik keluar dari rumah Mak Lang pukul 9 malam pun jam juga.. tapi syukur bukan semalam (hari Raya ke tiga) kerana berlaku kemalangan di jalan tersebut.. ada yang merintih keluar rumah pukul 2 petang, pukul 8 malam baru sampai.. memang mengharukan jalan Ulu Bendul ni..
Bila balik kampung ni pasti mata ni melilau melihat pokok - pokok kampung, suasana nyaman dan hijau, mak-mak saudara En Din memang rajin bertanam... antara yang menarik perhatian ialah pokok puding ni... daun-daunnya selalu digunakan didalam rendang ...amat popular di Negeri Sembilan terutamanya di Kuala Pilah... di forbidden land tempat emak akak tu tak pernah tahu pun....pernah En Din warning jangan ingat pokok puding tu pokok yang daunnya bercorak-corak dan berkaler-kaler tu.... rupa-rupanya daun puding ni pokoknya berbunga juga... kebetulan masa raya ni dia berbunga maka jadilah ia bahan catatan akak untuk rujukan... cantik juga warna bunganya...
ni pokok kat kedai sepupu En Din (foto lama)..siap minta keratan batang untuk disemai..
close up daun puding
keratan puding yang disemai didepan rumah.. alhamdulillah mahu dia sesuai dengan kawasan ni... dah tumbuh daunnya sendiri ..tapi belum boleh buat rendang lagi.. tak cukup daun ... masa ni warnanya masih belum berwarna burgundy lag...
Ni rendang ayam pencen bikininan En Din ..akak jadi helper je bersama anak-anak ( 2 ekor ayam, 2kg santan + sepeket kerisik) ..untuk rekod sendiri.. setakat hari ni rendang ayam dah habis.. tinggal serdak je...
selamat hari raya kak mar..
BalasPadamsedap nampaknya rendang tuh
Selamat hari raya Kak Mar, semalam saya pun baru makan rendang ayam dengan daun puding di Seri Menanti juga. Sesak betul semalam ye.
BalasPadam"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
BalasPadamI pernah tried this dish yang dimasak oleh staff saya - sedapnya!
salam k Mar.
BalasPadamtak pernah lagi rasa rendang ni..tengok gambar pun dah rasa sedapnya.
assalam SS..acik sendiri tak kenal daun puding ni..dan tak pernah buat rendang guna daun puding..tapi boleh makan..kalau maman acik pernah buat rendang ayam campur maman
BalasPadamSalam Mar,
BalasPadamMak Aji tahu yang daun puding ada yang dimasak rendang dan dok ingat yang berkaler-kaler tu, rupa2nya jenis yang ini ya! Pernah makan tapi tak tahu yang ini jenisnya.
Salam aidilfitri =)
BalasPadamSinggah beraya jap,tapi rendangnya dah tinggal serdak ya.hehe.
Ohhhhh baru Diana sedar pokok yang sedang berbunga kat belakang rumah ni pokok puding...huhuhu mestilah mama tanam jugakan sebab rendang orang negeri biasanya letak daun puding jugakan. Thank you Kak Mar.
BalasPadam