Isnin, 5 Ogos 2013

Pemberian kawan - markisar

Semasa sampai di Habu Lake Cameron Highlands..En Din mesti singgah di kedai kawannya En Man ... selepas snap bunga cantik di kedai sebelah En Din minta diri.. mata ni terpandang buah ni.. lain macam je.. tanya En. Man buah apa ni.. ni la buah markisar katanya...


Dua hari juga simpan buah sebab sayang nak makan kerana pemberian kawan dan juga kerana takut buah ni masa... masa makan tu dah bersedia untuk melelapkan mata untuk menahan rasa masam.. namun meleset... buahnya amboi manisnya... dan dan tu juga buah ni habis.. tiada rasa masam langsung...namun sayang benihnya sangat-sangat terlupa untuk disimpan... Pak Temuk ada bertanya adakah benihnya disimpan... ah sudah! kali ni lalai betul... selalu mesti ada bahagian untuk di semai... itulah pasal.... manis punya pasal.. lupa daaa!! Lagi mengharukan bila ke kedai En Man kedai tak buka pula... molopeh !!!!

p/s esok dah mula cuti dan balik Seremban!! Balik mantaii!

3 ulasan:

  1. Markisa ni jenis kuning ke merah/ungu?

    BalasPadam
  2. Salam Mar,

    Ada rupanya markisa manis! Sayang betul x ingat simpan benih! Takpa, lepas raya boleh mengulang lagi ke CH. Kali ni jangan lupa lagi simpan benih, he he!

    BalasPadam
  3. Suka Suka,
    Selamat Hari Raya. Maaf zahir-batin.

    BalasPadam