Selasa, 24 September 2013

Demi dia dan Gold Coast

Sabtu yang indah dan panas .. itulah muqaddimah entri hari ini... seawal 7 pagi lagi sinaran pagi sudah hangat.. menghangat suasana kerana hari ini adalah hari berkumpul dengan keluarga kawan-kawan dari ex-department yang berusaha bersungguh-sungguh untuk gathering tahun 2013 ini.. kawan-kawan yang join adalah kawan-kawan yang kaki berjalan... semenjak dua tahun lepas barulah secara rasmi kami dapat berkumpul.. sungguh terharu juga dijemput join dan kos pun alhamdulillah tidak membebankan .. harga yang telah di "nego" oleh seketariat tanpa orang tengah... demi ukhwah dan persahabatan yang telah terjalin dalam masa yang singkat ini dan juga sokongan positif kalau tidak dari big boss yang sporting yang sanggup meninggalkan agenda yang penting untuk sama-sama dengan akak ke perkumpulan ini.. di samping itu nawaitu utama adalah demi dia anakanda bongsu iaitu HS untuk bersama-sama beriadah dengan kawan-kawan sekelas dan sesekolahnya ditempat yang agak popular ini.. kebanyakan sahabat hantar anak disekolah yang sama kerana jarak yang dekat dengan pejabat.. demi anak-anak sekolah yang sangat hampir dengan pejabat adalah satu manfaat yang tiada nilainya kerana kami boleh bekerja dengan hati yang tenang sambil dapat menguruskan anak sewaktu makan tengahari untuk aktiviti sekolah petang pula.. jika ada kecemasan mudah untuk diuruskan disamping dapat saling bantu-membantu jika ada keperluan diantara kami.. alhamdulillah..
Demi anak dua hari blog cuti lagi... tak tertangankan dengan jadual yang agak padat walau pun sebenarnya nak santai-santai...


sinar pagi dicelah gril balkoni di apartment kami yang dah dimakan usia..pokok apakah itu? belum ada mood nak up dalam entri lagi...

Dalam kotak fikiran En Boss adalah tempat ni.. ada dua jalan nak ke sini iaitu via KLIA dan satu lagi via Klang... ini Sepang Gold Coast yang berhampiran port makan-makan Bagan Lalang... katanya kalau ini tak bestlah kena naik buggy la, anak tiada aktiviti la dan bla bla... meh tengok plan balik ... la Morib Gold Coast la ... padan muka kami.. plan ada tapi tak buka... tak pe la jalan-jalan sekejap tempat ni

Perjalanan diteruskan ke Morib .. suka akak dengan pemandangan ni.. dah terlepas baru nak cari kamera.. jadi le..

anak-anak itu lembu

sambil ke sini sambil berwhat's up dengan seketariat... kami peserta kedua yang tiba..belum boleh check in sebab check out pukul 12... tunggu semua urusan pembersihan dan penyediaan bilik selesai baru boleh check in.. HS tak sabar dah nak terjun dalam air!! lobi yang ada pelbagai koleksi



macam zoo tapi binatang statik

suka dengan pagar buluh ni

leopard iris ?

tukang foto big boss

bilik dah siap ... tingkap bilik air... kena tutup tingkap le

yang paling disukai dah ada info kiblat dicatatkan didalam pelan

moh intai kat luar.. masa ni HS mandi sorang-sorang ... abang besar jadi pemerhati adik je

teringin gak nak try ni.. tapi fikirkan faktor umur.. kensel 




pilih la katil ni... 

sesi telematch dah nak bermula... masih menunggu group sebelum yang tengah hangat bersukan

dah mula


penyelia telematch dari pihak resort

bowling kelapa!!!


HS and the gang

anak dan bapa

mesti tak senyum.. tengah bengang sebab abang besar tegur tudung dia tak comei

family yang sporting ... pakaian beragam kain batik dan abang kain pelikat!

acara tukar hadiah. sape dapat akak punya?

akak sibuk gak layan near to sun set punya pemandangan

ni je yang sempat upload .. insyaalah adala part 2... bila bila? tanya diri sendiri...

6 ulasan:

  1. cantik kan sunset nie..dulu2 pernah gak pegi morib nie

    BalasPadam
  2. subhanallah cantik sunset tu k.mar...last tgk sunset umur 12 thn...:D

    btw..ni br sy tengok persekitaran pantai morib..cantik jugak tempat nya..:D

    BalasPadam
  3. time gathering paling best main boling kelapa tu..best la ka sini kak mar..cantik2 gambar yang akak snap :)

    BalasPadam
  4. saya dok bayang Gold Coast di seberang sana! :) nice pictures kak mar

    BalasPadam
  5. Salam Mar,

    Cantik Gold Coast ni! Tak dapat gi yang kat Aussie tu, yang local punya pun cantik jugak!

    BalasPadam