Cerita Raya hari tu, cerita hari di hari Kebangsaan juga ... cuti umum dapatlah jalan-jalan ziarah lagi. Kali ni ke rumah adik sepupu En Big Boss.. makan tengahari disana namun makannya pun pun pukul 3 kut sebab kami sampai lewat.. dia orang mesti dah masak awal... rasa kesian pula menunggu kami... sebab banyak urusan tu yang terlewat keluar rumah.. on the way pula singgah beli pulut panggang favourite En Big Boss.. lagi la lambat sebab kedai baru buka dan nak setting dulu tempat jualan baru boleh bawa balik pulut panggang sedap tu...
Sampai je dihadapan rumah dalam kereta lagi dah nampak buah ni.. berkobar-kobar nak snap... sebab sebelum ni tengok dalam blog aje... dah tak ingat blog siapa.. buah pokok kari.. cun dan comel sangat merahnya dalam foto ni macam warna epal ... kalau lapar tengok ni mau terliur juga rasanya... tapi ye la dah tau buah kari apa barang nak rasa terliur kan! mesti rasa kari juga kut.. siapa pernah rasa?
secomel budak ni.. anak sedara En Big Boss... dua pupu dengan HS... tengah naik dan lasak... memang kegemaran HS untuk bermain - main dengan adik-adik yang baya ni... lepas tu dia tergelak-gelak dengan aksi comel adik ni..
tengah kontrol hensem
memang kami tahu sepupu En Big Boss ni pakar berkebun juga .. lihat aje bunga yang berseri-seri putih ni... ni di depan rumah .. belum lagi di belakang.. kemas dan subur... nama bunga ni tak tanya pulak!!
bonsai-bonsai jeliti yang dibela oleh beliau... kalau beli ni mesti mahal harganya... oh ya terima kasih daun keladi pada beliau kerana dahulu hadiahkan En Big Boss dengan sepasu pokok pecah gelas aka pecah beling .. semoga beliau sekeluarga aman sejahtera, murah rezeki dan diberkati Allah dunia dan akhirat,,
Pandai berposing ni.hehe..ah ah kak mar..buah tu mcm buah epal..nyum2..
BalasPadamsaya test manis, masa kecik-kecik dulu.
BalasPadamBuah pokok kari tu kalau masak manislah... Zaman kecik2 dulu selalu belasah buah tu...:)
BalasPadam