Khamis, 31 Oktober 2013

Baby yang gigih

Semasa sibuk keluarkan benih petola dari sabutnya terperanjat akak ternampak ulat ni meliuk-liuk di perdu pokok palma ini... pokok ni dah lebih sepuluh tahun bahagia disini... tak sangka pula ada serangga yang berminat untuk buat port untuk melepaskan telur untuk membiak... atau salah port  ni! Pada mulanya geli geleman....itu pasti... berderau darah terperanjat itu pasti... tapi bila  melihat pergerakannya yang hati-hati melalui pinggir pasu ni  timbul kesian.. dia tak tahu arah mana nak pergi... pergerakan-pergerakannya amat hati-hati .... daya sentuhan amat kuat... dia baby lagi...mungkin dah terjatuh dari helaian daun palma ni sebab akak terlanggar pokok ni wallahuaalam....  mungkin juga daun palma ni keras dan tak sedap tu yang dia gerak nak cari port sesuai ... warnanya pun menarik juga... yg istimewa bagi baby ni adalah warnanya.. ada warna biru.. akak ni kalau binatang yang ada kaler ni memang jaki sikit... tu yang kuat semangat duk mengadap dia bergerak-gerak ke sana kemari... akhirnya akak bosan gak... namun untuk pindahkan dia ke daun-daun yang sepatutnya adalah sesuatu yang diluar jangkaan... oh tidak tidak...  akak biarkannya disitu... lama - kelamaan dia penat dan berehat serta bersembunyi dibawah ketulan arang yang ada dalam pasu tu.... setelah sekian lama dan diperiksa semula tak Nampak pun kelibat baby ni.. mungkin sudah jadi bahan makanan sang burung yang berkeliaran di laman ni....
 
pertemuan pertama kali

Perjalanan dimulakan.. Nampak jugala warna biru tu

hati-hati dia cuba menuruni pinggir pasu ni... suka warna biru tu cheh berani  juga ya mengadap baby ni

 
langkah seterusnya
 
lihat tu dia tak terus terjun tau... meliuk-liuk disitu cari pelantar untuk landing namun.....
 
dah penat dia berehat.. kali ni akak beranikan diri untuk close up...cer tengok kepalanya... macam kepala bullet train pun ada jugakan! which is the eyes? tak berani nak belek... kalau dia jenis agresif mesti dia dah terbang kat akak... mahu terlompat-lompat akak macam kena ulat hijau dari atas pokok yang gemar menyangkut kat badan kita especially rambut kerana mereka juga ada benang halus untuk bergerak dan bergantung sambil meliuk-liuk... sebelahnya adalah arang yang menjadi perlindungannya bila nak berteduh dan berehat...
 
pada suatu hari akak ke kebun sebelan nak skodeng sesuatu...dah ternampak rerama  ni melintas riang ..Nampak tak warna coklat yang tu... dia sedang hinggap didaun palma dan warnanya seolah sebahagian dari warna persekitaran.. itulah adat serangga sedang menggunakan warna alam sekeliling untuk perlindungan dirinya... sebenarnya jika dia mengembangkan sayap-sayapnya akan terserlah warna biru yang cantikkk ... tak dapek la nak snap... dia liar dan sensitive dengan pergerakan kita... snap dari jauh jela...
 
besar tu je la yang dapat... andaian akak mesti yang diatas tu baby dia..sebabnya baby warna biru dan gelagatnya yang suka singgah di helaian daun palma tu..

yang akak nak skodeng ni dia...buah hati pengarang jantung ku he he ... apa lagi fetola ni..jgn bosan ya sebab sayur ni je yang amat tegap dan produktif dikebun sebelah ni... dia kan gemar bersembunyi.... Alhamdulillah... dah lupa rezeki sape ni!
http://mountainebony.blogspot.com/2013/10/projek-lagi.html

13 ulasan:

  1. Ya Allah kak,cepat2 saya scroll ke bawak kak. eiiiii..meremang bulu roma tgk.....tak leh tgk ulat geli dan nk muntah. huhu.......

    BalasPadam
  2. sy pun cepat2 scroll jgk..heheh tak sanggup tengok weh..hehe

    BalasPadam
  3. mesti cantik ni kalau bertukar jadi rerama...kalau sy jumpa spesis ni takpe...jumpa spesis yang menggerutu tu yang takleh...hoho memang melompat sekali..

    BalasPadam
  4. salam k mar..cpt2 scroll jgk la...tk thn nk tgk, naik bulu roma...

    BalasPadam
  5. geli tengok ulat bulu tu...tapi tengok juga apa jadi kesudahannya..

    BalasPadam
  6. acik tengok gambar pun tak berani..

    BalasPadam
  7. seronok kan tengok warna- warna alam :)

    BalasPadam
  8. Ulat tu jd rerama eh kak..cntik...sya nk petola jgk..tp x tau nk semai kt mna ni...huuu

    BalasPadam
  9. salam k.mar,
    comeynye ulat tu, saya suka tengok dan perhati tingkah ulat2 daun ni...
    tapi jangan pacat, dengan pacat saya akan lompat dan lompat.

    BalasPadam
  10. Salam Mar,

    Ni tentu control geli habis ni, dek seronok tengok kaler biru dia tu ya! Sempat close-up lagi. Dapat juga snap foto mak dia ya! Cantiknya fetola di sebalik daun tu!

    BalasPadam
  11. Ibu Qis... he he .. kali ni akak ok ..

    UA...ulat ni cantik..

    Nadia... harapan akak nak juga tengok rama2nya

    Ana.. waalaikumsalam.. :)

    Sarah... he he .. akhirnya tak tau apa jadi.

    Acik... saya faham..



    BalasPadam
  12. Ibu Qis... he he .. kali ni akak ok ..

    UA...ulat ni cantik..

    Nadia... harapan akak nak juga tengok rama2nya

    Ana.. waalaikumsalam.. :)

    Sarah... he he .. akhirnya tak tau apa jadi.

    Acik... saya faham..



    BalasPadam
  13. Creature ada blue gathering kat kebun Kak Mar ya. HARI tu bee belang ekor biru menziarahkan.

    BalasPadam