Semalam sibuk membelek laman demi mengejar cuaca yang masih aman damai sejuknya angin sepoi sepoi bahasa ditemani dengan siulan dan bunyi pelbagai burung.. berhenti seketika mengajak En Bos menanyakan status kesihatan jiran yang baru keluar dari IJN kerana disahkan ada saluran jantung yang tersumbat... hari ini kami breakfast awal kerana ada lagi urusan ziarah saudara En Boss yang telah pulang ke rahmatullah sebelah malamnya. En Boss terkejut juga kerana mereka baru sahaja bertemu dan berborak mengenai adik En Boss yang juga telah pulang ke rahmatullah pd hujung tahun 2011. Kesal katanya sebab tidak mengetahui berita tersebut... kali ini gilirannya... kita? Allahuakbar! Semua atas kehendakNya jua... akak tak ikut En Bos balik sebab banyak urusan laundry dan juga ada saudara lain yang nak menumpang balik sekali untuk menziarah jenazah... sebenarnya ada urusan keduri kahwin adik sepupu akak semalam... apa kan daya ... En Bos lagi penting... kematian diduhulukan...
sementara menunggu mereka tiba kami lunaskan ziarah jiran sebelah..
Berbalik pada laman... sebentar aje akak ziarah sebab nak uruskan panggilan semulajadi.... lepas tu meneruskan urusan laman... bising je bunyinya.... bzzzzzzz.. akak ingatkan lalat.... lalat ni nak apa ? Takde lauk kat sini kata akak... bila diperhatikan semula ooo sang lebah yang ditakuti oleh HS tempohari.... akak jadi tak marah sebab lebah ni comel ... lain macam je warnanya.. ada belang biru.. sudah lama nak snap foto lebah untuk jadi koleksi dalam blog !! liar sangat .... kena berdiri diam-diam dan standby dengan mode shoot... kali ini Alhamdulillah dapat... meraba-raba juga sebab note dah gelap sebab hari makin terang... ini je yang dapat... namun akak puas hati dapat shoot lebah yang liar sangat terbangnya... tetiba akak pula yang dikelilinginya.. puas menepis... takut juga kut kena sengat...
saja-saja snap bunga telang generasi kedua ni... masih tak puas hati dengan warnanya..bukan warna original biru bila shoot dengan note... warnaya biru cantik bukan macam ni warna ungu..
akhirnya... sang lebah dalam genggaman focus kamera
maximise sikit
dia dah mula terbang... Nampak tak ada lagi seekor.. tamo kacau kut...
masih mencuba.. nak gaduh ke?
keluar juga akhirnya
nun di sulur daun bunga telang itu... tq lebah menceriakan hari akak!!
salam k mar, kalau lebah singgah maknanye bunga telang ni ada madu la kan, k mar?
BalasPadamAde lagi bunga telang yer kak mar..yg kat umah nie semua dah kekeringan mati daa..guna pun sekali dua jer..tak baloi gak tanam..uhu
BalasPadamk.mar punya lebah comey cute..sy yg besar tu..tebuan kut bkn lebah lagi...hihih
BalasPadamSaya biasa kena sengat lebah sekali..rasa nak demam...hati2 kak mar
BalasPadamdimana ada madu,disitulah lebah bertandang...tp lebah tu mmg comel..belang2 biru...
BalasPadamCantik2 gambar kak mar ambil :)
BalasPadamGeram tengok si belang biru tapi Diana tak sempat nak snap snap. Nampak kat bunga telang juga.
BalasPadamSalam Mar,
BalasPadamSempat lagi dapat close-up foto lebah tu, jangan sampai terkena sengat sudah!