Pergi ke Pasar Tani Sabtu untuk cari ulam kerdas En Boss. Jumpa makcik yang jual daun maman hari tu... dan... ada lagi set daun kayu tu... last kopek.. seikat RM1.00 terkejut gak apa hal murah sangat. Makcik tu tanya kenapa terkejut... mahal ke tanya nya... tak tak akak jawab... Makcik tu kata set tu tambah pucuk lebih sikit... dalam seikat tu sedikit je pucuk ubi. Sebenarnya beli seikat tu nak tengok rupa daun lampin macam entry dolu.... masa tu lupa nak snap rupa paras daun tu.... aisey... kali ni silap pula lagi .. silap sebab terlupa nak tanya dan sahkan kewujudan daun lampin tu.. tengok je la ya daun tu..
Meh kita susun satu persatu kandungan seikat herba untuk gulai daun kayu tempoyak...
Daun kunyit yang harum
Pucuk labu yang manis
Ha yang ni den tak tau
Dan yang ni... sama ke dengan daun diatas entahla!
Kaduk naik junjung
Pucuk ubi... dulu subur depan laman... spesis ni last makan 10 tahun lalu ..arwah MIL masak gulai dengan telur ... gulai yang paling sedap... rupa-rupanya rasa untuk yang ke penghabisan ... seminggu kemudian arwah pergi untuk selama-lamanya...
Lagi pewangi dan penyedap masakan ni iaitu serai.... rasanya sebatang ni tak cukup
Kalau ikutkan ada lagi tambahan daun iaitu bangun bangun even ada yang tambah dengan kemangi (basil).
Resipi bolehla digugel yee...
Inilah hasilnya... tapi bukan akak yang masak... seumur hidup tak pernah meramu masakan ni ... ni rezeki datang bergolek.. selepas habis majlis harijadi anak saudara En Bos dapat jemputan pula dari teman fb En Bos... mewah dengan masakan kampung... sebab tu En Bos tak berapa nak makan masa majlis hari jadi tu..
Rupa-rupanya nak spare space untuk makan - makan di rumah kawannya...
Kan dah kata mewah..macam -macam gulai ada... favourite En Bos adalah gulai telur itik dengan buah cepu... favourite akak adalah gulai betik mengkal dan gulai tempoyak pucuk kayu... malam tak payahlah dinner ya... semua dah lengkap... rezeki hari Sabtu...
Yang turned up masa pertemuan ni kami je... maka dapat tapau lagi.. terima kasih pada tuan rumah... sendat perut kami anak beranak....
P/s.. off topic...
at this very moment...
sangat-sangat mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah swt agar memberi kesejahteraan dan kesihatan yang berterusan kepada ML .. kami berserah hanya padaMu Ya Allah..amiin..
lazatnyeee.
BalasPadamsaya doakan ML dipermudahkan urusannya kak mar. sedih pula saya baca ayat kak mar tuh
Terima kasih yang tak terhingga Awin...
BalasPadamsalah satu daun tu namanya daun cabang tiga...yg bulat tu x tau..bentuknya macam mangkuk ka..
BalasPadamsalam k mar, penah mkn kwn nogori msk ..mmg sgt lazat..
BalasPadamAl-Fatihah buat arwah MIL...moga bahagia di sana...InsyaAllah
KA doakan juga & mohon doakan kesembuhan Adik juga yer
BalasPadamsangat suka pucuk labu. sweet je rasanya. kalau akak masak lkomak cili api.. yummy.
BalasPadamdone follow you
masakan kampung macam ni baru rare..susah nak dapat
BalasPadamDoakan segalanya dipermudahkan.
BalasPadamTerliurnya tengok gulai tu. Papa Diana boleh makan bertambah ni dia pun rindu masakan ni. Duduk dekat Sabah kesian makanan tak pedas untuk orang negeri.
Semoga Allah memudahkan segala urusan, Insyaallah.
BalasPadamGambar no 4 tu macam pucuk mengkudu hutan... Lemak2 pahit tapi sedap kalau dibuat ulam tapi kena rebus dulu kejap. (maaf kalau silap)